Comelnye!!!! Itu yang terdetik dalam hati DN bila sampai dan masuk ke dalam rumah. Tema adalah putih, biru & purple tapi DN pakai grey. Xkena dgn tema langsung tapi xkisah lah. Yang penting datang...
Sufiesya is 1!!! Hehe... Tema yg DN kata tadi adalah tema untuk birthday celebration Sufiesya. Siapa Sufiesya tu?
Sufiesya anak kepada sepupu housemate DN yang mesra dikenali sebagai Ayong. Celebrate birthday anak ke-2 Ayong. Sori, kami teruja tengok acara bukak hadiah sampai lupa nak tangkap gambar Sufiesya. Banyak hadiah tu... Ada rantai emas, baju Guess, duit syiling 50sen dalam box kayu, mainan yang berlambak-lambak... Bestnye jadi kanak-kanak kan. Agak-agak birthday DN nanti ada tak yang nak celebrate birthday DN camni? (dalam mimpi je lah DN..) Hmmm...
Ini pula adalah atuk Sufiesya. Kalian kenal tak? Nama beliau adalah Tamar Jalis. Mungkin kawan-kawan seusia DN dan lebih muda dari DN tak familiar sangat tapi untuk yang lebih tua dari DN mesti kenal atau pernah dengar atau mengikuti karya beliau. Nak tahu lebih lanjut, boleh like page beliau kat facebook atau disini.
DN sangat teruja bila dapat berjumpa beliau tau. Nak tangkap gambar dengan beliau sebenarnya tapi segan nak cakap so tangkap gambar beliau tengah sain buku-buku penulisan beliau je.. Huhu... Jumpa artis kan. Mesti lah kena ambil tandatangan.
Beliau ini adalah penulis buku Bercakap Dengan Jin. Siapa pernah baca? Apa pendapat kalian? Share lah dengan DN. Kepada sesiapa nak dapatkan buku ni, boleh ke website nafielagroup tau. Buku ni takde jual kat mana-mana kedai sebab baru dijilidkan semula dengan harga RM25.80 dan dikawalselia oleh nafielagroup sendiri. Hanya terdapat beberapa pengedar sahaja yang telah dilantik untuk menjual buku karya beliau.
Mari kita menghayati karya penulisan beliau. Kenapa? Sebab beliau adalah perintis kepada penulisan bahan bacaan seram Melayu. Mereka yang meminati bahan bacaan cerita seram ini pasti berminat dengan karya beliau...





Mari kita menghayati karya penulisan beliau. Kenapa? Sebab beliau adalah perintis kepada penulisan bahan bacaan seram Melayu. Mereka yang meminati bahan bacaan cerita seram ini pasti berminat dengan karya beliau...
tema kawin nanti buat tema sufiesya okeh! :D
ReplyDeletesiapa yg kawin? :p
ReplyDeleteAssalam,
ReplyDeletethanks sudi singgah di blog saya... and have a lovely day!
(^_^)
w'salam... :)
ReplyDeleteHB kpd kwn u.. :)
ReplyDeletex minat bca novel.. ;p
cuba tanya umi u, maybe pernah dengar nama Tamar Jalis.. U belum lahir lagi masa zaman beliau glamor. Hee.. :p
ReplyDeletesaya memang suka cerita SBDJ yang asalnya di ambil dari majalah apa tah. masa tu Tamar Jalis jadi penulis di situ.
ReplyDeletelepas tu barulah kisah ini dinobelkan dan dibukukan
@Ladfe Amir suatu ketika dahulu beliau mmg terkenal kan... :)
ReplyDelete