Hi there! DN terasa kekerapan DN mengupdate di sini agak berkurangan. Sebabnya DN berada di jalan raya lebih banyak dari di rumah. Fuhhh... Penat sungguh... Hari ini DN sudah berada di rumah makanya DN mengambil masa yang ada untuk mengupdate. Yeay!!!!
Pernah pergi ke Singapore? Pergi naik apa? Flight? Bas? Kali ini DN nak bercerita pengalaman DN meredah Singapore untuk pergi ke Universal Studio di Sentosa Island. DN letak kereta di JB Sentral untuk menuju ke Woodland Checkpoint dengan menaiki bas. Sebelum naik bas dari JB Sentral, make sure tukar duit Singapore Dollar (SGD) dulu ye. DN naik bas Causeway Link berharga SGD$1.
Lepas dah melepasi kastam di Woodland Checkpoint, dengan menaiki bas yang sama akan menuju ke Kranji MRT Station. Di sini, DN beli tiket ke Harbourfront berharga SGD$3.30. Untuk sampai ke Harbourfront, mula-mula sekali dari Kranji perlu turun ke Jurong East. Kemudian, dari Jurong East perlu turun ke Outram Park pula. Last sekali, dari Outram Park DN tiba di Harbourfront dengan mengambil masa perjalanan selama 1jam. Pastikan sepanjang transit dari Kranji-Jurong East-Outram Park-Harbourfront, jangan keluar dan touch kad yang dibeli di Kranji kecuali di station terakhir iaitu Harbourfront.
Bila sudah tiba di Harbourfront Station, ada 2 option untuk ke Sentosa Island iaitu dengan menaiki bas (Bus to Resort World Sentosa) atau Sentosa Express (monorail). DN memilih menaiki bas SGD$2. Jika memilih Sentosa Express, harganya SGD$3 pergi balik di Vivocity. Mudah bukan!
Akhirnya DN tiba di Universal Studio. Hi Bumblebee!!! Asyik duk kat atas tu je. Jom jalan-jalan dengan DN. Tiket untuk masuk ke Universal Studio ini berharga SGD$75. Hmm.... Bila DN dah berjalan-jalan sambil tangkap gambar selama 2jam, DN sudah selesai pusing Universal Studio ini dan DN rasa harga tersebut agak mahal untuk keluasan sebesar ini. Jika bawa kanak-kanak ke tempat ini pasti mereka suka kan.
DN kembali ke Vivocity dengan menaiki Sentosa Express (monorail). Balik tak perlu bayar tau. Cas yang dikenakan hanya semasa hendak masuk ke Sentosa Island sahaja. So apa lagi? Kepada mereka yang mahu ke Universal Studio survive naik MRT macam yang DN buat ini, kalian boleh follow route yang DN gunakan ini. Good Luck!
JB Sentral tu kat mane yek? sama dgn larkin ker?
ReplyDeleteBukan di Larkin.. JB Sentral dekat dengan Stesen Keretapi JB. Ikut signboard ke Woodland tapi jangan masuk ke Woodland tau. Nanti problem nak u-turn semula. Nak dekat dengan simpang masuk ke Woodland akan ada sign JB Sentral....
Deleteokay..tq DN!
ReplyDeletewelcome... :)
Deletejust nk clarify, so dr jb sentral tu kita buley terus naek bus ke woodland or jalan kaki ke woodland? berape jauh agak2..
ReplyDeleteyup... bas dari jb sentral akan terus ke woodland. nanti di woodland kena turun, jalan naik ke atas & cop passport, naik bas yg sama semula ke Kranji MRT Station.
DeleteTak jauh pun dr jb sentral ke woodland. seberang jambatan je cuma selalunya jam nak masuk singapore. sbb tu jd lambat...
thanks DN....br je blk dr singapore...seronok...sng dan mudah mau kesane dgn public transport...
ReplyDeletekan... dah tahu lepas ni senang nak ke singapore selalu.. :)
DeleteSlm DN..nak tya klu i nak g singapore dgn bus atau MRT ke USS tpi stay 2 mlm kat singapore bru blk JB blh ke? tkt cop passport tu valid utk sehari perjlnan pla..
ReplyDeletew'salam... boleh je.. nanti isi form immigration tu declare berapa hari masuk singapore. make sure jgn hilangkan form tu tau sbb keluar kena bagi semula...
DeleteAri ni nk try guna guide DN ni nk gi Sentosa Island. Thanks for the guide.
ReplyDelete@Anonymous hee... so how is it? success tak? ;)
ReplyDeleteThanks for the very easy guide! Dapat nak jadikan sebagai guide utk first timers :)
ReplyDelete@Anonymous i hope so... :)
ReplyDeletethanks dn :D
ReplyDelete@Muhammad Syazwan Norhalik welcome... :)
ReplyDeleteyeay minggu depan kita nak pi sana :D
ReplyDelete@Muhammad Syazwan Norhalik have fun nanti zuan... :)
ReplyDeleteterima kasih deqnoor..may Allah bless u
ReplyDelete@Anonymous amin... sama2.. :)
ReplyDeletehi DN, nak tanya, daripada kranji MRT station, kita beli ticket ke Hrbourfront. kemudian turun di Jurong East kan? kita perlu tukar hala train kah untuk ke outram park? dan di outram park juga perlu turun untuk tukar hala tuju train? boleh beri penerangan? terima kasihhh sangat sangat. harap DN boleh tolong, saya keliru.
ReplyDeletesetelah sampai di Harbourfront, adakah kedua dua bas dan monorel tersebut hantar terus depan uss?
ReplyDelete@Anonymous perlu turun dari train untuk tukar train lain tetapi jangan keluar dan touch kad di stesen berkenaan. last station baru touch kad tersebut... :)
ReplyDelete@Amirah Syafiqah xde hantar depan USS... kena jalan sikit tapi xde lah jauh sgt... antara naik bas dgn monorel, naik monorel lebih dekat utk jalan ke USS... :)
ReplyDeleteHI! saya masih tak faham tentang laluan mrt ke uss. saya bercadang nak naik mrt dri jb sentral. boleh explain again? dekat kaunter jb sentral nk bgtahu mcm mana ye abt that tiket?
ReplyDeleteHi Admin & Kawan-kawan. :) mari join 💡"Singapore (SG) Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / 🔎🚩Backpacker Trip Jelajah SG dari serendah 🔥RM90-RM60 sahaja...
ReplyDeleteJuga ada promosi; 🔖PAKEJ USS Trip dari JB @ 🔶Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-Lebih dari 30 JENIS!) All at %% Discount Price! Nak Private Tour 🚘 (car/starex)? Ya ada.. Silakan tanya...
Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: ✔+6012-7760219
*Silakan lawat☺ >> FB.COM/LOVETRAVEL86