Nuffnang : Nuffnang Asia Pasific Blog Awards 2011 (NAPBAS)

Tidak sia-sia usaha DN untuk mendapatkan tempat menghadirkan diri di acara terbesar Nuffnang sebagai penutup tahun 2011 iaitu Nuffnang Asia Pasific Blog Awards 2011 (NAPBAS) pada 16hb Disember 2011 yang lepas di Marriott Hotel Putrajaya. Acara di mana para bloggers seluruh Asia dikumpulkan dan dianugerahkan atas usaha mereka berkarya di alam maya. Sangat menarik, sangat teruja, sangat meriah dan macam-macam sangat lagi sampai tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Di sini DN berkenalan dengan ramai blogger yang hebat-hebat dan di sini juga DN dapat lihat begitu besar komuniti bloggers yang mana pada malam itu hanya 500 orang bloggers seluruh Asia sahaja mendapat jemputan ke acara ini termasuk DN. Alhamdulillah... Terima kasih Nuffnang kerana memberi DN peluang untuk bersama-sama menjayakan acara ini dan pastinya DN ingin mengatakan bahawa Nuffnang memang terbaik!


Pada malam tersebut DN ada bergambar dengan beberapa orang bloggers yang memang hebat-hebat belaka. Mana lagi dapat berjumpa dengan mereka selain dari event yang besar ini kan... Memandangkan pada hari tersebut tiba-tiba charger phone kereta DN rosak, DN tak dapat membawa phone bercamera DN. Adehhhh.... Sabotaj kan. Alhamdulillah DN bertemu dengan Mak Dara dan beliau sudi untuk mengambil gambar DN. Terima kasih Mak Dara! Jasamu tetap ku kenang. Hee... 


Sekitar pendaftaran NAPBAS event... First time join aktiviti Nuffnang kena tunjuk IC tau. Mujur DN ada bawa IC lepas transfer dari beg besar ke beg kecil. Kalau tidak, tak pasal-pasal kena patah balik semata-mata nak ambil IC. Huhu... Yang berada di depan DN itulah Mak Dara... 


Haa... Ini baru gambar yang lebih proper DN dan Mak Dara. Beberapa hari sebelum event ini kami sudah bermesej-mesej tapi belum pernah berjumpa. Maklum lah, event kali ini single invitation so kena lah berkenalan dengan rakan-rakan blogger baru sebab yang DN kenal semua tidak mendapat jemputan. Bila sampai je terus DN cari Mak Dara tau... 


Kenalan bloggers baru DN... Dari kiri CikLilyPutih, zoe, DN, madammondoq, hananiMak Dara dan Hazey. Gembira dapat berjumpa dengan kalian dan DN harap kita akan berjumpa lagi...


Kami-kami yang ada reply di blog Mak Dara... Haritu Mak Dara ada bertanya siapa yang akan menghadirkan diri di NAPBAS ni dan so far kami bertiga yang reply. Betul tak Mak Dara? Hee... Dari kiri DN, zoe, shahrul dan Mak Dara.. 


DN dapat berjumpa dengan RedMummy tu.... 1st time jumpa ni... Ingatkan tak datang. Dalam keadaan perut yang membesar dan hanya menunggu masa untuk deliver, RedMummy masih datang memeriahkan majlis dengan baju merah mengelipnya. Memang bloggers sejati lah RedMummy ni...


DN dan Hanis Zalikha yang cantik, sweet, peramah dan gorgeous. First time jumpa Hanis Zalikha di event ini dan DN hanya boleh katakan... Wow! Cantiknya... DN dah pakai heels 5inci ok, tapi masih kurang ketinggian (sopan sikit bila tulis kurang ketinggian ni. Hehe...) bila berdiri sebelah Hanis Zalikha. Huhu... Kesian DN...


Pastinya Hanis Zalikha mewarisi kecantikan ibunya, Auntie nanirostam... First time juga DN berjumpa dengan Auntie nanirostam  dan beliau masih cantik dan slim. Kalau tengok Auntie nanirostam  dan Hanis Zalikha, macam adik dan kakak tau... 


DN bersama Nisa Kay... First time DN berjumpa dengan Nisa Kay pada event Nuffnang : Astro B.yond IPTV Hollywood & Celebrities Night dan kali ini kami berjumpa di sini. Harap kita akan berjumpa di lain-lain event pula...


DN bersama Thara dari Nuffnang Malaysia.... Kali pertama DN berjumpa dengan Thara semasa event Nuffnang : Bloggers Sport Carnival di CityGolf Bangsar. Selepas daripada itu, kami sentiasa berjumpa di setiap event Nuffnang yang DN join. DN adore dengan cara Thara pakai tudung. Sangat menarik...


Sebelum DN nak balik, DN berjumpa pula dengan ReeNee... Semoga perkenalan kita tidak berakhir di sini. Terus keep in touch ya....


DN di tepi red carpet... Baru perasan yang DN tak berdiri betul di red carpet. Huhu... Tak kisah lah. Yang penting begini lah suasana di dalam Ballroom Marriott Hotel Putrajaya. Event yang menarik dan makanan dinner yang dihidangkan juga sedap-sedap belaka...


Mereka yang menghadiri event NAPBAS ini pasti ingat jenaka pada malam tersebut oleh Harith Iskandar, komedian Malaysia yang terkenal. Memang tidak kering gusi dibuatnya kan. Haha... Bila ingat balik, tersenyum DN dibuatnya...



 Apapun, terima kasih Nuffnang atas jemputan ini dan DN sangat-sangat menghargainya... Tahniah kepada bloggers yang menang dan harap kita dapat berjumpa lagi di NAPBAS yang akan datang. Ikhlas dari DN, untuk semua bloggers seluruh Asia... :)
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

22 Blue Komen:

  1. seronoknya...cantik dn and semua...

    ReplyDelete
  2. Niceeeee meeting you Deqnoor.. Terima kasih kerana tolong hantarkan Akak ke Concord dan layan Band D'ADZA sampai habisss... Hope to hangout with you again and again and again hehehe...

    ReplyDelete
  3. @nasha sanza : thanks nasha... :)

    @ADZA IRDAWATI aka MAK DARA : nice meeting u tooooo!!! bila2 kita hangout lg ye... akak mmg best & sporting. :)

    ReplyDelete
  4. Wow awesome! Hope to meet ya next time :)

    ReplyDelete
  5. hi Charmaine Pua Li Ping... Hope we meet up someday... :)

    ReplyDelete
  6. Hi there, jumpe jugak si kecil comel ni ;-D

    Remember me?
    Last Friday kite ade jumpe kat Concorde Shah Alam, heee~
    Sorry ye, x bertegur sapa mlm tu, I ni pemalu *sangat la kan* haha

    Anyway, nice meeting u ;-D

    ReplyDelete
  7. ooo... u yg ade bertegur sapa dgn mak dara malam tu kt concorde hotel kan? sori, i pun xpandai nk mulakan perbualan... xpe2, jumpa lain kali kita borak2 ye. nice meeting u too... :)

    ReplyDelete
  8. wahhh best nyer dpt g nuffnang nyer event ni....anyway, nice blog. follow ur blog, follow me back k

    ReplyDelete
  9. Thanks awak... DN akan follow awak semula.. :)

    ReplyDelete
  10. yeay! thanks for the picture. kite jumpe next nuffnang event k :)

    ReplyDelete
  11. hi reenee... insyaallah.. nice meeting u :)

    ReplyDelete
  12. DN ingat kite tak ? hehe, segan nak tegur DN malam tu :)

    ReplyDelete
  13. owh, hi... awk ade kn mlm tu tp mmg xbyk bercakap.. jumpa next time kita borak2 ye.. :)

    ReplyDelete
  14. mak dara mmg gojes!! DN pon ohsem ngan review ini...syok tgk2 gambo...salam ukhwah...

    ReplyDelete
  15. salam ukhuwah.. tq.. mak dara mmg gojes kan... :)

    ReplyDelete
  16. Insya allah ada rezeki kita jumpa lagi.. kalau tak jumpa face to face, face book pun boleh, dan juga FACEBLOG... hari2 leh terjah..

    ReplyDelete
  17. betul2.. yg penting slalu keep in touch.. :)

    ReplyDelete
  18. merajuk ngan nuffnang sekarang ni. ramai yg dah merajuk ngan nuffnang...

    DN dah lama ye ngan nuffnang ni

    ReplyDelete
  19. @Ladfe Amir alah.. merajuk pun bukan nuff tahu kan.. :D dah lebih 2 tahun..

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^