Online Voucher KFC Ditamatkan

Hari ini DN berada di Pasir Gudang lagi. Macam biasa, melawat kawasan... Hehe... Esok ada evaluation untuk projek di UiTM Pasir Gudang so kena lah turun ke Pasir Gudang. Dah macam dekat je Shah Alam-Pasir Gudang. Tiap-tiap minggu turun sini. Huhu... Sampai je site ofis UiTM Pasir Gudang sekitar jam 4petang, perut DN sangat lapar sebabnya DN hanya makan breakfast di ofis sebelum bergerak ke Johor. Nak round site pun rasa menggeletar je kaki + bernyanyi-nyanyi perut DN mendendangkan lagu Sampai Hati..... (Sampai hati kau tak isi perut dulu sebelum masuk site. Huhu...)


Bila di site ofis, kawan-kawan duk tunjuk lah voucher KFC ni. Wow! Menarik tu... Lagi-lagi perut tengah lapar. Semua nampak sedap. Nyumnyum.... Valid until 15th January 2012. Hari ini baru 14th December 2011, lama lagi voucher ni boleh digunakan tapi kami bercadang untuk guna hari ini. Lepas dah keluar dari site, balik hotel siap-siap mandi dan keluar ambil kawan DN di rumahnya, kami pun menuju ke KFC di Tesco Bandar Seri Alam.


Sebelum pergi ke KFC sebenarnya DN dah cek website KFC betul ke voucher ni valid. Mana tahu tipu je kan sebabnya dulu McD pun pernah kena menjawab pasal voucher palsu ni. Selak punya selak, tak jumpa pun dalam website KFC. Hmmm.... (Ragu-ragu) Pastu tengok status Salam kat facebook, "Offer KFC sengal free Double Zinger Burger Combo dah stop!! Byk gila org menyumpah" Tapi DN tetap tak puas hati so DN call Salam bertanyakan pasal voucher ni. Betul rupanya tapi sudah diberhentikan macam dalam facebook KFC Malaysia kat atas tu tulis.


Tapi kami tetap ke KFC untuk dinner dan cuba nasib tunjuk voucher tu di kauter. Rupanya notis dah tampal kat dinding KFC daaa.... Free Double Zinger Burger Combo E-Voucher telah ditamatkan. Urghhh!! Kami sangat kecewa ok! McD selalu je buat offer camni tapi takde tak sampai 1hari dah ditamatkan. Macam tak ikhlas je nak buat voucher kan. Takut rugi la tu. Opppsss! Hehe...


So bila dah dalam KFC, kami pun makan lah set ini sahaja. Tangan sampai sekarang bau KFC tau. Tak kisah lah kan... Asalkan kenyang. Alhamdulillah... Eh, agak-agak kalian kecewa tak? Takyah kecewa lah... McD... Burger King... Selalu je buat offer camni so kalian terjah lah website mereka. Ada rezeki, dapat lah free voucher untuk mengubat kekecewaan kalian. Nak tunggu KFC buat voucher camni lagi, tak tahu lah bila. Huhu...
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

11 Blue Komen:

  1. terasa lapar lak nak mam KFC..lama dh tak mam nie..

    ReplyDelete
  2. pergi lh... sekali2 mkn KFC memang sedap.. :)

    ReplyDelete
  3. dear, aku baru pasan review blog kat bawah ni...terharu aku tau...hehe...

    tengs dear...aku ni budak baru belajar je pun...huhu..

    ReplyDelete
  4. @wahida : kepsi2... kecewakan ramai orang...

    hee... ikhlas ni.. blog awk mmg seronok dibaca. keep it up! ^_^

    ReplyDelete
  5. KFC memang teruk.. semalam akak ke KFC Alpha ANgle.. mak ai servisnya amatlah teruk dan tempatnya kototr sekali... sabor je lah kan..

    ReplyDelete
  6. mmg sangat2 bersabo dgn KFC ni... harap mereka takkan buat camni lg & improve servis mereka

    ReplyDelete
  7. LAAA NASIB X P LAGI REDEEM...ERMM MACAM2 KAN..

    ReplyDelete
  8. Sampaikan Hitler pun marah sbb cancel kupon tu...

    http://www.youtube.com/watch?v=obyDsbnoMRA

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^