9 Studio Hair Salon

Sering kita dengar bahawa rambut adalah mahkota wanita. Oleh itu, walaupun bertudung, rambut kita tetap perlu dijaga. Bagi DN sebab kita bertudung dan tiada siapa nampak, itu bukan alasan untuk kita tidak menjaga dan memelihara rambut kita supaya kelihatan cantik pada pandangan mata sendiri. Maka peliharalah rambut kalian supaya kelihatan cantik dan sihat selalu...

DN rasa dah lebih 10 kali DN beli voucher di MilkaDeal dan alhamdulillah sehingga hari ini tidak pernah mengecewakan DN. Baru-baru ini DN telah redeem voucher yang DN beli di MilkaDeal iaitu;


RM88 instead of RM410 for Wash + Cut + Blow + Rebonding at 9 Studio Hair Salon, Subang Jaya [79% OFF]



9 Studio Hair Salon ini terletak di Jalan USJ9/5R, sangat mudah untuk dicari kerana kedai ini terletak berhadapan dengan jalan utama ke Taipan USJ jika melalui Persiaran Kewajipan yang selalu jam tu. Mula-mula DN sampai kedai ini, tergamam sekejap sebab tengok kedai ini cantik dan besar serta mereka yang bertanggungjawab memastikan kecantikan rambut pelanggan di sini adalah semua lelaki. Di sini juga terdapat bilik tertutup untuk mereka yang tidak selesa berada di tempat terbuka terutama wanita bertudung. 

9 Studio Hair Salon telah bagi 9 sebab kenapa perlu beli voucher ini dan DN juga ada 9 sebab kenapa DN membeli voucher ini:-

1. Cuma perlu bayar RM88 instead of RM410 for wash + cut + blow + rebond. 79% off tu.... (Sangat murah dan berbaloi-baloi. Sebab itu DN beli)

2. Sudah tiba masanya untuk merapikan rambut anda yang serabut itu.... (Hmm... Balik rumah, buka tudung, tengok rambut, betul tu... Sudah tiba masa untuk DN trim rambut DN) 

3. Tidak kira panjang mana rambut anda, anda tetap membayar harga yang sama iaitu RM88... (Good!!! Beritahu awal so tahu lah DN tidak perlu bayar extra charge for this)

4. 9 Studio Hair Salon hanya menggunakan produk tulen Schwarzkopf yang diimport terus dari Germany... (Yeah... Tengok keliling semua jenama Schwarzkopf dalam kedai ini)

5. 9 Studio Hair Salon hanya membenarkan passionate professional hair-stylist sahaja untuk menyentuh rambut anda maka just sit back, relax and leave it to the pros... (Betul3x!!! Sangat teliti dan bersungguh-sungguh semasa DN redeem voucher ini. DN sangat puas hati)

6. Rambut anda berhak untuk diperlakukan secara pro once in a while. Sudah tiba masa serahkannya pada yang pakar... (Agree... I give 100% trust on you)

7. 9 Studio Hair Salon mempunyai kemudahan terkini dan well-equipped salon untuk keselesaan anda... (Setuju juga dan DN selesa sepanjang berada di sini)

8. Offer seperti ini tidak datang selalu... (Sebab itu DN grab this voucher... Bila lagi ade offer camni kan. Hmmm)

9. Kembali kepada reason yang pertama... (Err... Cukup lah DN ulang sekali je. Nak baca banyak kali terpulang...)
Beginilah hasilnya lepas dah redeem voucher ini. Takkan DN nak letak gambar sendiri kan... Takmo DN. Hehe... Total duration service adalah 3 jam. Lama tu tapi bila tengok hasilnya DN sangat puas hati. Terima kasih 9 Studio Hair Salon kerana memperlakukan rambut DN dengan baik dan MilkaDeal atas voucher yang menarik ini. 
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

2 Blue Komen:

  1. huyoo.. rmbut u msti cantik skrng ni.. :D

    ReplyDelete
  2. Err.. Jgn lh puji. Malu i... (blushing)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^