Hadiah dari Big Boss

Perbualan ini berlaku 2 minggu lepas...

Lokasi adalah di ofis. Telefon tempat DN berbunyi...

Bos : Noor, naik bilik saya sekejap.


DN : Baik!! (Angkat tangan tabik. Haha... Tipu je.. :p)

Di dalam bilik bos...

Bos : Next week ada meeting consultant fee. Awak boleh attend this meeting? (Sambil mengajukan surat panggilan meeting kepada DN)


DN : Bila ni? (Tengok surat meeting dan schedule dalam organizer DN) Saya ada meeting di Kajang same date and same time.. Hmm... Macam mana ni?


Bos : Next week saya tiada di Malaysia. Cuba awak arrange dengan Abg Azha, mana tahu dia boleh attend your Kajang meeting. Awak pergi meeting consultant fee ni.


DN : Hmm.. Ok. Rasanya Abg Azha takde meeting hari tu. Nanti saya inform Abg Azha dan brief pasal projek Kajang tu dengan dia.


Bos : Ok good.. (Senyum kat DN. Tiba-tiba bos bertanya sesuatu berkaitan luar bidang kerja..) Noor, awak pakai kasut saiz berapa?


DN : Saiz kasut? Kasut apa ye?


Bos : Kasut awak pergi jalan-jalan lah. Lain-lain ke saiz kasut awak?


DN : Mesti lah lain. Kalau saya pakai kasut flat dan heels 2-3 inci, saya pakai saiz 5. Tapi kalau heels 4-5 inci saya kena pakai saiz 4. Hehe... Kecik kan kaki saya...


Bos : Keciknye! (Termenung sekejap) Cuba ambil pembaris ni, ukur kaki awak...


DN : Betul... Saya tak boleh pakai kasut Kak Gee tau sebab dia saiz 6.. (sambil ukur kaki guna pembaris) 8inci...


Bos : (Ambil pembaris dari DN dan ukur kaki dia sendiri) Hmm... Ok Noor... Itu sahaja (Senyum lagi)


DN : Orait.. (Dalam hati) Apa kena lah bos DN ni nak ukur-ukur kaki DN pakai pembaris. Huh... Layankan sahaja...

Selepas 2 minggu... Lama kan DN tak jumpa bos DN. Hehe... Telefon tempat DN berbunyi lagi...

Bos : Noor, naik bilik saya.


DN : Ok. (Letak gagang dan naik ke biliknya)

Di dalam bilik yang sama seperti 2 minggu lepas...

Bos : (Senyum) Ini untuk awak. Cuba pakai, muat tak..


DN : (Tergamam...) Wahh!! Cantiknya!! Macam tahu je saya nak beli kasut macam ni. Tak payah lah saya beli lagi (sambil mencuba kasut yang dibelinya) Thanks... (senyum melebar DN)


Bos : Cuba jalan depan sikit saya nak tengok.


DN : Muat lah ni... (sambil menggayakan kasut depan bos) Tq.. Tq...
Haa... Ini lah kasut yang bos DN bagi tu. Pagi-pagi dah cari DN sebab nak bagi kasut ni. Terharu DN tahu. Sobsob... Sayang juga bos dekat DN kan. Hee..
Kasut ini memang dibeli untuk DN sebab memang muat-muat kaki DN je tau. Awww!! Comel kan! Sama macam orangnye.(Haha... DN sudah perasan!) Jangan jeles ok... :D
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

4 Blue Komen:

  1. awat warna dia suram je sis?

    btw dis week zuan blk seremban :D
    yeay

    ReplyDelete
  2. untungnya bos sayang..siap bg hadiah lagi.

    ReplyDelete
  3. wah bestnya dpt present dr boss plak tu

    ReplyDelete
  4. zuan : taste org tua mmg begitu.. opsss!! :p
    smpai kl roger tau.. :)

    wida : kan... terharu beb.. :D

    oya : itu lh. saje nk buat DN terharu lh tu. Huhu...

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^