Nuffnang : Astro B.yond IPTV Hollywood & Celebrities Night

Halo2!!! Oppss... Sila lihat DN yang kidal sedang menulis sesuatu... Ada slogan yang perlu dijawab dan mereka yang terpilih akan menang Ipad 2... DN menang ke? Mesti lah tidak. Hehe... Awal-awal dah beritahu :p
Lepas dah tulis slogan tu, perlu tampal di sini untuk para juri membacanya nanti. DN letak atas-atas so juri boleh nampak dengan jelas. Tak payah nak tunduk-tunduk untuk baca... (Konon... Bukan menang pun) Hehe...
Sebelum 6.30 petang DN dah sampai di sini tau. Memang punctual kan. Tak sesat, memang lah boleh sampai on time... Sementara tunggu yang lain-lain kita posing-posing dulu ye...
Kali ini cousin DN, Izzatty berjaya dihasut untuk teman DN datang ke sini. Ngehngeh.... Thanks cuzi kerana sudi melayan karenah DN yang last minute baru nak beritahu. So pakai je lah apa yang ada ye. DN pula, sempat kebas 1 baju kat Sunway Pyramid petang tu sebelum event bermula...
Ini lah pakaian kami... Party ini sepatutnya perlu berpakaian seperti Hollywood dan celebrities style tapi kami tak pasti nak pakai pakaian bagaimana yang sopan tetapi masih seperti celebrities so begini lah hasilnya. Kami bergambar dengan one of blogger yang memakai pakaian kena dengan tema. Bagus kan mereka... 
DN sebagai Vanessa Hudgen yang masih bertudung walau perlu memakai sleeveless dress seperti real Vanessa Hudgen selalu pakai...
Dan cousin DN sebagai Cinderella... Auwww!! Comel gitu kan. Hee...
Kalau kalian nak tahu, event ini berlangsung di B.yond IPTV Concept Store di No. 2, Jalan Solaris 2, Solaris Mont Kiara. Masa mula-mula nak datang tempat ni macam jauh je dan was-was juga takut salah tempat. Lalu banyak rumah dan kondo bagai.... Maklum lah, DN guna maps dalam apps Iphone tu. Mujur betul laluan yang ditunjukkan oleh maps ni...
So apa B.yond IPTV tu? Kami diberi penerangan ringkas mengenainya.... Kalian nak tahu?
Boleh baca di board ini... Owh, DN berdiri di words so kalian tak nampak ye. Sori2...
Ok... mujur cousin DN tangkap gambar duduk di sebelah ini kan. So boleh baca dan faham tak? Puas hati? Nak penerangan lagi? Hmmm.... Baiklah...
B.yond IPTV ini adalah satu produk terbaru dari pihak Astro yang mana menawarkan Astro HD +PVR +VOD and internet with just in a single line.

  • HD = High Defination; menonton TV dengan lebih jelas dan terang dengan persekitaran bunyi 5.1 Dolby Digital
  • PVR = Personal Video Recorder; boleh merakam 2 program serentak dengan masa merekod boleh mencecah sehingga 300jam, juga boleh merekod 7 hari lebih awal
  • VOD = Video On Demand; servis interaktif terkini di mana kalian boleh memilih program yang disimpan di dalam library untuk di tonton pada bila-bila masa.
  • Broadband = High Speed Fibre Broadband;up to 30 Mbps with unlimited downloads and voice with 10sen/min for local calls


Produk terbaru ini hanya boleh digunakan di high rise building seperti apartment buat masa ini di mana fiber optic cable akan melalui riser dan seterusnya masuk ke rumah kalian menuju ke router. Dari router dengan menggunakan LAN cable akan terus ke Astro decorder dan juga ke telephone line. Finally, dari Astro Decorder dengan menggunakan HDMI cable akan terus ke kaca TV anda.... Jika rumah kalian ada 2 buah TV, tak perlu risau kerana ia boleh support 2 buah TV dan jika orang rumah kalian mahu tengok rancangan memasak, kalian boleh tengok siaran bola di bilik. Hujan? Tiada masalah lagi kerana dengan menggunakan fibre optic cable ini, tiada lagi perlu menggunakan piring Astro dan tiada lagi masalah untuk kalian menonton rancangan kegemaran walau dalam keadaan hujan. Seronok bukan? 
Contohnya seperti ini... Dalam sibuk berparti, DN tetap tidak melepaskan peluang menonton Everton vs Manchester United di mana menyaksikan MU menang 1-0 manakala ada juga di kalangan mereka yang hadir menonton Arsenal vs Chelsea di TV yang berbeza walau kami di tempat yang sama...
Cousin DN pula layan cerita Avatar seorang diri. Conquer TV sorang-sorang. Syiok kan...
Amacam? Bagus tak kami jadi model? (Perasan) Banyak info yang kami bagi kan... Itu lah. Terima kasih kepada Nuffnang kerana membuat aktiviti yang banyak memberi info kepada kami... Harap akan ada lebih banyak lagi program sebegini di masa akan datang..
Dalam party ini ada game yang dijalankan oleh Nuffnang sebenarnya tetapi kami tidak join. Bukan sengaja taknak join tapi kami pakai heels 5 inci so nak berlari-lari menggunakan heels ini bukan satu aktiviti yang merelakskan kaki ok. Huhu... Next time ada lagi kami join ye... Hee...
Tada!!! DN bersama Cik Epal yang vouge! Finally, dapat pun bergambar dengan beliau. Kalian mesti kenal beliau kan. DN berpeluang berjumpa dengan beliau di event kali ini dan DN yang pemalu ini dengan tidak segan silu mengajak beliau bergambar bersama. Maaf ye Cik Epal, DN tak tahu nak berbual apa sebab DN tak pandai nak memulakan perbualan (Yeke? Hee..) Kalau jumpa lagi harap Cik Epal sudi berkongsikan tips-tips berguna kepada DN.



So kalian terjah lah ke blog beliau ok! ^_^
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

11 Blue Komen:

  1. syoknya jumpa cik epal...
    x jumpa red mummy ker..dia jadi beyonce rasanya:)

    kalau wida duduk sana..mesti best, leh ikot DN:)

    ReplyDelete
  2. wida : red mummy ada tp xde peluang nk tangkap gambar sama2. huhu... itu lh, wida duk sini mesti akan jadi mangsa utk teman DN nanti. hehe... ;p

    zuan : mmg best! bila turun sini beritahu ye... :)

    ReplyDelete
  3. i trn rabu ni, but on date la..hehe but i mayb trn lg.. t i bgtau :D

    ReplyDelete
  4. date xmo lh kaco.. next time ye.. :)

    ReplyDelete
  5. Deqnoor akan ke NAPBAS kan... wahhhhh besttt3 boleh le jumpa kat sana nanti ye hehehe

    ReplyDelete
  6. btul3x! nanti kita jumpa ye... ^_^

    ReplyDelete
  7. entah kenapalah tak persan entri ni belum pernah dikomen..

    dah cop dah dengan komen. next entri please

    ReplyDelete
  8. @Ladfe Amir hahaha... rajin betul komen entry lepas2 ye

    ReplyDelete
  9. Baru perasan.. Cik Epal lagi besar dari DN... la la la

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^