Don't Be Afraid of The Dark

 
Hai kawan-kawan! (dengan nada Upin & ipin)... DN berada di GSC Mid Valley kali ini. Nampak pass masuk yang DN pegang? Ada 4 keping tu.... Manyak syiokkk!!! Apa? Mana dapat? Mesti lah DN dapat passes ini dari Nuffnang. Thanks Nuffnang kerana selalu bagi DN pass sebegini... 
Sebenarnya DN dapat 2 pass sahaja tapi housemate pun dapat juga dari Nuffnang, itu pasal lah jadi 4.. Menggagau gak nak cari partner tahu. Mestilah housemate jadi mangsa untuk cari lagi 2 orang tu. Hehe...
Kali ini kami dapat tengok premiere screening cerita Don't Be Afraid of The Dark sehari sebelum cerita ini keluar atau lebih tepat, hari ini 26th Oktober 2011... 
So DN nak share sikit pasal cerita ini. Cerita ini mengisahkan tentang seorang arkitek yang sedang mengejar kerjaya impiannya telah membeli sebuah rumah agam dan membawa anak serta kekasihnya duduk di rumah tersebut walaupun belum siap sepenuhnya. Tanpa mereka ketahui, sejarah rumah itu sangat mengerikan di mana terdapat makhluk cilik yang takutkan cahaya akan mengambil nyawa kanak-kanak sebagai korban. Anak arkitek tersebut telah membuka ruang yang tak patut dibuka dan makhluk cilik ini keluar untuk mengambil anaknya tetapi malangnya dalam usaha untuk menyelamatkan kanak-kanak ini, kekasih bapanya telah menjadi korban.  


Amacam? Teruja nak tengok? Bagi DN cerita ini ok je... Tapi kalau kalian suka cerita horror camni boleh lah layan. Sebelum tu layan dulu trailer ini ye. Enjoy!!! :)
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

6 Blue Komen:

  1. 4 keping? bestnye :D

    p.s bnyk x duit nuffnang sis dpt?

    ReplyDelete
  2. rezeki kami... ^_^

    ada lh dlm RM70... u mesti banyak kn. :)

    ReplyDelete
  3. tak pernah tgk cite ni.


    jangan takut pada kegelapan ye DN. sebab kegelapanlah yg akan mengingatkaj kita kepada cahaya yg terang

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^