Love is Cinta

Hati... Bila dah suka... Cinta... Hadir tanpa paksa dan diundang...
Mungkin ada segelintir yang masih sanggup menyimpan perasaan sayang dan cinta di dalam hati kerana tidak mampu untuk melafazkan kata-kata cinta... Mungkin juga ada yang terlalu gopoh untuk menyatakan perasaan cinta sehingga apabila perasaan itu terdetik, terus meluahkannya tanpa berfikir akan akibatnya kelak... Dan mungkin sudah terlalu lama memendam perasaan dan kini sudah tiba masa untuk meluahkan segalanya... 
Walau di mana situasi anda, memang lumrah hadirnya perasaan cinta dan sayang dalam diri setiap individu. Tidak kira paras rupa, darjat keturunan, tua muda, sempurna cacat... Perasaan itu hadir tanpa dipaksa. Hargailah perasaan itu kerana terlalu berharga untuk diabaikan.. Jika tidak mampu meluahkannya, doakan kebahagiaan orang yang disayangi. Jika sudah terlepas meluahkan kata-kata cinta, hargai balasan cinta itu dan jika ditolak, jangan mudah melatah. Begitu juga jika sudah bersedia untuk meluahkan segalanya, jangan mengharapkan balasan cinta dan bersedialah untuk menerima sebarang penolakan. 
Kerana ketahuilah, walau kita menyayangi seseorang itu, tidak bermakna dia akan menjadi milik kita kelak... Mungkin akan berakhir di jinjang pelamin dan berbahagia sepanjang hidupnya atau mungkin perasaan itu hadir hanya seketika sebagai ujian untuk menjadikan kita lebih tabah dan matang atau mungkin hanya kita saling menyayangi untuk melihat orang yang kita sayang bahagia dengan hidupnya bersama orang lain... Siapa kita untuk menentukannya kerana segalanya diatur dengan baik oleh Maha Pencipta. Kita hanya mampu mencorakkan dan menghargai anugerah perasaan yang hadir itu. Walau bagaimana cara perasaan itu hadir, terimalah kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. 
Terima kasih cinta... 
11.11.11 menjadi detik pertemuan antara dua hati yang belum pasti akan menyatu kerana terlalu banyak rintangan dan cabaran yang perlu dihadapi. Apa yang mampu hanyalah menghargai perasaan yang diluahkan dan serahkan segalanya kepada Maha Pencipta kerana setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Sama ada pahit atau manis, itu adalah lumrah kehidupan. Teruskan hidup dan jika dua hati ini bersatu kelak, berbahagialah... Dan jika sebaliknya, terimalah dengan redha kerana pasti ada hikmah di sebalik setiap pertemuan...
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

5 Blue Komen:

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^