Frozen Yogurt

Selamat Hari 11.11.11!!! Ada apa dengan tarikh itu? Hmm.. Yang pasti tarikh tersebut jatuh pada Hari Jumaat, penghulu segala hari makanya Salam Jumaat kepada semua... :) Cuaca hari ini sangat baik kan. Alhamdulillah... Hmm... Mesti seronok kalau dapat makan aiskrim. Nyum2... Eh, DN ada pergi satu tempat ini tau. Frozen yogurt yang macam Tutti Frutti tu. Kalau Tutti Frutti confirm semua tahu. Tempat ini dah lama DN usha tapi baru 2-3 hari lepas DN jengah masuk. Ok jugalah...
Namanya My Yogurt. Terletak di SS15, Subang Jaya sederet dengan Restoran Darussalam. Kebetulan hari tersebut DN dengan housemate dating sambil tengok bola Malaysia vs Thailand di Restoran Darussalam so kami singgah lah ke sini...

Mula-mula ambil mangkuk ini. Kalau agak-agak pelahap sangat tak cukup 1 mangkuk, boleh lah ambil 2-3 mangkuk ye...
Kemudian self service pilih yogurt perisa apa yang kalian nak di sini... Mesti lah ada macam-macam perisa dan boleh campur-campur 1 mangkuk tu berapa banyak kalian nak.
Last sekali boleh isi jajan-jajan di sini dalam mangkuk yogurt kalian. Kalau taknak pun takpe. Kalau nak letak semua pun boleh. Ikut suka sebab kalian jugak yang bayar sendiri nanti. Mereka yang dah biasa makan di Tutti Frutti mesti takde masalah untuk makan di sini sebab kaedah sama je. Timbang ikut berat berapa gram. Tak ada beza pun. 
 Haa... Ini frozen yogurt yang telah kami ambil. Kami ambil satu mangkuk je kemudian share berdua. Baru mesra... Hehe...
 Ini lah suasana di dalam kedai ini. Cantik kan!!
 Ini pula tempat duduk di bahagian dalam...

Lepas dah bayar, jangan lupa simpan resit ini tau sebabnya ada special promotion RM2 off untuk pembelian berikutnya dalam masa 1 bulan dari tarikh pembelian atau resit ini dikeluarkan. So far, sedap juga dan rasanya totally different dengan Tutti Frutti. Kalau agak-agak kalian dah bosan dengan Tutti Frutti dan nak cari frozen yogurt lain, boleh cuba di sini. Pasti akan merembeskan enzim perasa anda... Haha... Tak percaya? Boleh cuba... :p
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

4 Blue Komen:

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^