Doa Tidak Takut Ancaman

Al-Hajjaj bin Yusuf berkata kepada Anas : Adakah kudaku berbeza daripada kuda Rasulullah s.a.w?

Anas menjawab : Beza antara kedua-dua kuda amat jauh, air kencing dan tahi kuda Rasulullah s.a.w. adalah pahala belaka. Sementara enkau menggunakan kudamu kerana riya' dan sum'ah semata-mata.

Al-Hajjaj berkata : Jika tiada disuruh daripada Amirul-Mu'minin iaitu Abdul Malik bin Marwan memperlakukan yang baik kepadamu, nescaya aku bunuh engkau.

Anas menjawab : Engkau tidak akan dapat melakukannya kerana Rasulullah s.a.w. telah mengajarkanku suatu doa yang dengannya aku tidak takut kepada ancaman manusia, syaitan dan harimau.

Al-Hajjaj berkata : Ajarkanlah doa itu kepada anakku!

Annas enggan mengajarkannya dan Al-Hajjaj bersungguh-sungguh mendesak supaya diajarkan sehinggalah akhirnya Anas tunduk kepada permintaan Al-Hajjaj itu. Doanya ialah :- (Maksudnya)

"Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar (Allah Maha Besar). Bismillah atas diriku dan agamaku, Bismillah atas keluargaku dan harta-bendaku, Bismillah atas segala benda yang diberikan Tuhanku kepadaku, Bismillah itu adalah sebaik-baik nama, Bismillah yang dengan menyebut namaNya tiada bakal datang mudharat apa pun di bumi dan di langit, Dialah Maha Mendengar, Maha Mengetahui. Bismillah yang dengannya aku memulakan sesuatu, dan kepada Allah aku bertawakkal. Allah Tuahnku dan aku tidak akan mensyirikkanNya dengan sesuatu"

"Ya Allah Ya Tuhanku! Sesungguhnya aku memohonMu dari kebaikanMu yang tiada diberikannya sesiapa pun selain daripadaMu, amat mulia siapa yang hampir denganMu, sangat besar segala kepujianMu, tiada Tuhan melainkan Engkau, peliharalah aku dari sesiapa yang menyimpan niat buruk yang Engkau ciptakannya dan aku berlindung diri denganMu daripadanya dan aku mendahulukannya dengan kuasa"

"Dengan nama Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (ya Muhammad) : Allah itu Satu, Allah tempat meminta, Ia tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tidak ada bagiNya satu pun dari makhluk yang sebanding denganNya. Dari hadapanku dan dari belakangku pun seperti itu, dari atasku pun seperti itu"

Cukuplah Allah sebagai pelindungku dan Allah adalah sebaik-baik perlindungan. Sekadar berkongsi dengan kalian untuk manfaat bersama. Insyaallah...
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

9 Blue Komen:

  1. prayers is very important to all of us as Muslims :))
    berdoa sentiasa agar kebaikan terus mendampingi kita..hehe.

    ReplyDelete
  2. first time baca pasal doa ni.

    Anas bin Malik r.a merupakan sahabat Nabi s.a.w paling lama hidup dan yang terakhir sekali meninggal dunia.

    sempat melalui zaman Khalifah Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali.

    sempat melalui zaman pemerintahan Bani Umaiyah hingga ke zaman Abdul Malik Bin Marwan.

    ReplyDelete
  3. @Ladfe Amir thanks untuk info yg berguna ini.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. usianya ketika meninggal dunia kalau tak silap 120tahun

      Delete
  4. mengikut yang saya tahu, anas tak ajarkan doa tu kepada hajjaj walaupun dipaksa. sehinggalah akhir hayatnya, anas ajarkan kat pembantunya doa tersebut. wallahualam.

    ReplyDelete
  5. @Safwan Seth terima kasih untuk maklumat tersebut.. :)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^