Apollo 18


Sila layan trailer di atas... Apa pendapat anda? Kalau tanya pendapat DN, macam banyak aksi-aksi yang mencemaskan dan menakutkan je. Dalam kepala tertanya-tanya, apa benda tu ye? Takkan ada orang tinggal kat bulan dan jadi pembunuh? Iyelah... Siap ada bawak tool kan tapi kenapa ada benda lain pulak masuk dalam suitcase mereka? Mesti best cerita ni.

Terima kasih kepada Nuffnang kerana sekali lagi DN berpeluang untuk melihat premiere screening Apollo 18 ini sebelum ditayangkan ke seluruh pawagam hari ini ye kalian... 8 September 2011. Bila dah tengok... hmm... DN rasa tak seperti apa yang DN jangkakan. Aksi tak banyak... Ada lah dalam 3-4 je macam tiba-tiba benda tu dalam suitcase dia seperti dalam trailer. Pendek kata aksi semua seperti di dalam trailer. Kalau boleh tengok benda tu secara dekat dan jelas serta boleh tunjukkan macam mana ia masuk ke dalam suitcase lagi faham kot. Plus cerita pegang camera, mesti goyang-goyang kan... pening woo... suara confirm xjelas macam bila korang dengar orang bercakap guna pager... camtu lah suara mereka dalam cerita ini. Yang jadi DN tertunggu-tunggu, tengah tido pun nak rakam lama-lama... adoiii!!!

Maybe pengarah cuba nak membawa kita macam mana rasanya bila berada di atas bulan dan dalam kapal tu. Whatever... Mereka yang ada membaca sejarah kejayaan kapal Apollo sampai ke bulan dan ingin mengetahui kenapa mereka sudah tidak kembali boleh lah layan cerita ini.
Kali ini DN tengok cerita ini dengan Musch di TGV Suria KLCC... Musch juga sependapat dengan DN dan beliau beri 2star untuk cerita ini. Thanks buddy! :)


Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

3 Blue Komen:

  1. rajin dia... untong la dok area kl. senang nk tgk..huhu

    ReplyDelete
  2. selamat hr raya DN..
    sempat jugak tgk wayang ek

    ReplyDelete
  3. zuan : time boleh di arrange.. yg penting free. hehe..

    wida : selamat hari raya wida... raya kan sebulan.. sempat2 kan je. hee...

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^