Dynabeauty Bellezone

 Hari ini DN redeem voucher yang DN beli di Milkadeal iaitu :-


RM39 instead of RM138 for a Full Relaxing Massage + Sauna + Full Body Whitening Scrub + Shower at Dynabeauty, IOI Boulevard [72% OFF]



Dynabeauty Bellezone terletak di IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya dan beroperasi 7 hari seminggu; Isnin - Sabtu (10pagi - 8malam) dan Ahad (10pagi - 6petang). Kalau ikutkan boleh je DN nak pergi weekend tapi DN lagi prefer weekdays sebab tak ramai orang dan boleh mengularkan diri (oppss!!! jangan contohi perkara ini :p)
Ini lah bilik massage di sini... Ada spa-spa lain yang DN pergi, tempat urut guna partition sahaja so boleh dengar orang sebelah buat apa, tapi ini dalam bilik, walau boleh dengar tapi tak berapa jelas. Ok lah tu kan...
Juga ada almari untuk letak baju dan barang-barang kita serta basin yang akan digunakan oleh tukang urut di sini so mereka takde kejap-kejap buka pintu untuk keluar... kejap-kejap masuk... Cuma lepas dah scrub badan, DN perlu keluar ke bilik sauna dan untuk mandi. Selebihnya semua di bilik ini...
Lepas dah selesai, DN diberi air chrysanthemum. Oppss! Melekat pulak lipstik kat cawan. Hee... Macam biasa mereka akan buka pakej yang ditawarkan tetapi so far DN tak berminat. Orang yang urut DN tu ok, tapi reception langsung tak friendly so DN tak rasa nak pergi ke sini selalu. 
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

4 Blue Komen:

  1. DN dpt bayaran x promote tmpat ni? hehe :D

    ReplyDelete
  2. Memang syiok tp balik ofis ngadap kerja yg byk jadi stress balik. huhu...

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^