Grand Far East Hotel

Wahhh!! Rasa lama tak update di sini. Tangan ni rindu sangat-sangat nak menulis tau. Sampai je di rumah lepas 2 hari meeting yang panjang di Pasir Gudang, DN terus buka lappy. Letih letak belakang dulu walau perlu mengharungi perjalanan yang lama, apa yang penting tangan ni boleh menulis di sini. Semangat kan DN? So tolong lah hargai penat lelah DN ni. Hehe.... (Haktuihhh!! Lantak ko lah DN...)
Dah lama DN usha hotel tepi jalan di Bandar Seri Alam ini tetapi baru semalam DN mencubanya. Dari tepi jalan nampak gah kan hotel ini, siap ada pusat refleksologi lagi..
Gambar yang dari tepi jalan itu adalah pandangan tepi hotel tau, yang ini baru pandangan dari depan. Mewah dengan signboard kan... Kalau malam... Meriah dengan lampu tu signboard dia... Dari jauh dah boleh nampak.
Entrance pun besar dan selesa untuk parking sebab memang hotel ini terletak di corner lot so mereka yang parking di sini mesti lah mereka yang duduk di hotel ini sahaja rasanya. Takde nak jalan jauh-jauh bila nak keluar masuk dari hotel.
Dan.. Inilah Deluxe Room berharga RM85/day... Hmm... What do you think? If you ask me... My 1st impression when entering this room is I don't like the wall color. DN suka warna pink tapi bila bilik hotel berwarna pink DN rasa macam bukan hotel. Lepas itu tiada carpet dalam bilik. Ini menjadi masalah besar untuk DN sebabnya patut sediakan selipar di dalam bilik yang tiada carpet. Lantai sejuk ye dan DN tak suka benda-benda sejuk ini kecuali aiskrim. Hehe...
Cuba kalian tengok kemudahan yang disediakan.. Kenapa almari sebegini yang disediakan ye? Lepas itu TV kecil atas meja sebegitu dengan jarak yang jauh dari katil. Memang tak berminat langsung DN nak tengok TV.
Walau ada chanel Astro yang disediakan, TV kecil sebegini terus hilang mood nak tengok TV tahu.
 Sebelah kiri adalah pintu keluar masuk manakala sebelah kanan pintu tandas. Tepi tandas disediakan meja untuk buat kerja dan boleh lah letak barang make-up DN di sini. Yang ini DN boleh accept. 
Tepi pintu pula ada cermin besar. Cermin besar ini pun tiada membawa masalah untuk DN. Lain lah kalau tak bagi cermin, memang masalah besar tu untuk orang yang suka duk belek muka dan appearance depan cermin macam DN ini. Huhu..
Kemudahan internet juga disediakan tapi DN tak guna pun sebab bila 1st impression DN masuk dalam bilik ini dah tak best, apa kemudahan yang diberi DN akan pandang sebelah mata je. Walau tidak berkaitan langsung dengan kemudahan internet ini. Huhu... Maaf ye....
 
Satu lagi.... Pantry tepi telefon? Ish, siapa lah yang susunatur semua ini. Tolong lah... Awak dah tahu tempat itu sempit, kenapa tak letak dekat meja sebelah toilet itu? Kan ada banyak power point di situ. Huh... Siap bagi ashtray besar lagi. I'm not a smoker ok! Haishh.... Tak berkenan DN...
 Jom kita pergi ke toilet aka bilik termenung... Makaihh!!! Sempit betul. Nak tutup pintu pun susah bila masuk toilet. Pastu basin tiada air panas ye... Huh... (Mengeluh je kau ni DN...)
 Shower ini terletak di belakang pintu so bila nak mandi kena tutup pintu dulu. Dah lah DN suka masuk toilet pasang air pastu keluar balik (pembaziran air!! hehe..) pastu bila dah panas baru DN mandi. Hmmm...

Sori kalau terasa DN agak cerewet tapi bila compare dengan hotel biasa yang lain berhampiran dengan hotel ini, DN masih boleh terima walau tiada tingkap. Bagi DN pemilihan peralatan dan susun atur memainkan peranan untuk menarik perhatian. Maybe cukup lah sekali DN cuba di sini. Pandangan luar yang sangat gah itu sangat-sangat berbeza dengan bilik yang disediakan kan. Kalau kalian pergi sini dan tak kisah semua di atas, boleh lah stay di sini. Ada gym tau!!! Hehe... tapi DN takde pulak jumpa mana-mana abang gagah di sini. Bosan.....

Ok lah, jam menunjukkan pukul 1pagi sekarang ini dan DN perlu merehatkan diri sebab jam 9pagi nanti DN ada meeting UiTM Pasir Gudang di UiTM Shah Alam pula. Asyik meeting je DN ni kan....Huhu... Doakan agar satu hari nanti DN asyik dating je ye so kalian akan baca DN update pasal dating je lepas ini. Hehe... (Mula nak mengarut lah tu DN). Dari DN mula nak mengarut, baik DN pergi tidur dulu. Selamat malam kalian! Silap, selamat pagi! Hehe.. :p

Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

2 Blue Komen:

  1. 85/daY? agak mahal untuk student.. huhu

    ReplyDelete
  2. xpe2... lepas dh xjadi student lain pulak perasaan tu. hee...

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^