Birthday in Syawal

Happy Birthday 2 u!! Happy Birthday 2 u!! Happy Birthday 2 Deq Noor!! Happy Birthday 2 u!!

Hari ini genap usia DN 27 tahun. Ouchhh!! DN dah semakin tua. Huhu... Takpe.. Apa ada hal dengan angka. Yang penting hidup perlu sentiasa happy dan bersyukur dengan nikmat usia yang telah diberikanNya. Semakin meningkat usia, semakin dekat kita dengan Maha Pencipta. Insyaallah...

Tahun ini birthday DN jatuh pada bulan Syawal di saat masing-masing sibuk menyambut Hari Raya selama sebulan lamanya. Walaupun hari ini adalah birthday DN, DN hanya duduk di rumah sahaja. Pertama kali dalam hidup DN, tiada secebis kek pun menemani DN. Sedih ke DN? Mulanya DN biasa sahaja memandangkan DN tahu tiada sesiapa yang istimewa tahun ini untuk melayan karenah DN tetapi bila DN tulis perkataan kek disini... Hmm... Ni yang nak pergi beli kek japgi. Makan sorang-sorang pun takpe. Hihi...

Mengimbas kembali sepanjang DN menulis di sini...

4 Sept 2009 - Sila baca disini. Bersama seseorang yang pernah menjadi tunangan DN suatu ketika dulu...
4 Sept 2010 - Sila baca disini. Bersama kawan-kawan yang sudi menyambut birthday DN...
4 Sept 2011 - 3 tahun DN menyambut birthday sebagai penulis setia disini...

Walaupun begitu, DN berterima kasih kepada mereka yang masih mengingati hari kelahiran DN dengan tidak putus-putus mendoakan DN sama ada di Facebook, mesej, Whatsapp dan macam-macam lagi. Tengok kat Facebook tu, dah lebih 80 orang wish kat DN dan sepanjang DN menulis ni, masih lagi ada yang wish kat DN. Insyaallah DN akan cuba membalas kesemuanya... Ucapan-ucapan kalian pun sudah cukup menggembirakan DN. Thank kalian...

Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

1 Blue Komen:

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^