Destinasi Terakhir

Selamat berpuasa kalian... Kali ni DN nak share dengan kalian destinasi terakhir DN. Kenapa destinasi terakhir? Sebabnya.... destinasi terakhir DN adalah di Kuching, Sarawak dan merupakan kejayaan DN mengelilingi Malaysia. Yeay!!!!

Tak banyak tempat DN dapat pergi sebab masa yang terhad & DN pergi sendiri. Tapi pergi juga lah tempat-tempat yang DN rasa nak pergi. Jom jalan-jalan dengan DN...
Macam biasa bila dah sampai Sarawak mesti nak kena beli kek lapis. DN beli kat Afifi kek lapis sebabnya beli RM100 dapat free 1. Ok lah kan... Ada tester macam-macam kek lapis so boleh rasa dulu sebelum membeli.. Meriah kan warna-warni kek lapis ni.
Dan DN beli 1kotak kek lapis ni... tengok orang tu bungkus, bersungguh-sungguh kan...
Lepas dah beli kek lapis DN pergi makan mee kolok Kat Kampung Boyan ni. Difahamkan mee kolok ni ada 2 jenis, goreng dan sup tapi katanya yang goreng lagi sedap. Makanya DN cuba lah mee kolok goreng. Memang sedap!!! DN suka mee ni. Kat Semenanjung ada ke tak ye? Hmmm...
Keesokannya DN bersiar-siar di Sarawak Cultural Village.. Mahal gak tiket, RM60 untuk dewasa tapi disebabkan DN stay di Damai Beach Resort, tiket DN berharga RM55. Ok lah kan... Dah alang-alang sampai, rugi pulak kalau tak berjalan di sini... DN dapat sticker dan passport untuk di cop sepanjang perjalanan DN dalam ni..
Ok, lepas dah dapat passport, bermula lah perjalanan DN... Cuaca yang sangat panas tetap tak menghalang DN untuk berjalan di sini.
DN nak menggunakan Bidayuh Bamboo Bridge ini untuk ke rumah yang pertama. Jangan ingat pakai heels tak lepas ok.. DN dan heels memang susah untuk dipisahkan so apa ada hal nak jalan kat jambatan buluh ni. Hihi... :p
Yeay!! DN sampai di rumah yang pertama, iaitu Rumah Bidayuh...

Ini pula DN di Rumah Iban... Baru DN tahu yang rumah panjang ini adalah rumah orang-orang Iban. Ish2... Kesian DN kan baru tahu. Huhu...
Ini pula DN di Rumah Penan. Rumah Penan tak sebesar Rumah Iban so DN takde masuk sampai ke dalam sebab ramai orang tengah cuba jaya untuk menyumpit...

Rumah Orang-Ulu ini tinggi kan dan ukiran kayu di sini sangat cantik. Memang berbeza dengan rumah-rumah yang lain... Dah lah tangga kayu kecik je, gayat gak DN dibuatnya...
Dan ini pula adalah Rumah Tinggi Melanau... Memang tinggi lah sebab bila DN dah naik sampai tingkat kedua, ada lagi tangga nak naik ke atas...
Ini pula DN di Rumah Melayu. Rumah Melayu Sarawak tiada beza sangat dengan Rumah Melayu di Semenanjung. Tangga dia pun besar-besar...
Rumah terakhir yang DN lawati adalah Rumah Cina.. Kalau perasan tempat DN pijak kat luar tu simen tapi kat dalam rumah tanah ye kalian... Dan kebiasaan belakang rumah cina mesti ada perigi...
Lepas dah berjalan-jalan melihat rumah-rumah kaum yang terdapat di Sarawak, DN dijamu dengan tarian kebudayaan orang-orang Sarawak...
Ok, dah penat jalan-jalan di Kampung Budaya Sarawak ini. Di sini juga lah tempat di mana Rainforest World Music Festival diadakan setiap tahun...
DN nak kembali ke Damai Beach Resort... Kampung Budaya Sarawak ini berlatar belakangkan Gunung Santubong dan berdepan dengan Laut China Selatan. Cantik sangat tau pemandangan di sini. Hujung selepas tempat batuan itu adalah Damai Beach Resort tempat DN menginap. Jalan kaki je nak ke Kampung Budaya Sarawak so apa lagi, lepas ni kita melepak di tepi pantai pulak ye... Hehe...

Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

8 Blue Komen:

  1. slmt brpuasa DN :)

    dia ni memang suka brcuti sowang2... tp heran sp la mangsa kamera dia ni.. huhu

    ReplyDelete
  2. Selamat berpuasa zuan...

    mesti lh kena ada yg tlg tangkapkan gambar. bukti ni. hihi..

    ReplyDelete
  3. kat sblh tu pakwe ke?

    ReplyDelete
  4. kt rumah orang-ulu 2 ye? jumpe artis... mesti kena tangkap gambar sama. hihi.. :p

    ReplyDelete
  5. belum berkesempatan sampai di sabah dan sarawak setakat ni.

    Cik DN berani kan. jaga diri dan kesihatan masa di perantauan nanti ye.

    jangan nakal-nakal...:)

    Allah permudahkan urusan Cik DN di mana2 jua. in shaa Allah

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^