Ola!!! Cuti dah habis so hari ini perlu memulakan kerja seperti biasa. DN memulakan hari pertama kerja selepas cuti Hari Krismas dengan meeting di Kajang. Sori lah... Blog DN bersawang untuk beberapa hari. DN memang betul-betul cuti sampai laptop pun taknak usik. Itu pasal tak update apa-apa untuk beberapa hari. Siapa-siapa yang tunggu update DN tu (ada ke?), minta maaf lah ye. Makanya hari ini DN curi masa sikit untuk mengupdate apa yang DN buat cuti Hari Krismas yang lepas untuk mengubat rindu kalian kat update DN... (ecehhh.... :p)
Restoran Monrods... Terletak di Laman Seri Seksyen 13, Shah Alam. Difahamkan banyak cawangan Restoran Monrods ini tapi DN tak berkesempatan untuk interview tuan kedai lokasi-lokasi lain. Restoran Monrods ini terkenal dengan Nasi Ayam nya kerana terdapat pelbagai jenis nasi ayam di sini. Selain itu, makanan western juga ada disini dan mengikut mereka yang pernah makan western di sini, makanannya sedap-sedap belaka. Hmm... Nanti DN ingat nak cuba masakan western di sini. Harap memang sedap dan tidak mengecewakan DN...
DN booking tempat ini untuk menyambut Hari Lahir tiga orang penting dalam hidup DN iaitu Mama (24/12), Abang Hairul (10/12) dan Ikhwan (16/12). Hari lahir mereka berbeza-beza tetapi pada bulan yang sama. Itu pasal DN buat sekali je. Makan dengan bercahayakan lilin sahaja tau. Romantik gitu. Awww....
Ini kek yang telah DN dapat dari MilkaDeal haritu... Cupcakes & Pavlova... Then DN tempah huruf Happy Birthday coklat ini dari kawan DN.... Kek ini orang kedai ini simpankan dulu untuk DN dan bila kami dah selesai makan, mereka akan tutup lampu dan nyanyikan lagu Happy Birthday sambil membawa kek ke meja kami... Bagus kan... Mereka memberikan kerjasama walaupun sibuk melayan pelanggan lain...
Sebahagian kawan-kawan DN yang datang memeriahkan suasana. Dari kiri, Farid, Hanim & Khamisah... Ramai lagi yang datang terutama sekali kawan-kawan adik DN tapi DN tak berkesempatan nak ambil gambar mereka. Sori ye....
Ini lah mama DN... Kami semua sedang menikmati Nasi Ayam Di Madu dan Air Tembikai...
Mama & Abah bersama cupcakes sebelum habis masuk dalam perut kami-kami yang pelahap ini... Hehe...
Lepas dah selesai makan, masa untuk merehat-rehatkan diri... Syiok tu... Tempat ini selesa untuk hangout dan celebrate birthday. Malam-malam ada lifeband tau. Kalian nak karaoke pun boleh.
wow.. look fun :D
ReplyDeleteyup.. kawan i nyanyi lagu My Way malam tu..
ReplyDeleteada lagi ke restoran ni?
ReplyDeletedah lama tak menjejakkan kaki di shah alam. dulu pernah tinggal di shah alam waktu bujang dulu
lamaaaaa sgt tak g MOOn rod nie kan
ReplyDeleteAda lagi ke restoran ni DN?
ReplyDeleteadidas nmd
ReplyDeletewolverine boots
air more uptempo
polo ralph lauren outlet
harden vol 1
nike shoes
dolce and gabbana handbags
adidas yeezy
michael kors outlet
lebron james shoes
cc20180522
For simple comfort, these mid-cut shoes are ready for winter, with a cosy textile lining. Wolverine boots warranty
ReplyDelete