Swan Garden Hotel

 Kali ini DN nak berkongsi hotel yang DN suka menginap bila ada meeting UiTM Pasir Gudang. DN dah menginap di sini banyak kali sebenarnya tapi hari ini baru tergerak hati nak berkongsi dengan kalian.

 Nama hotel ini ialah Swan Garden Hotel. Ia terletak di Bandar Seri Alam, Johor. Hotel ini dekat end corner shop lot je tapi syiok tau. Nak tahu kenapa DN suka menginap di sini kalian kena baca bebelan DN sampai habis. Baru kalian tahu kenapa. Sabar ye.... Hehe..
 Nampak bilik ini biasa je kan... Memang pun sebab DN ambil bilik untuk seorang yang berharga RM98/day.
 DN sorang je kan.. Cukup lah duduk katil bujang je. Bilik ini tiada tingkap tau tapi DN tak kisah pun. Nak tidur je. Kalau ada tingkap tapi pemandangan tak cantik tak guna jugak. Betul tak... Yang penting bilik ini wangi dan tiada masalah ventilation.
 Walaupun bilik ini kecil tapi tetap ada tempat untuk meletak beg dan menggantung pakaian. Siap provide hanger lagi.
 Pantry pula kongsi dengan meja solek je tapi DN tak kisah jugak sebab masih ada ruang untuk DN letak barang-barang make-up DN yang berlambak tu. TV mengadap katil so senang nak tengok TV sambil melunjur macam ala-ala malas gitu.
 Bilik air bersih dan kemas. Tuala disediakan bukan satu sahaja tau..
 Tengok tu? Ada tuala mandi, tuala kecil dan tuala muka. Bila DN mandi semua tuala ini DN akan guna tahu. Hihi... Tengok harga pun dah tahu takkan ada bath tub so ada shower pun dah ok...
 Haaa!! Ini lah salah satu sebab DN suka menginap di sini. Wifi free dan sangat laju. DN update blog ini guna wifi free ni lah. Takde nak duduk termenung lama-lama tahu... Macam guna Broadband. Jimat data byte DN. Hehe..
 Dan juga chanel astro yang best2... Yang penting ada ESPN, Star Movie dan Star Sports. Memang tak tidur sampai pagi dibuatnya sebab tengok TV. Tengok bola? Takde hal... Haha....
Bagus kan... Siap bagi majalah ini lagi kat bilik hotel. Walau bilik ini kecil tapi semua yang DN nak ada. Pendek kata lengkap lah.Cukup puas hati. Tak percaya, kalian boleh cuba. Peace!! :)
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

10 Blue Komen:

  1. kan.. tp serba serbi lengkap. best!

    ReplyDelete
  2. lain2 x ada x kisah..wifi wajib ada..hehe

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Nak tumpang tanya, yang Deqnoor stay ni bilik standard single ke superior standard? Sebab dengar kata yang bilik standard single tu bilik air dia shared...btoi ka? Nak tanya diorang (hotel tu) mcm segan la plak ^^

    ReplyDelete
  4. w'salam... ini bilik standard single. bilik ini kecil je. selesa utk seorang. saya dah duduk di sini lebih 10x tapi so far sepanjang duduk di sini tak pernah lagi kena share bilik air... hope the information helps you a lot.. :)

    ReplyDelete
  5. Haaa...terima kasih banyak2 for the info Deqnoor! Yup, it did help me a lot! Nak kena turun JB next month, dok cari review sume xde bagitau ada bathroom ke tak dalam bilik tapi ada terjumpa gambar mcm bilik mandi berderet2...tu yang cuak gelabah kejap tu...hahahaha. Alhamdulillah, lucky for me that i found your blog! Again, thank you so much for the info! Assalamualaikum ^^

    ReplyDelete
  6. Kemudahan byk di sini.. Kedai makan.. Bank.. Keliling je. Memang selesa.. Njoy your night stay later.. W'salam.. ^_^

    ReplyDelete
  7. walaupun kecil tapi kalau kasi layan an servis mcm ni memang berbaloi2 orang datang nak tidur.

    sambil rehat boleh wifi

    ReplyDelete
  8. simple..ingat de gambo swan dalm bilik tu...hihiiiii boleh?

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^