Buka Puasa With Samudra's Family

Acara setiap tahun kami adalah buka puasa bersama-sama... Tahun ini kami berbuka puasa di KGSAAS. Tahu tak apa tu? KGSAAS adalah singkatan untuk Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.
DN pergi ke sana dari ofis yang terletak tak sampai 5minit pun bila naik kereta. Pergi dengan Ema, salah sorang officemate DN..
Haa... Disini lah kami nak berbuka puasa. Tahu tak library Shah Alam dah berpindah? Kepada yang tidak tahu, library Shah Alam telah berpindah berhadapan dengan Kelab Golf ini. Hmm... Macam dah susah nak pergi kan. Dulu masa zaman DN kecik-kecik jalan kaki je nak pergi library dari PKNS...
Welcome to KGSAAS!!! (Kata abang baju kuning) Adehh, cuba lah bunga yang jadi sambut tetamu, menarik lah sikit. Ini..... Hmm... Bulan puasa, jaga mulut DN! Hehe...
Di bawah itu adalah tempat berbuka puasa... Cantik kan dan susunan kerusi meja nampak teratur... DN suka...
Sebelum itu layan lah gambar DN dengan basikal tua... Kalian pandai naik basikal? Tanya DN memang DN hebat masa kecik-kecik dulu lah. Sekarang... Hmm.. Reti lagi kot nak kayuh basikal pakai heels 5 inci. Hihi...
Ini dia harga untuk berbuka puasa bagi tahun ini. RM55 untuk ahli kelab, RM65 untuk tetamu kelab dan potongan 30% untuk kanak-kanak. Kami dalam kategori ahli kelab sebab Samudra ahli kelab golf di sini...
Ha.. Inilah tempat duduk kami.. Semua meja itu untuk Samudra's Family. Ada 1 meja lagi tak dapat masuk dalam gambar. Ramai rupanya family Samudra ni...
Atas itu tempat makanan so nak ambil makanan boleh ke atas tu... Untuk makanan yang bakar-bakar macam kambing golek boleh tengok gambar atas lagi satu kat Sinar Ramadhan. Bagus kan susun atur makanan di sini. Takde bau makanan so memang selesa nak makan di sini
Dan ini je makanan yang DN sempat tangkap sebab baru nak tangkap dah masuk waktu berbuka dan Abg Azha dah angkat tangan nak baca doa. Gambar makanan pun blur je kan. Huhu... Lepas dah makan terus lupa nak tangkap lagi sebab makanan di sini boleh dikatakan sedap lah juga... Makan atau gambar, confirm DN pilih makan. Hihi... Apapun Selamat Berpuasa kalian...

p/s : Abg hensem & gagah duduk dalam ni tp xde pun kat sini... sobsob :( (no phone kan ada DN... Call lah...)

Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

5 Blue Komen:

  1. bestnya..ofis wida ni x bunyi lagi nak buka sama2:(

    ReplyDelete
  2. cuba wida bunyi2 tanya tahun ni buka puasa katne. mest dapat. hehe.. ;)

    ReplyDelete
  3. eceh siap brgmbr ngan basikal lg..hehe

    ReplyDelete
  4. Bukan senang nk jumpe basikal tua ni..

    ReplyDelete
  5. Comelnya gambar makanan yang last tue, xperlu nak edit dah memang blur terus.

    Abang ensem & gagah?

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^