Dinner Together at Restoran Windmill


Welcome to Restoran Windmill! DN macam penyambut tetamu kan... Kerja kedai makan pun tak pernah, ada hati nak jadi penyambut tetamu DN ni. Cehhh!! Hehe... Mana ni? Mana ni? Pastinya tidak jauh dari territory DN... Plaza Shah Alam atau Shah Alam Mall di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor. 


Mari kita terjah Restoran Windmill ni. Begini lah suasana di dalam restoran... Errrr... Mana semua orang pergi? Mula-mula sampai, memang tak ramai orang dalam kedai ni. Adakah DN datang terlalu awal or makanan di sini tak sedap or harga makanan mahal-mahal or servis yang diberikan tidak memuaskan??? Banyak betul yang bermain di fikiran DN bila mula-mula sampai di sini tapi DN think positive yang DN datang dinner terlalu awal...


Pedulikan orang-orang keliling yang tiada orang lain selain waiter/waitress... Mungkin juga sebab belum gaji lagi kot... Itu pasal tak ramai orang. Whatever... Jom kita jenguk-jenguk menu yang ada disini. Cukup lah mata DN je yang tengok isi kandungan dalam buku menu ni, kalian tengok muka depan menu cukup lah ye. Hehe... :p


Owh, DN tunjuk extra selain muka depan, iaitu first page. Hee... Ada keraguan untuk makan di sini? Dalam buku menu ada diletakkan kata-kata hikmah ini untuk makluman semua. Masih ada keraguan? Boleh terus bertanya pada mereka ye...


Untuk dinner sebenarnya ada set dinner yang berbaloi-baloi juga harganya tapi DN prefer ala carte sebab set dinner ini tidak memberi keterujaan selera makan DN. Tak tahu kenapa akhir-akhir ini selera makan DN sangat lah membuak-buak so DN layankan sahaja. Tahu-tahu berat dah naik 3kg. Damn!!! Nak turunkan balik back to standard weight? Hmm... Nanti-nanti lah. Hehe...


Ini lah tools (haha... ayat macam nak pergi bertukang je) yang diberi kepada kami. Banyak kan... Jom kita main teka-teki apa nama alat-alat ini dan kegunaannya... Kita start dari atas ye... 

1. Sudu sup... Main hentam je sebab DN tak pasti apa nama yang sebenarnya untuk sudu sup ini dan pastinya digunakan untuk menghirup sup...

2. Ini kalau tak tahu memang mengong lah orang tu. Oppsss!!! Hehe.... Garfu atau fork yang digunakan untuk mencucuk (kejam betul ayat kan) makanan...

3. Errr.... Apa benda alah ni ye? First time DN tengok tau. Hmm... Partner DN cakap benda alah ini digunakan untuk kepit2... Kepit? Kepit je lah apa yang patut ye. Hehe...

4. Ini garfu mata dua... Haha... Tibai sudah bila dapat benda-benda pelik ni. DN guna untuk cucuk-cucuk juga. Dah bagi kan.. Guna je...

5. Haaa... Ini pisau sapu roti kan.... Sebab takde gerigi tajam, so pastinya pisau untuk sapu roti. Pandai kan DN... (Suka bebenor puji diri sendiri. Kehkeh...)

6. Ini baru pisau untuk potong daging... Dah bagi pisau ni pastinya kalian boleh agak DN makan apa kan...


Sebelum makanan yang kami order sampai, kami diberi roti dan butter ini... Pastinya untuk alas perut dulu sementara menunggu makanan sampai...


Air kami dah sampai. Yeay!!! DN macam biasa dengan milkshakes kegemaran DN. Kali ini perisa vanilla pula while partner DN choose Carrot Milk. Sky juice aka air suam pasti kena ada setiap kali makan...


Start with soup of the day chosen by my partner... DN tak order pun sebab soup yang DN rasa nak makan tiada di sini. DN tak pasti apa namanya sebab DN tak order dan partner DN cakap, in Malay we call it sup ekor... Sebelum datang sini DN dah pekena sup ekor depan office DN so takkan nak sup ekor lagi kan... Tengok je lah partner DN makan...


Ini DN ingat namanya... Escargot Bourguinonne. Bila escargot dicicah dengan cheese.. Memang sedap hingga menjilat pinggan tu... Habis licin cheese ini DN kerjakan tau. Hehe... 


Dinner DN malam ini adalah Mix grill di mana ada daging ayam, lembu & kambing diletakkan dalam satu pinggan. DN hanya makan daging ayam dan lembu sahaja tau sebabnya daging kambing berbau. Ada yang suka makan daging kambing yang masih ada keaslian baunya tapi DN, sorry... Sangat tak boleh terima. Huhu... Mujur rasa kambing tu tak melekat kat daging-daging yang lain. Kalau tidak, pastinya DN order lain..


Partner DN pula makan Rib Eye Steak. DN ada juga lah rasa sepotong dua steak ni dan memang sedap. Tapi partner DN cakap dekat Victoria Station lagi sedap. Hmm... DN tak pernah rasa kat sana so bagi DN Rib Eye Steak ini sedap dan kalian boleh cuba bila-bila datang ke sini... 

Ok lah.. Dah siap update. Now time to sleep pula. Daaa!!!

nota kaki : Ada sesuatu bermain-main dalam fikiran DN sejak malam tadi untuk menghargai mereka yang DN hargai. Nak tahu? Esok DN beritahu ye... Mereka2 yang DN hargai jangan terkejut ye. Hehe...


Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

3 Blue Komen:

  1. mana gmbr DN dan partner DN tu..hehe

    ReplyDelete
  2. err... partner DN pemalu. hehe...

    ReplyDelete
  3. escargot haram dimakan...dia sama spesis ngan siput babi...yekkksss

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^