The Muppets

Lama rasanya tak tengok wayang dengan Nuffnangers... Dah hujung-hujung tahun sebelum tahun baru 2012, Nuffnang masih terus membuat aktiviti tengok wayang bersama-sama. Thanks Nuffnang... Kalian memang best! 
Premiere screening The Muppets di Cathay Cineplex e@Curve Damansara jam 9.30malam...
DN... (err... perasan tak muka DN agak letih? DN memang sangat letih sebenarnya tapi DN tetap tidak akan melepaskan peluang tengok wayang bersama-sama)

Bersama peneman setia... Cik Housemate... 
Mula-mula masuk cinema ingatkan salah masuk panggung sebab pasang cerita Toy Story dengan durasi yang agak lama, tidak seperti iklan. Tengok muka semua orang dalam cinema relax je. Memang lagi menguatkan yang kami salah masuk panggung. Tapi kemudian, mungkin orang yang bertanggungjawab perasan salah pasang cerita, baru The Muppets disiarkan. Fuh... Mujur kami tak keluar panggung dulu tau...
Kesimpulannya... The Muppets ini merupakan sebuah cerita musical di mana dalam pada bercerita akan diselitkan lagu-lagu yang kena dengan situasi dan keadaan pada masa itu. Penuh dengan emosi dan pengajaran. Sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Cuti sekolah kan... Bawa lah anak-anak kalian pergi tengok cerita ini ye... So far bagi DN ok sahaja cerita ini. Tidak teruja lah nak tengok lagi sebab cerita sebegini bukan untuk tontonan usia seperti DN.... Kepada mereka yang berminat cerita musical kanak-kanak, nantikan The Muppets di pawagam 8hb Disember 2011 ini.
 Walaubagaimanapun disebabkan premiere screening ini dekat dengan Ikea, maka lepas hajat DN nak makan ini tau. Nyum2!! Lama tu ngidam nak makan. Finally dapat juga. Sorang-sorang pun jadi tau. Layan...
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

2 Blue Komen:

  1. tak join pn contest ni sbb not available time tu :D

    ReplyDelete
  2. lain kali join je... dapat bg i. hehe.. :p

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^