Raya Korban - Korban Raya Kerana Kerja

Selamat Hari Raya Haji kalian... Ada ahli keluarga atau saudara-mara kalian yang pergi Haji tahun ini? Semoga mereka mendapat Haji yang mabrur. Insyaallah... DN? Hmm... Tiada sesiapa yang pergi Haji di kalangan keluarga DN tahun ini tetapi nenek DN beraya di rumah keluarga DN.

DN juga balik ke rumah keluarga DN untuk menyambut Hari Raya Korban bersama keluarga tercinta. Tetapi malangnya tahun ini DN tak dapat membantu mereka di masjid untuk bergotong-royong kerana ada kerja yang perlu DN selesaikan. Walau DN balik beraya di rumah keluarga, DN tetap perlu masuk ke pejabat untuk membuat kerja. Disadvantage untuk rumah yang dekat dengan ofis. Huhu...
Ini baru salah satu projek yang perlu DN selesaikan. Klien nak dokumen tender 9hb November dan drawing lengkap yang DN terima dari arkitek adalah pada hari khamis, 3hb November... Bayangkan berapa hari je yang DN ada untuk menyiapkannya jika DN tolak 2hari untuk beraya. Ada 4hari sahaja kan, so DN memilih untuk pergi sembahyang raya je pagi ni. Lepas sembahyang, masuk ofis semula untuk membuat kerja...
Ini ada lagi... Keseluruhannya ada 13 blok dengan 22 type yang berbeza. Banyak kan! Huhu... Alhamdulillah keluarga DN memahami kerjaya DN maka mereka tidak bising walau DN kata perlu membuat kerja di ofis. 
Sebab banyak sangat type, DN terpaksa membuat jadual untuk mengisinya mengikut block breakdown sebab arkitek tak bagi maklumat ini. Sekarang ni tinggal nak kira total je lepas DN dah isi ikut block dan type seperti arrow yang ditunjukkan pada gambar. Kalau nak tunggu arkitek, Selasa (8hb November) baru dapat sebab beliau sudah balik kampung. Huhu... Nak tunggu tak siap pula BQ (Bill of Quantity) DN nanti so kena lah buat sendiri. So far untuk projek ini DN dah siapkan Specification, Technical Data dan Unit Rate, sekarang tengah cuba untuk menyiapkan BQ. Harap esok boleh siap so boleh DN bercuti rehat Hari Isnin sebab hari Selasa dah mula kerja dan DN perlu hantar dokumen tender ke QS (Quantity Surveyor)...

Ada 1 lagi projek nak tender hari yang sama dan alhamdulillah DN dah siapkan semuanya cuma belum print je lagi. Projek yang ini lagi sempoi, sampai hari ini drawing dari arkitek belum dapat lagi. Jumaat lepas DN dah call arkitek dan katanya nak email, tapi until to date tak dapat lagi. Huhu... DN prepare dokumen tender based on hard copy drawing yang arkitek bagi masa meeting lepas tapi still kena ada drawing untuk come out dengan M&E (Mechanical and Electrical) services. Kesian draftsman dan draftswomen DN kelam kabut nak siapkan drawing. Huh... Sorry kalian. Bukan niat DN untuk bagi drawing last minutes tapi apakan daya.. DN dah minta dari arkitek drawing mereka, klien nak tender juga hari tersebut dan QS dah tanya bila boleh dapat dokumen dan drawing tender. Stress tahu! Huhu... Harap kalian juga memahami situasi DN...
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

2 Blue Komen:

  1. slmt hari raya qurban sis.. besar pengorbanan u :)

    ReplyDelete
  2. thanks zuan.. slmt hari raya.. :)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^