Bekerja Semasa Cuti

2 minggu lepas DN dah apply cuti untuk 24 & 25 November 2011 iaitu jatuh pada hari ini dan esok. Malangnya cuti sekadar hanya untuk menghabiskan balance cuti yang tinggal memandangkan hari ini iaitu pagi tadi DN ada inspection dengan TNB di projek UiTM Pasir Gudang manakala esok pagi pula DN perlu menghadiri meeting SMK Taman Sea. 

Hmmm... Balance cuti yang tinggal setelah cuti yang tak berapa nak cuti ini adalah sebanyak 13 hari lagi. Apa yang perlu DN buat ye? Carry forward cuti hanya 5 hari sahaja so bulan depan iaitu bulan Disember DN perlu menghabiskan 13 - 5 = 8 hari lagi. Selamat burn cuti lagi DN.... Tiap-tiap tahun camni. Waaa!!!! 

Errr... Aci tak DN letak gambar kemudian? Sebab DN tak masuk ofis dari hari Rabu so tak dapat nak tunjuk slip cuti DN. Aci je lah kan... Hehe... Siapa-siapa yang terjah di sini dalam 2-3 hari ni pasti tak ada gambar lagi sebab hari Rabu nanti baru DN masuk ofis so kalau rajin jenguk lah semula hari Rabu nanti ye... Hehe..

Apapun selamat bercuti sekolah! Eh, betul kan dah cuti sekolah? Sori, DN memang tak update cuti-cuti sekolah ni. Main agak-agak je. Hehe...
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

2 Blue Komen:

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^