Kisah Taubat Seorang Peragawati

Sa'daan telah menceritakan :

Suatu ketika, ada sekumpulan kaum telah mencabar seorang wanita yang cantik jelita lagi rupawan supaya memperagakan dirinya kepada ar-Rabii' ibnu Kasyiim untuk menguji ketahanan iman beliau. Sekiranya berjaya berbuat demikian, beliau akan hadiahkan sebanyak seribu dirham. Si wanita itu segera mengenakan pakaian yang serba indah dan memakai wangi-wangian yang paling harum serta berjenama tinggi. Selepas itu beliau pun segera memperagakan dirinya yang cantik rupawan itu kepada ar-Rabii' tatkala beliau keluar dari masjid.

Ar-Rabii' terpandang ke arah wanita yang cantik jelita dan cuba menggodanya. Melihat keadaan itu, si perempuan semakin ligat menggoda ar-Rabii'. Ar-Rabii' kemudiannya berkata :


Si wanita itu terus menjerit lalu rebah dan terus pengsan. Setelah tersedar dari pengsannya, beliau segera bertaubat dan banyak menghabiskan masanya untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Setelah beberapa lama berlalu akhirnya beliau meninggal dunia. Pada hari kematiannya, mereka dapati badannya seolah-olah seperti kayu kering (menunjukkan kuatnya beribadah kepada Allah s.w.t.)

* Beliau ialah Abu Yazid ar-Rabii' ibnu Kasyiim ibnu 'Aa-id ibnu Abdullah ibnu Muuhib ibnu Munqazd ath-Thauriy al-Kuufiy. Beliau merupakan anak murid sahabat terkenal iaitu Abdullah ibnu Mas'ud r.a. yang terkenal sebagai seorang yang warak, kuat beribadat dan kepercayaan dalam meriwayatkan hadith. Wafat pada tahun 61 Hijrah.
Rahimahullah....

Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

2 Blue Komen:

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^