Belajar Bersama DN : Perancangan Pendawaian Elektrik

Rasa lama DN tak berkongsi ilmu pengetahuan yang tak seberapa ini tentang bidang kerja DN. Tetiba harini DN rasa nak berkongsi sesuatu. Apa kata DN cerita sikit bagaimana perancangan yang perlu dilakukan untuk kerja-kerja pendawaian elektrik ini. Nak buat apa-apa mesti kena ada perancangan. Baru tak haru biru dibuatnya. Betul tak?

Sebelum itu, perancangan pendawaian elektrik ini bukan sahaja diperlukan pada bangunan baru tetapi turut melibatkan bangunan tambahan atau bangunan sedia ada.Perancangan dan penentuan sesuatu pendawaian elektrik itu perlu dilakukan supaya kerja-kerja yang dijalankan kemas dan selamat untuk digunakan kelak.

Apa yang perlu dilakukan adalah seperti berikut:-
  1. Site visit / Drawing from Architect
  • Tujuan site visit ini adalah untuk menentukan peralatan elektrik yang sesuai digunakan; jika sedia ada masih selamat atau berfungsi untuk digunapakai semula. Selain itu ia digunakan untuk menentukan keperluan beban pengguna dan seterusnya mengira keperluan beban maksimum. Lukisan site & floor plan dari pihak arkitek juga diperlukan untuk menentukan penggunaan peralatan dan keperluan beban maksimum ini bagi bangunan baru. Ia juga diperlukan untuk menentukan sama ada bekalan masuk yang akan diambil adalah satu fasa atau tiga fasa, jenis-jenis pendawaian dan susun atur peralatan.
Gambar : Projek Menara PJH

     2.  Menentukan keperluan beban pengguna
  • Dengan adanya floor plan bangunan, keperluan rekabentuk dan pemasangan seperti cadangan beban, peletakan peralatan elektrik dan pemasangan rekabentuk pelan dapat ditentukan, seterusnya keperluan beban pengguna diperolehi.
 
 Gambar : Projek Puncak Saujana Phase 2A
 
    3.   Pengiraan beban maksima
  • Anggaran beban maksima digunakan untuk menentukan pemasangan pendawaian seperti saiz kabel dan keperluan lain dan seterusnya untuk merancang pemasangan pendawaian seperti di dalam pelan. Merujuk kepada MS IEC 60364 Part 1, Clause 311, penentuan beban maksima untuk setiap litar adalah bagi memastikan rekabentuk dilakukan secara ekonomi dan reliable dengan mengambilkira lingkungan kejatuhan voltan dan faktor perbezaan (diversity factor).
 Gambar : Projek Banglo 2 1/2 Tingkat Bandar Kinrara
 
    4.  Submit pelan
  • Setelah rekabentuk dan penentuan anggaran beban maksima diperolehi, pelan yang menunjukkan keperluan beban maksima tersebut perlu diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan seperti TNB atau pihak majlis. 
  • Merujuk kepada ESAH (Electrical Supply Application Handbook) TNB, beban 100kVA dan ke bawah memerlukan kontraktor elektrik berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga menghantar permohonan bekalan elektrik tersebut. Manakala beban 100kVA dan ke atas memerlukan konsultan yang dilantik untuk menghantar pelan-pelan tersebut.
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom

Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

4 Blue Komen:

  1. Byk kerja pn still sempat update blog. hehe.. :p

    ReplyDelete
  2. sebenarnya jeles gak ngan DN. kerja banyak tapi masih boleh makan2, tengok wayang dan pergi bercuti.

    kerja saya tak banyak, tapi saya tak berpeluang buat mcm DN buat.

    ReplyDelete
  3. saya dpt blog ni dari abg sahlan sakial. dia kate kalo nk dpt ilmu bnyk cari blog ni...saya bukak2 mmg dah rase kne suap je...smua ade dlm ni..sng kje. smge Allah berkati usha ni. amin.

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^