Terengganu 2-Selangor 0

DN tak ingat bila last DN tengok bola kat Stadium Shah Alam. Hmm... Rasanya dengan ex-tunang DN kot... Lamanya! Hehe...
Tengahari semalam officemate DN beli tiket semi final Liga Malaysia antara Selangor dengan Terengganu. Disebabkan Bos Muda asal Terengganu makanya kami kena tengok bola disponsor sepenuhnya oleh beliau dengan syarat kena sokong Terengganu; bila Terengganu gol kena sorak, bila Selangor gol duduk diam sahaja kalau tak nak botol terpelanting atas kepala. Adehhh.... Beratnya syarat ni! Tapi disebabkan tiket dah beli kena lah layankan sahaja... Huhu..
 Sementara tunggu Bos Muda di Rafi Bistro... Kena lah dinner dulu....
DN pergi tengok bola dengan Ummu, kawan matrik DN yang juga arkitek di salah satu firm berhampiran dengan ofis DN...
Officemate DN... Abang Ijam dan Abang Man...
Dan Bos Muda... Lain-lain adalah abang, anak saudara dan kawan Bos Muda...
DN di dalam stadium.... Konon happy lah dalam tu padahal terpaksa meng'happy'kan diri bila kena sokong Terengganu. Hukhuk....
Cuba tengok penyokong Selangor... Ramai kan!!
Sempat posing dalam ni. Hehe... Mula-mula DN je yang duduk seat baris ni. Entah bila DN tak perasan tiba-tiba ramai pulak..
Tengok tu? Ramai dengan penyokong Terengganu tapi takde seramai penyokong Selangor. Huhu... Sepanjang permainan berlangsung DN khusyuk tengok bola, itu pasal takde ambil gambar tapi malangnya permainan Selangor sangat tidak memberangsangkan malam tu... Huh..
Itu pasal Selangor kalah 0-2 dengan Terengganu. Habis DN kena gelak dengan Bos Muda. Tak berbaloi rasanya jalan kaki dari ofis DN ke Stadium Shah Alam. Sampai harini kaki lenguh lagi tahu. Bos Muda happy je sepanjang jalan.
Iye... Iye Bos Muda... DN tahu Selangor kalah 0-2. Tengok tangan Bos Muda? Sakit hati kan tengok. Huhu... Apapun Terengganu memang patut menang game ni... Tahniah lah Bos Muda.. Final nanti belanja lah lagi dengan tiket flight ke Terengganu skali ye. (Melebih!!!) Hehe... :p
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

4 Blue Komen:

  1. hmm kurang ckt bab tgk bola kt stadum ni.. lg suka tgk kat kedai kopi..hehe

    ReplyDelete
  2. hehehe..mmg bengang kan sbb kena duduk kat seat trgnu.

    jom dn..tgk kat trgnu pulak

    ReplyDelete
  3. zuan : layankan je bos ni...

    wida : itu lh. tp i tetap penyokong setia selangor ok.. bos belanja boleh DN turun ganu. hehe..

    ReplyDelete
  4. hari tu lagi terpandang entri ni.

    tertanya2 gak..apasal lah blogger cantik manis ni ada entri bola.

    bila dah baca..emm fahamlah ceritanya

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^