Damai Beach Resort

Masih lagi bercerita DN di Kuching Sarawak... Hihi.. Biasalah.. First time sampai kan. Teruja lebih sikit.. :p DN menginap di Damai Beach Resort. Tempat ni sangat cantik. Entrance yang luas dan straight entrance ni kalian akan sampai ke swimming pool dan pantai...
Counter reception betul-betul bersebelahan dengan entrance. Sampai je takde lost nak cari entrance kat mana..
Berdepan dengan reception adalah ruang menunggu. Kat sini semua perabot diperbuat dari kayu. Memang ada daya tarikan tersendiri... Hujung sebelah kanan ruang menunggu adalah Cafe Satang. Kat sini ade 2-3 cafe lagi tapi yang dekat dengan swimming pool cafe ini lah...
Damai Beach Resort juga menyediakan shuttle bus untuk ke bilik hotel dan ke bandar Kuching. Memang takde masalah untuk ke mana-mana...
Ini bilik penginapan DN. Besar kan... Bilik ini dinamakan Longhouse Deluxe. RM471 semalam..
Ada sofa dan TV LCD serta ruang yang luas antara katil dan meja solek. Boleh guling-guling kat carpet kalau nak. Hihi.. :p
Tengok tu? Banyak gile kerusi dalam bilik ni. Even banyak kerusi, bilik ini tetap luas. Masuk 6 orang pun selesa lagi...
Pantry untuk buat air dan wardrobe baju sampai dua... Bawah pantry ini pula peti ais dan berdepan dengan pantry which takde dalam gambar adalah toilet dan wardrobe barang pulak..
Toilet dia biasa je kan tapi besar dan selesa..
Yang penting ada bath tub... I loike!!! ^_^
Ini juga favorite DN tiap kali pergi cuti.. Mesti kena ada beranda mengadap laut...
Pemandangan laut dari beranda bilik... Cantik kan... Kat bawah tu adalah bilik hotel yang dekat dengan pantai tapi DN pilih bilik di kaki bukit..
Dari bilik pun boleh nampak pemandangan Gunung Santubong...
Ok.. Layan lah kejap gambar DN baru balik shopping kek lapis. Hihi... :p
Dan ini lagi satu... Aktiviti DN di sana adalah melepak tepi pantai. Sungguh sopan DN di tepi pantai kan.. Orang lain sampai tak cukup kain. Hihi.. Peduli apa DN..
Sampai lah matahari nak terbenam DN akan melepak di tepi pantai ini... Baring kat sini memang sangat syok..
Di sebalik pokok-pokok itu adalah bilik hotel DN menginap.. Jauh kan tapi takde masalah sebab ada shutter bus. Tekan je bell dia akan datang ambil. Bagus kan servis di sini..
Bila perut dah lapar, DN mencari Laksa Sarawak.. Malas nak keluar jauh-jauh makanya DN order di Cafe Satang je.. Sedap dan DN suka rasanya...

Ok, cukup lah DN membebel di sini. Memang agak bosan kan sebab DN tak pandai nak bercerita tapi harap kalian enjoy tengok gambar-gambar di sini... Seeya!

Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

10 Blue Komen:

  1. wida g jln2 ngn hubby & waiz mesti lg seronok kan... :)

    ReplyDelete
  2. bestnya! t'ingin nak g sarawak ! :D

    ReplyDelete
  3. ada peluang pergi lh... memang best.. :)

    ReplyDelete
  4. terbaik dn.like..ada skit dengki ni.heheh

    ReplyDelete
  5. hepp!! xelok dengki2 ni.. :p hihi..

    ReplyDelete
  6. smpai demam xelok2 lg ni.. huhu...

    ReplyDelete
  7. kena kumpul duit dulu..hehe.wida pernah pergi srwk 10 yrs ago..
    mesti dah byk perubahan

    ReplyDelete
  8. mesti dh byk perubahan tu.. dah ada jln flyover. hehe..

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^