The Zon Regency Hotel

Puasa ketiga yang lepas DN di Johor kerana ada kerja di Pasir gudang seperti biasa. Memandangkan konon-kononnya nak merasa kemeriahan berpuasa di tempat orang, DN stay 1 malam di Johor. Lokasi pilihan DN adalah The Zon Regency Hotel Johor Bahru.
Hotel ini terletak di Stulang Laut dan berada di pusat membeli belah bebas cukai The Zon. Makanya, hotel ini berada di atas shopping compleks tapi reception masih berada di Ground Floor.
Ini adalah lobby hotel yang terletak di Ground Floor. Sebelah kanan entrance keluar manakala sebelah kiri adalah lif untuk ke bilik hotel dan untuk kegunaan hotel sahaja. Mereka yang hendak ke shopping compleks tidak boleh menggunakan lif ini kerana hanya mereka yang ada kad hotel sahaja boleh menggunakan lif hotel ini. Di dalam lif disediakan card swipe so bila dah swipe baru boleh tekan tingkat berapa bilik hotel nak pergi. Bagus kan... Jom ikut DN masuk bilik hotel...
Ini bilik hotel DN menginap. Bilik ini dinamakan Deluxe Room berharga RM267 per room per night... Katil nampak best kan... Memang best sebab empuk je bila baring tau....
Disediakan kerusi untuk berehat dan tempat untuk membuat kerja serta meletak barang-barang keperluan lain...
TV pun jenis lekat kat dinding je sekarang. Bagus lah kan. Luas sikit ruang untuk lalu lalang...
Ini adalah wardrobe, pantry dan bawah pantry adalah peti ais. Sebelah wardrobe pula ada peti keselamatan untuk menyimpan barang berharga.
Ruang yang ada tidak terlalu besar tapi selesa lah untuk orang yang kecil macam DN ni. 2 orang selesa lagi tapi kalau nak datang 4 orang better ambil bilik lagi satu baru selesa.
Tempat yang akan jadi perhatian DN bila di hotel adalah toilet aka bilik termenung. Hihi... :p Toilet di sini cantik juga lah...
Dan bath tub untuk tempat menidurkan diri. Hehe... Bayar mahal-mahal takde bath tub memang saje lah kan...
Dari bilik boleh nampak pantai dan Singapore...
Juga diberi access internet percuma... Nice!!
Serba serbi ok bagi DN cuma bila malam di sini agak bising kerana ada life band di dalam ruang legar hotel dan di luar pula terdapat deretan night club. Siapa-siapa yang tak suka suasana bising tempat ini tak sesuai untuk kalian tapi bagi DN, mula-mula rasa annoying juga tapi bila dah ngantuk tak kisah lah bunyi-bunyi itu semua... Yang penting bunyi ini tidak mengganggu DN untuk solat tarawikh... Ok lah kan...
Keluar dari bilik dah boleh nampak bendera Malaysia besar punya...
Dan bilik hotel di dalam ni banyak kan. Dah macam apartment bila tengok. So kalian boleh bayangkan tak bila ada life band kat tengah tu, juga di kawasan yang tertutup, gema suara confirm sampai ke bilik kan... Makanya DN nak ucapkan terima kasih kerana dodoikan DN untuk tidur dengan suara-suara anda...
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

2 Blue Komen:

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^