Raya Tanpa Baraan

Raya tahun ini tidak semeriah dulu... Hmm... Adakah DN sudah semakin dewasa? Tiada lagi istilah baju baru dan jalan-jalan raya rumah orang ke hulu-hilir (orang Jawa panggil Baraan)...  Tahun ini apa yang penting bagi DN adalah parent dan adik-adik DN dapat baju baru dan duit raya dari DN. DN serba serbi bersederhana takpe asalkan mereka gembira...

Lagipun nenek DN (Embah) tidak berapa sihat dan sudah tidak sekuat dulu. DN paling suka tiap kali raya Embah akan buat ketupat, ketupat palas dan ayam masak kicap. Marvelous!!! Tahun ini semua diambil alih oleh Mama.. Of course rasanya tak sama macam Embah buat. Huhu... Tak kisah lah. DN pula tolong kemas rumah, anyam ketupat dan potong-potong bawang je. Mama merancang untuk membawa Embah duduk bersama kami. Harap Embah nak ikut. Sebenarnya dah banyak kali Mama ajak tapi orang tua kan... Mana nak menyusahkan anak-anak. Hmmm... DN tunggu Mama dan Abah balik dari kampung membawa Embah bersama-sama mereka. Kat rumah ni yang tinggal bujang-bujang je... Mama jangan risau ye. Kami anak yang baik. Tak sepah-sepahkan rumah. Hehe...

Selain dari menziarahi saudara-mara di kampung, dulu setiap kali raya ke-3 atau ke-4 DN akan baraan raya bersama Slissian's 9701 ke rumah cikgu-cikgu dan kawan-kawan. Tahun ini... DN hanya pergi seorang diri ke rumah Mushirah di Pasir Panjang. Itupun sebab Mushirah call bertanyakan DN sebab memang setiap tahun DN pergi rumah beliau. Nak ajak teman beraya macam dulu dah tak boleh sebab Mushirah dah kahwin.

Lain-lain... DN hanya duduk di rumah, kemas rumah setiap hari. Tapi apsal tak siap2 lagi ye? Haha... Nampak sangat rumah bersepah kan. Hehe... Dari sebelum raya sampai lah dah raya tak siap2 lagi kemas rumah tau. Patut lah Mama selalu membebel bila rumah bersepah. Penat tu nak kemas rumah ni. Huh... Sekarang DN pun dah jadi macam Mama. Membebel bila budak-budak ni buat sepah. Haha... 

So apa lagi yang menarik tentang raya DN ye? Hmm... Nothing. Tengok lah lepas-lepas ni. Mana tahu ada yang menarik, DN akan update di sini. Kalau kalian nak datang rumah, DN sangat-sangat mengalu-alukannya. Ada lah orang yang DN boleh layan di rumah ini... Hehe.. Meh beraya kat rumah DN... :)
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

5 Blue Komen:

  1. yelah DN..semuaorg dah kawen, susah nak kumpul cam dulu2

    ReplyDelete
  2. kan... apa boleh buat. raya sendiri je lh. huhu..

    ReplyDelete
  3. hehe its ok, braya ngan famili lg penting ;)

    ReplyDelete
  4. itu semestinya... tradisi yg harus dilupakan. sobsob..

    ReplyDelete
  5. baraan ...memang seronok..riuh jadi nya

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^