Slissian's 9701 @Mia Thai Steamboat

Mia Thai Steamboat terletak di Jalan Wangsa Delima 12, Wangsa Maju...
Betul-betul berhadapan dengan Wangsa Walk Mall...
Promosi pada bulan puasa ini adalah RM35 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak manakala bawah 5 tahun percuma..
Tempat makan di dalam restoran ini terbahagi kepada dua tempat, kebanyakan adalah di bawah manakala di atas ada beberapa tempat sahaja.
Kami memilih tempat makan di bahagian atas.
Pandangan keadaan restoran dari atas, susun atur yang kemas. Makanan pula diletak di satu sudut berhampiran pintu masuk.
Owh, Happy Birthday Salam... Kami ke sini untuk dua tujuan sebenarnya iaitu gathering buka puasa dengan Slissian's 9701 yang malangnya tidak mendapat sambutan sangat kecuali mereka yang selalu bersama DN dan celebrate birthday Salam. (Sliss = Simpang Lima Islamic Secondary School)
Kami beli kek ini di RT Pastry House, SS15, Subang Jaya sebelum ke sini.
Cantik kan packaging ni... Packaging cantik dan kek sedap. Tak rugi beli..
Birthday boy nak potong kek dan tiup lilin...
Inilah keluarga birthday boy...
DN di Mia Thai Steamboat ni bersama mereka; Salam, Lili & Muhaimeen...
Ini pula Lorn dan Amir...
Bakal menjadi bapa, Farid...
dan kami... DN, Hanim dan Khamisah...
Macam biasa Khamisah akan menjaga Minmin Boy ini...
Bergilir-gilir dengan DN. Suka lah mak bapak budak ni bila ada yang tolong jagakan. Huhu...
So bila dah penat jaga, baby sitter jadi tempat Minmin Boy ni. Hehe...

Ok lah, berbalik kepada Mia Thai Steamboat, so far DN suka dengan suasana dan keadaan kedai yang selesa. Cuma DN tak pasti sistem exhaust di dapur sebab boleh bau masakan mereka. Owh, DN paling tak suka bila bau orang masak. Huhu...

Makanan pula tak banyak choice sebab mungkin kami tak ramai dan steamboat without udang?? Hmm... Ada kekurangan di situ. Nasi goreng pula sangat pedas tapi untuk sambal steamboat, kuah sup dan tomyam sedap. Memang steamboat main dish di sini dan kepada yang ingin mencuba steamboat, boleh datang ke sini ye... Haha.. Tolong promote kedai orang :p

Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

8 Blue Komen:

  1. cheese cake mmg sedap & best... hehe.. :p

    ReplyDelete
  2. bestnya...
    hanim x deliver lagi ker?

    ReplyDelete
  3. belum lagi... due sept. ni lh...

    ReplyDelete
  4. terimakasih kepada DN dan sahabat atas sokongan dan kesudian mengunjungi Mia Thai Steamboat.
    Segala saranan dan komen positif dari DN amat kami hargai dalam penambahbaikan dalam perkhidmatan kami demi kepuasan dan keselesaan semua.
    Terima kasih sekali lagi dari kami di Mia Thai Steamboat.

    lawati kami di:
    miathaisteamboat.blogspot.com
    www.facebook.com/miathaisteamboat

    ReplyDelete
  5. hi malek al-kumbo... thanks drop by sini.. ^_^

    ReplyDelete
  6. Ciri2 dah nampak.. jelas sangat..

    macam akak dengan adik he..23x

    ReplyDelete
  7. @Bro Framestone alamak! ini gambar kurus ni... huhu..

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^