Andamai Spa Shah Alam

RM 48 instead of RM235 for Full Body Detoxifying Massage + Full Body Scrub + Dead Sea Salt Bath + Body Moisturizing Treatment at Andamai Spa. Shah Alam [80% OFF]

Finally... DN sudah pun redeem voucher yang DN beli di MilkaDeal haritu... DN beli voucher sampai 3 tau. Untuk DN, officemate dan cousin DN... Murah kan... Memang DN tak lepaskan peluang untuk grab voucher ni dan menyebarkan kepada kawan-kawan... So far, DN & officemate dah guna voucher ni, cousin DN belum guna lagi so DN pasti akan ke sini lagi...

Memang syok! Spa ni dekat je dengan ofis DN. Nak jalan kaki pun boleh tapi DN yang malas ni pastinya drive nak datang ke sini. Hehe....


Andamai Spa terletak di G08, Block 2, Laman Seri Business Park, No. 7, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor. Dibuka setiap hari Selasa - Sabtu (10am - 8pm), Ahad (10am - 5.30pm) manakala hari Isnin tutup. Sebelum datang, perlu membuat tempahan lebih awal dan untuk tempahan boleh hubungi Andamai Spa di 03-55230254. 


Begini lah suasana di ruang depan spa ini... Selepas sudah membuat tempahan dan tiba di sini, kalian akan menunggu di sini sebelum dibenarkan masuk untuk menggunakan servis yang kalian pilih...


 Ini pula suasana di dalam Andamai Spa.. Sebelah kanan yang langsir coklat kuning tu adalah ruang bilik untuk massage, scrub dan lain-lain manakala sebelah kiri yang ada tangga tu adalah ruang untuk jacuzzi...


Begini lah suasana di dalam bilik... Dari 1 bilik ke bilik yang lain ada laluan yang hanya dipisahkan oleh langsir. Kurang privacy di sini dan boleh dengar perbualan orang di bilik-bilik lain. Tapi disebabkan Andamai Spa ini hanya untuk perempuan sahaja, DN boleh accept tempat begini. Kalian tak tahu lah boleh accept ke tak...


Ini pula ruang jacuzzi dan disini jugalah DN menggunakan servis Dead Sea Salt Bath... Selepas selesai Full Detoxifying Massage dan Milk Full Body Scrub, mandi di sini memang amat menyegarkan. Rasa hilang semua lenguh-lenguh badan tau dan pastinya diberi kain untuk berkemban. Berbeza dengan tempat spa lain DN pergi yang dikendalikan oleh bukan Melayu... Bagi spender je. Spa ini lebih kemelayuan... Pasti pemiliknya Melayu kan...

Selepas selesai redeem voucher MilkaDeal ini, DN diber minum Detoxifying Ginger Tea. Sambil minum teh, sambil usha promotion bulan Disember ni...


Nampak tak? Kalau tak nampak sila besarkan sendiri atau pergi ke website Andamai Spa ye. Entah macam mana DN berminat pula dengan offer ni so DN beli lah spa voucher RM176 tu.. Boleh guna nanti bila nak pergi sekali lagi dengan cousin DN... Ada yang berminat? Boleh call mereka untuk beli voucher ini sebelum habis bulan Disember ye.... Staff mereka sangat peramah dan mereka buat kerja dengan teliti. So far DN puas hati dengan servis yang diberikan. Nak cuba? Silakan... 

Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

10 Blue Komen:

  1. last pegi spa masa kat Bali hari tu...oh bestnyaaa....

    ReplyDelete
  2. mesti best kan! Bila lah DN nak sampai Bali.. huhu..

    ReplyDelete
  3. Noor, next time sile ajak I ye, hehe~

    ReplyDelete
  4. kelakar pulak bila dn sebut pakai spender jer..hiks

    ReplyDelete
  5. deqnoor,i pegi last week Andamai ni..ok ok la..nak kata tip top tak sangat pun..kalau RM235 harga dia mmg tak berbaloi pergi.Kalau Rm48 tu padan.

    ReplyDelete
  6. AkUfiZA™ : berminat juga ye? ok2... :)

    wida : mmg pun klu pergi chinese punya tempat, mana bagi berkemban dlm jacuzzi...

    lela nasir : mmg x tiptop tapi ok lh dengan harga yg ditawarkan seperti kt voucher tu...

    ReplyDelete
  7. meninggalkan jejak... hehe... btw ini spa, bukan hotel.. :)

    ReplyDelete
  8. akak pon beli jugak voucher ni tp blom pegi lagi.. tak sabau rsnya.. weeeeee

    ReplyDelete
  9. yeke.... murah kan voucher tu. rugi kalau xbeli. enjoy your spa nanti sis... :)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^