Belajar Bersama DN : Telephone Manhole

Alhamdulillah.... Akhirnya kerja DN siap juga setelah bertungkus-lumus selama beberapa hari. Esok tinggal nak print dan susun untuk dijadikan dokumen tender. Lepas DN dah siapkan BQ (Bill of Quantity), tetiba DN rasa nak share sesuatu dengan kalian. Mana tahu berguna kan... Apa salahnya berkongsi. Betul tak...

Kali ini DN nak berkongsi tentang saiz telephone manhole. Kalian mesti tahu talian telefon yang masuk ke rumah kalian akan melalui pole (tiang) tapi tiang telefon ini kalian akan dapati bukan berada sepanjang-panjang jalan. Jalan utama nak masuk ke rumah kalian kebiasaannya akan ada telephone manhole ini. 

Jika kawasan rumah kalian tiada tiang telefon, bermakna kesemuanya adalah underground dan kalian boleh nampak telephone manhole sepanjang jalan. Untuk bangunan-bangunan selain dari rumah kebanyakannya menggunakan telephone manhole ini. 

Sebenarnya kalian takkan nampak sebijik2 manhole ini sebabnya ia sudah dikambus dalam tanah. Yang akan kalian nampak cuma cast iron cover yang terletak di atas pre-cast concrete top slab. Begini lah rupa telephone manhole tersebut...

Ini adalah contoh JC9 manhole. Manhole ini berbeza dari segi saiz dan bilangan duct way. Jom DN berkongsi dengan kalian jenis-jenis manhole tersebut.

1. R2A
    - saiz (3430 x 1650 x 2245)mm
    - in 12 ways; out 6 ways
    - weight = 12.5 ton

2. R1B
    - saiz (2200 x 1650 x 2245)mm
    - in 6 ways; out 8 ways
    - weight = 8.2 ton

3. JC9C
    - saiz (2020 x 1360 x 1395)mm
    - in 6 ways; out 6 ways
    - weight = 3.9 ton

4. JC9
    - saiz (1760 x 1060 x 1375)mm
    - in 4 ways; out 4 ways
    - weight = 2.5 ton

5. JRC7
    - saiz (1180 x 860 x 980)mm
    - in 2 ways; out 4 ways
    - weight = 1.3 ton

6. JB30
    - saiz (950 x 660 x 600)mm
    - in 2 ways; out 2 ways
    - weight = 0.6 ton

Walaubagaimanapun maklumat jenis-jenis manhole ini berbeza mengikut pembekal dan bilangan duct way juga boleh berubah mengikut keperluan. 

Inilah serba sedikit ilmu yang ingin DN kongsikan. Kalau DN rajin lagi nanti DN berkongsi lagi ye...

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom 
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

8 Blue Komen:

  1. sikit je ni... ada yg lebih complicated. kira asyik salah je. huhu...

    ReplyDelete
  2. dn keje qs ke?thanx atas mklumat tu.

    ReplyDelete
  3. tel. manhole ni saiz yang digunakan untuk setiap projek kadang2 berlainan...pening kadang2 tu...sebab tu tak pernah hafal saiz manhole ni...hafal nama je la dan ingat berapa way in berapa way out...kejap2 saiz ni...nanti saiz lain pula...nama je la sama...hehe

    ReplyDelete
  4. @Saiazuan : ni baru sikit je kan DN..ada yang lebih complicated daripada ni kan...hehe

    ReplyDelete
  5. Salam DN, Boleh share spec utk mainhole JB30, JRC7 & JC9C tak? saya pon tgh prepare RFQ utk company nih.. so nak kena buat tender BQ dan so on la .. if DN tak keberatan leh la share TQ

    ReplyDelete
  6. Terima kasih Deknor atas info2 yg berguna...

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^