Cinta Itu Buta

Benar ke cinta itu buta? Jika bertanyakan DN, iya, DN mengakui memang benar cinta itu buta. Buta ertinya cacat. Jadi cinta itu buta, sebab itu cinta itu cacat. Soalnya mengapa cinta lahir dalam keadaan yang cacat? 
Cinta sebenarnya ada dua. Cinta yang dirasakan dan cinta yang difikirkan. Cinta yang buta ialah terus merasa dan hanyut hingga tidak boleh berfikir. Apabila terburu-buru menerima cinta, kemudian bercinta, maka tidak sempat lagi untuk berfikir dan itulah yang dinamakan cinta buta. Cuba jika berfikir dulu sebelum bercinta... atau bercintalah dan berfikir dengan baik serentak.

Mesti tertanya-tanya berfikir bagaimana kan? Cuba berfikir mengapa Tuhan jadikan cinta. Cinta itu menyebabkan kita, seorang perempuan memerlukan kehadiran seorang lelaki setelah meningkat dewasa. Apa akan jadi jika perempuan tidak minat lelaki dan sebaliknya? Sudah pasti tidak lahir keturunan. Cinta dijadikan untuk manusia berketurunan. Jadi cinta bukan soal seronok yang dirasakan, tapi harus berfikir tentang bahagia atau tidak. 

Jadi berfikir dahulu, adakah kita boleh bahagia dengan orang yang dicintai itu? Sebagai perempuan, adakah lelaki yang dicintai itu seorang yang seronok mata apabila memandang, sejuk hati apabila bergaul, seorang hero yang bijak dan tidak menghadapi masalah saku. 

Setiap wanita mempunyai selera yang berbeza tentang pilihan hatinya. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Ada yang suka gemuk, ada pula yang suka kurus, ada yang memilih kaya ada pula yang sederhana, namun itu semua bergantung kepada individu itu sendiri. Yang harus ditekankan di sini, walau macam mana yang dipilih, matlamatnya adalah satu iaitu ikatan kasih berpanjangan...

Disini DN ingin berkongsi panduan atau cara untuk memilih calon suami... DN rasa dalam usia DN sekarang bukan lagi untuk mencari calon teman lelaki tapi panduan ini juga masih boleh digunakan untuk mereka yang ingin mencari calon teman lelaki dahulu sebelum berfikir untuk memilihnya sebagai calon suami kelak.
  1. Sehaluan dalam pergaulan.
  2. Memiliki sikap yang luhur dan murni.
  3. Menghormati wanita dan menghormati lapangan kerja masing-masing.
  4. Sudah berusia matang dan tidak begitu jauh perbezaan usianya.
  5. Di kalangan temannya terkenal sebagai seorang pemuda yang amanah, jujur dan tidak gemar berbohong.
  6. Pemuda yang telah memperolehi peluang untuk mengenalinya, untuk menentukan sikapnya.
  7. Penganut agama yang sama atau mempunyai pandangan hidup yang lebih kurang sama.
  8. Seorang yang penyabar dan pemaaf.
  9. Direstui oleh orang tua atau yakin dapat diterima sebagai menantu olehnya.
  10. Hidupnya lebih cenderung mematuhi ajaran agama, sihat tubuh badan dan mental.
  11. Pemuda yang mempunyai hubungan baik dengan orang tua dan kaum keluarganya.
  12. Tidak mudah tersinggung dengan syak wasangka.
  13. Dapat memberi kepuasan batin; iaitu pandai memujuk bila merajuk dan pandai menghibur hati bila menghadapi kemuraman.
  14. Sederhana di dalam tabiatnya.
  15. Pemuda yang dididik dengan berperaturan oleh orang tuanya (Hal ini memerlukan wanita mengenali sikap keluarganya).
  16. Bersedia menjadi bapa yang baik kepada anak-anak dan bertanggungjawab.
 Itulah serba sedikit panduan yang ingin dikongsi. Fikir-fikirkan lah... Semoga kita bertemu dengan lelaki yang mampu membahagiakan kita. Insyaallah... 
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

6 Blue Komen:

  1. tul2...insyallah DN pun jmpa nnt :D

    ReplyDelete
  2. insyaallah... kena selalu berdoa dipertemukan jodoh. hee.. :)

    ReplyDelete
  3. in shaa Allah. nanti DN akan bertemu juga dgn Mr. Right tu.

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^