MK Garden Steamboat

Welcome to MK Garden Steamboat! Tempat makan ini bukan di KL or Selangor ye kalian, tapi di Jalan Tebrau Johor. Tak tahu lah di KL ada atau tidak. Yang pasti DN pergi ke sini semasa DN berada di Johor beberapa hari yang lepas...
Persediaan untuk kami makan... Mula-mula kena letak aluminium foil dulu...
Sudah siap. Sup juga sudah dituang di dalam ini dan sedia untuk dipanaskan....
Percaya tak udang-udang ini masih hidup? Melompat-lompat tu nak keluar dari pinggan so lepas dah ambil better tutup supaya mereka tidak melompat keluar...
 Selain dari udang, terdapat banyak lagi pilihan lauk yang kami ambil disini...
First time DN tengok benda alah gemuk2 dalam plastik ini. Ingat tanah liat lah. Rupa-rupanya marjerin. Ceh.... Tertipu i....
Digunakan untuk memasak lauk-lauk yang di ambil tadi. 
So kalian pilih, nak goreng ke nak steamboat? Your choice....  
Ini bukan lakonan semata-mata... DN memang sedang menggoreng ayam. Rajin tak DN? Boleh buat calon menantu? Haha.... Bila dah makan kat tempat macam ni, you have no choice. Malas pun kena rajin-rajinkan diri jugak sebab tak masak, tak makan lah kau... 
Ayam black pepper yang digoreng tadi dicicah makan dengan sambal.... Ini baru first round... Yang banyak kali round DN tambah takde lah DN nak ambil gambar sebab tangan dah kotor dan bila dah start makan confirm gambar pun lupa nak ambil. Hehe....

Dah kenyang, penutupnya kita makan aiskrim potong ini ye. DN rasa 3x kot DN makan aiskrim. Best2... So far, kedai makan dengan konsep sebegini ok cuma tak berapa nak kena dengan tekak DN. Huhu... Kawan-kawan DN yang lain suka so pasti kalian pun suka. Tak cuba tak tahu kan.... Owh, makan di sini ikut kepala tau. 1 kepala kalau tak silap DN RM20. Reasonable price kan... Nak tahu tekak kalian boleh accept ke tak, cuba lah makan di sini ye....
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

5 Blue Komen:

  1. disebabkn ada udang, arghh xsuka nak mkn.. huhu

    ReplyDelete
  2. tunjuk skill masak nmpak...hehehe

    ReplyDelete
  3. zuan : xnak udang byk lg pilihan lain.... sate ayam dimasak dengan butter sedap juga rasanya...

    wida : ini baru sikit wida. haha... :p

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^