Silka Hotel

Jangan terkejut bila DN asyik update pasal hotel-hotel di JB ni sebab DN akan ulang-alik JB selama 2 tahun. Lama tak? Lama kan... Tapi bila pergi atas urusan kerja, bukan untuk berfoya-foya (err... yeke? ;p) 2 tahun tu tak lama mana pun... Tahu-tahu DN akan merindui JB macam mana DN merindui Kuantan. Ecehhh... 
Ini pertama kali DN menginap di Silka Hotel. Dulu hotel ini dikenali sebagai Dorsett Johor Hotel. Sebab kenapa boleh bertukar nama, DN tak interview pula mereka. Hotel ini terletak di Jalan Masai Lama, Mukim Plentong, Johor. Kalau kalian lalu highway Pasir Gudang dari Skudai nak ke Pasir Gudang, hotel ini betul-betul tepi highway sebelah kanan kalian. Berhampiran juga dengan Giant dan Tesco Plentong.
Masuk pintu hotel ini, sebelah kiri terletak reception kaunter. SO far, receptionist di sini friendly and helpful. DN suka cara mereka welcoming all the guest include DN and how they treat us. Itu pasal DN bagi name card company untuk register sebagai corporate member. Nampak DN akan kerap ke sini kan. Err... Standby je in case DN tak rasa nak jalan-jalan serbu hotel time tu so boleh DN menginap di sini lagi. 
Sebelah kanan entrance hotel ini pula terletak cafe & bar... Ada skrin besar tau... Mesti World Cup mereka akan pasang siaran bola kan. (Harapan... ) Mereka yang bekerja di cafe & bar ini juga sangat baik dan penuh dengan senyuman. Nak makan pun syok...
Ini pula betul-betul berdepan dengan entrance hotel. Laluan nak ke lif... Jom ikut DN tunggu lif nak ke bilik hotel....

Koridor nak ke bilik hotel... Bilik hotel bukan sepanjang koridor ini tau. Akan ada lagi laluan dari koridor ini untuk ke bilik hotel yang dibahagi kepada 4 bilik setiap laluan. Contohnya jika kalian duduk di bilik 316, laluan nak ke bilik kalian itu akan ada bilik 313, 314, 315 & 316. Untuk bilik 317 dan berikutnya akan berada di laluan yang lain...

Hey, kita sudah berada di dalam bilik ye... DN memilih deluxe room yang mempunyai 1 queen bed...

Ini yang syok, sambil baring boleh tengok TV.... Puas hati kau....

Yeay!!! Ada channel Astro juga... Tak tidur DN camni tengok Star Movie ulang-ulang. Hehe...
Ada tempat untuk DN campak barang-barang DN. Hehe... Excited nak tangkap gambar, itu pasal campak je dulu semua beg atas ni (Alasan...). 

Meja... Hmm.. Kalian rasa ini meja solek ke meja kerja? DN rasa ini meja kerja. Tak kisah lah sebab macam tahu je DN banyak kerja nak buat. So meja ini memang sesuai untuk DN letak lappy dan buat kerja..

DN tanya kalian tadi sebab ada meja dan cermin lagi di sini. DN rasa ini baru meja solek kot. Apa-apa je lah kan... Hehe... Haa... Yang ini DN suka sebab iron board pun ada dalam bilik. Kalian tahu lah banyak hotel sekarang nak kena iron di luar atau kena call mereka untuk minta iron. Leceh sungguh kan...
Ruang untuk meletak barang... 
Jom kita tengok bilik air dia pula. Hmm... Not bad... Susun atur yang sedap mata memandang...

Dan tempat mandi juga cantik cuma tiada bath tub... DN expected dengan harga yang ditawarkan pasti akan ada bath tub dengan hair dryer... Rupanya tiada. Hmm... Ada kekurangan di situ... Kalau kalian tak kisah semua tu boleh konsider hotel ini...
Tapi ada rain shower tau. Syok tu... Rasa macam main hujan di bilik mandi. Hehe.... Ok lah bila takde bath tub tapi ada rain shower kan....
Pemandangan dari balkoni bilik hotel. Boleh nampak Tesco berdepan dengan hotel ini.. Amacam? Ok tak? Deluxe room yang DN menginap ini berharga RM188 satu malam without breakfast. Agak-agak berbaloi tak harga dengan facilities yang disediakan?
Bagi DN masih lagi ok bila tak lebih dari RM200... Security di sini juga sangat bagus. Setiap kereta yang masuk dan keluar akan direkodkan dan diberi pass masuk sebab nak ke parking bertingkat ini ada gate. Cuma.. untuk guest macam DN ini perlu park kereta di Level 2 or 3 dan tiada lift untuk turun ke bawah. Owh, i tell u... Bangunan hotel dan parking berasingan tau so kena jalan jauh sikit. Sangat tidak sesuai untuk orang yang suka pergi bercuti (err... kerja) bawak beg tarik macam DN ini sebab nak turun tangga bawak beg tarik sangat penat ok... Lain lah kalau sediakan kereta mini bergerak yang macam kat KLIA tu untuk hantar dan ambil guest dan barang mereka di bangunan parking ini... Kalau semua kekurangan yang DN katakan tadi ada improvement, pasti DN akan selalu ke sini... 

Ini cuma pandangan peribadi DN sahaja sebabnya kan... DN perlu keluarkan baju yang DN nak pakai dari beg tarik dan pindahkan ke beg yang boleh digalas sahaja. Tak pasal-pasal kerja tambahan dan mujur DN ada extra beg dalam wardrobe kereta tau. Hehe...
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

6 Blue Komen:

  1. seram lah laluan kat hotel tu..DN boleh pulak amik gmbr yer. kalau wida mesti dah berlari cepat2 nak masuk pintu bilik..hehe

    ReplyDelete
  2. hee... siang tgkp gamba ni. xde lh rasa seram sgt

    ReplyDelete
  3. The only Silka JB room review yg ader gambar. Thx a lot. Btw, bilik dia carpetted tak? Cannot see clearly in the pictures lah. Appreciate your reply. Thx.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi... Thanks sudi singgah di sini. Bilik hotel ini carpetted & kalau book through website lg murah... :)

      Delete
  4. ada lagi ke hotel ni?

    nanti kalau saya outstation merayau2 ke JB, saya tanay kat DN aje ..hotel mana yg ok untuk menginap..erk

    ReplyDelete
  5. @Ladfe Amir hotel ni masih ada lg... boleh je nk tanya DN... ^_^

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^