Anjung Senibung Seafood

Siapa pernah pergi Kampung Senibung? Tempat ini memang terkenal di Johor Bahru tau sebab di sini terdapat deretan kedai makanan seafood... DN pergi ke sini sejak dari DN belajar di UTM sehingga lah kini. Dulu masuk zaman belajar nak ke sini tak perlu bayar, sekarang nak masuk parking perlu bayar RM2 dan jalan dah sehala so takde jam macam dulu.... 
Dari banyak deretan kedai seafood yang ada, DN memilih untuk makan di Anjung Senibong Seafood sebabnya tak ramai orang so makanan mesti cepat sampai kan atau kedai ini masak tak sedap so sebab itu tak ramai orang. Agak-agak kalian yang mana satu ye? Nak tahu komen DN, sila lah baca sehingga habis entri kali ini. Harap maklum... Hehe...
Begini lah suasana di dalam kedai... Penuh dengan cahaya lampu pendant light yang samar-samar... Waktu DN datang ke sini hujan baru berhenti so tempat agak basah dan sejuk...

Dan yang syok nye tempat ini sebab makan atas air mengadap Singapore. Kalau bernasib baik boleh nampak burung enggang duk cari ikan kat atas air ni... Memang tenang dan seronok makan di sini... Suasana tempat makan ni dah selesai DN cerita, sekarang nak beritahu menu makanan DN pula. Jangan ada yang terliur sudah la ye. Agak-agak lapar tu masak lah megi kat dapur. Hehe...

Sementara tunggu main dish, kami disajikan dengan semua ini. Bukan free ye.. Kena bayar tau. Kacang rebus 1 mangkuk RM3. DN tahu sebabnya masa nak bayar orang tu beritahu kami makan 4 mangkuk so kena bayar RM12. Mahal tak kalian rasa? Lepas tu kami disajikan dengan otak-otak yang memang biasa terdapat di Johor. Kepada siapa yang tidak tahu, otak-otak ini adalah makanan yang dibuat dari isi ikan. Macam mana mereka buat, DN tak pasti sebab DN tahu makan sahaja. Hehe... Kami juga turut disajikan dengan pepes. Haa!! Kalian tahu apa itu pepes? Dulu masa DN belajar di UTM tak pernah ada makanan ini tau. Sekarang je baru ada. Ia diperbuat dari isi ayam dan sedap juga rasanya. Kalau kalian berpeluang datang ke Johor, silalah cuba pepes ini... Rasanya memang berbeza dari otak-otak.. (Mesti lah beza, pepes dari ayam, otak-otak dari ikan. Apalah DN ni....)
Kami order kerang bakar sebenarnya tapi kerang bakar di sini di masak begini rupanya... Hmm... DN bayangkan cuma dibakar sahaja. Tak perlu dimasak sebegini. Tak kisah lah... Perut dah lapar, layan.....
 Udang butter yang DN rasa tak berapa nak butter... Macam goreng tepung je rasanya... Hmmm....
Ikan... Apa entah DN lupa namanya. Hehe... Sori2... DN pasal nama-nama ikan ini memang fail sangat-sangat sebab DN bukan berapa favorite sangat ikan-ikan ni... Dari kecik asyik disumbat dengan ayam je, itu pasal ikan tak berapa nak in sangat. Huhu... Ikan ini dimasak tiga rasa katanya tapi DN tak tahu mana pergi rasa-rasa tu. Layankan je lah kan..
Ini pula udang masak sambal... Udang besar-besar so memang puas hati bila makan tapi rasa sambal dia agak tawar so nikmat makan udang sambal itu tiada... Huh...
Dan yang terakhir lauk makanan kami adalah pari bakar. Dalam banyak-banyak lauk, ini lah yang paling sedap. Sambal dia rasa sambal dan bila makan dengan pari terasa nikmat makan pari bakar dicicah sambal tau. So kalian tahu lah kenapa tak ramai orang kan. Harap mereka akan improve masakan mereka sebab kalau sedap pasti ramai yang akan datang dan sanggup tunggu lama walaupun ramai. Betul tak kalian? Apapun kami tetap kenyang malam itu... :)

Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

5 Blue Komen:

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^