Hujung Minggu Terakhir Syawal

Hujung minggu terakhir Syawal memang sangat sibuk. Sibuk ke sana dan ke mari menghadiri rumah terbuka, jamuan hari jadi dan majlis perkahwinan. Apa yang perlu adalah sediakan perut kosong, minyak kereta penuh dan duit untuk bayar tol sahaja. Duduk lembah kelang, gerak sikit tol... Apa boleh buat. Layan... Huhu...

Rumah pertama yang DN pergi bersama housemate adalah rumah officemate DN di Puncak Alam. Kami sampai di sana jam 3petang tetapi sunyi je lagi. Rupa-rupanya majlis start lepas Asar. Confirm lah DN tak boleh nak tunggu kan coz berderet rumah yang DN kena pergi. Makanya DN pergi berjumpa wife officemate DN di rumahnya sebab officemate DN pun tiada di rumah ketika itu.
Kemudian, DN, housemate dan family DN pergi ke rumah pakcik DN di Seksyen 6, Shah Alam. Meriah sangat-sangat dan siap ada karaoke lagi. Ramai juga lah saudara-mara DN di sana, dan sebelum nak pergi ke rumah berikutnya, DN dan housemate diberi duit raya. Buka-buka sampul ada RM10. Seronok tu!!! So kami pun top-up Smart-Tag menggunakan duit raya yang baru dapat tu. Hehe..
 
Kami guna laluan baru dari Guthrie Highway, keluar ke Lata Highway untuk ke rumah Salam di Selayang. Banyak gila tol nak kena lalu. RM1.40 + RM1.40 + RM2.00... Kalian kira lah sendiri ye. Memang tak sampai 30minit dah sampai Selayang tapi kos tol tu lebih banyak lah. Bankrup! Huhu... Mujur dapat duit raya. Hehe...
Salam membuat jamuan hari lahir untuk celebrate Muhaimeen 1st birthday dan sekali dengan open house.
Kawan-kawan yang ada di rumah Salam selain DN adalah housemate dan Anuar. Yang lain-lain selain saudara-mara mereka adalah kawan-kawan kerja mereka. DN tak kenal...
 Salam's happy family...
 Keesokannya pada hari Ahad DN pergi kenduri kahwin Aqmar & Khairul di Dewan Seri Seroja, Presint 15, Putrajaya.
 Pergi ke wedding tersebut macam biasa bersama housemate...
DN kenal Aqmar ini sebab beliau kawan Ijan (berbaju purple). Dulu DN selalu lepak kedai makan Ijan, itu pasal lah kawan Ijan, kawan DN jugak. Hehe...

Lepas itu, kami pergi rumah terakhir open house di Kinrara, Puchong... Makanan yang disediakan adalah makanan ruji orang-orang Kelantan. Hmm... DN cuba jugalah beberapa jenis makanan yang disediakan tapi secara jujurnya, tekak DN tak berapa boleh terima makanan itu. Huhu...

Maka, berakhir lah aktiviti makan-makan di hujung minggu terakhir Syawal bersama housemate... Agak-agak next week ada lagi tak orang nak buat makan-makan? Melebih!!! Hehe..
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

11 Blue Komen:

  1. haha... ape bleh buat... ini je gambo yg ade :p

    ReplyDelete
  2. huhu rsanya next week xde dah la mkn2 ni :)

    ReplyDelete
  3. itu lh.. dh kena beli lauk isi peti ais ni..

    ReplyDelete
  4. hepi befday n selamat pengantin baru.. hahaha

    jom solat?
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/09/6-jahanam-2.html

    ReplyDelete
  5. tq2... (on behalf b'day boy & bride) :D

    ReplyDelete
  6. HEHE....TQ for coming frenssss....
    korang jadi ke jumpa Farid malam tu?

    ReplyDelete
  7. jadi... sampai pkl 12mlm kami d rumah farid

    ReplyDelete
  8. deqnoor santek !! slmt hari raya :) maaf zahir batin :))))

    ReplyDelete
  9. selamat hari raya, maaf zahir batin juga! ^_^

    ReplyDelete
  10. sakan beraya ye. sampai dapat duit raya.

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^