Amansari Residence Resort

Welcome to Amansari Residence Resort... Terletak di Jalan Persiaran Seri Alam, Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor. Untuk tempahan bilik, boleh hubungi mereka di talian 07-3817070. DN sampai di hotel ini sekitar jam 8.30malam. Itu pasal gelap je suasana. Mujur signboard besar berlampu ada tepi jalan entrance masuk ke sini. Tak susah nak cari... 
Laluan masuk menuju ke entrance... Luas, besar dan cantik...
Ruang menunggu yang besar dan selesa juga...
Lepas dah register untuk check in, jom tengok bilik yang bakal DN menginap ini...
Buka pintu dan dah pasang semua lampu... Wow! Besarnya! Gambar ini ditangkap dari depan pintu masuk ke bilik ini... 
Dari gambar di atas, sebelah kanan merupakan pantry yang disertakan dengan basin dan bawah pantry ini terdapat sebuah peti ais mini...
Manakala sebelah kanan pula merupakan ruang menonton TV...
Ok, pandangan dari ruang menonton TV, boleh kelihatan ruang untuk tidur dan bilik air. So, dari sini kalian mesti boleh agak yang DN menginap di bilik studio yang mana pada mulanya DN ingat deluxe room seperti hotel-hotel lain yang biasa DN menginap... Jom jengah kamar tidur pula...
Err.. Ini katil queen ke king? Hee... Whatever.. Yang pasti DN suka bilik ini...
Dalam ruang tidur ini juga terdapat almari yang sangat besar dan meja solek yang comel. Macam tak balance kan ruang almari dan ruang meja solek tu. Cukup muat-muat untuk seorang je bila dah berdiri depan cermin meja solek.. Mujur DN sorang je nak ngadap cermin ni kan. Kalau tak mesti berebut. Hehe... Ok, jom kita tengok bilik air pula...
Buka pintu dah nampak ruang basin bilik air dengan ruang untuk meletak aksesori mandian yang besar. Memang selesa...
Tandas yang disediakan dengan pili air dan tisu bersebelahan... Selesa juga....
Dan shower untuk mandi. Err... Kenapa takde bath tub? Huhu... Agak kecewa sikit di situ... Tapi tak kisah lah. So far serba serbi lengkap. 

Bilik yang DN menginap ini berharga RM208.80. Bagi DN harga tersebut berbaloi dengan bilik yang diberikan. Kemudahan di sini juga banyak... Swimming pool yang besar, cantik dan selesa serta terdapat juga gym, spa dan tempat makan. Serba serbi luas, besar, cantik dan selesa. Nak tahu lebih lanjut, boleh mengujungi website Amansari Residence Resort.
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

0 Blue Komen:

Post a Comment

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^