Ceritera Semalam

Semalam DN last ganti puasa. Alhamdulillah... Tak sabar nak tunggu Ramadhan. Bukan sebab balik kerja awal, tapi sebab boleh turun berat badan dengan jayanya. Hey!! DN pernah turun berat sebanyak 8kg tau. Percaya tak? Percaya lah sebab bulan puasa memang boleh turun berat badan kalau betul caranya.

Sementara tunggu nak buka puasa, stay lah kat ofis sampai Maghrib. Buka puasa sorang2, ikut suka DN lah nak makan bila kan. Hehe... Duduk kat surau ofis, belek-belek lah rambut. Hmmm... Cantik jugak rambut DN ni. (Cukup-cukup lah DN oiii... Asyik nak puji diri sendiri je... :p) Dalam pada belek2 tu, tiba-tiba DN ternampak sesuatu yang panjang dan berwarna putih. Bila kena cahaya lampu, nampak berkilat2... Apakah itu???

Ubannnnn!!!! Owh tidak!!! Adakah DN dah tua? Hello!!! DN belum kahwin lagi ok! Apsal dah ada uban ni. Selama ni belek rambut takde pun. Tiba-tiba harini ada pulak. Sobsob... DN sedih ni. Waaaaa!!!! (Baru jumpa 1 helai dah kecoh DN ni. Cehhh... )

Tips to be happy: Free your heart from hatred, free your mind from worries, live simply, expect less, have a deep relationship with Allah

Relax lah DN... Relax... Ingat tips untuk sentiasa happy tu. Uban je pun. Apa nak kisah. Baik pergi layan transformers. Lagi bagus....
Pergi tengok transformers dengan housemate dan PIR Planners staff. Officemate DN kata tak best sangat sebab aksi lawan antara robot tak banyak macam yang lepas-lepas... DN hampir give up nak pergi tengok bila dah kata camtu tau. Tapi bila orang kata tiket sold out je... Hmm.. Ragu-ragu tu ada. Bila housemate dah ajak, pergi jugak lah. Kita tengok betul ke tak best...
So amacam DN? Apa komen anda? Hmm... Terbaik!! Terpegun dengan kreativiti yang dihasilkan oleh team transformers ni. Idea yang menarik dan kesinambungan dari cerita yang lepas tu ada. Takde kecewa sangat seperti sebelum DN pergi dan dengar cerita dari mulut orang je. Apsal officemate DN kata tak best ye? Hmm... Whatever. Citarasa orang berbeza-beza...

Eh, apsal DN nampak gemuk dalam gambar tu? Adakah housemate tak pandai ambil gambar or baju tu yang tak sesuai dengan DN? Hmmm... Taknak dah lah pakai baju ni. Siapa-siapa nak boleh ambil. Huhu...
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

4 Blue Komen:

  1. dah tua~ huhu

    jom puasa bulan sya'ban
    http://eleventx.blogspot.com/2011/07/jom-puasa-bulan-syaban.html

    ReplyDelete
  2. Ala sehelai je DN...

    Kira bertuah gak Dn dapat merasai rambut beruban.

    Ada orang lain, sampai ke akhir hayat tak sempat nak beruban

    ReplyDelete
  3. Bro ada terjumpa uban juga. Bila masa ada pun xbeberapa pasti.

    Bro pernah turun 10kg dalam masa seminggu.

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^