Rose Cottage Hotel

Petang semalam jenuh DN cari hotel untuk menginap. Call hotel yang pernah DN duduk sekitar Pasir Gudang tapi semua fully book. Katanya orang kerja offshore balik ke darat. Adehhh... Memang stress ok, datang jauh-jauh dari Shah Alam dan along the way sebelum sampai destinasi call hotel semua penuh. So kena lah buat aktiviti terjah je...



Kali ini DN terjah Rose Cottage Hotel ni memandangkan ini sahaja yang ada kekosongan bilik. Nampak cute je kan hotel ni. Penuh dengan bunga-bungaan. Bunga-bunga pun segar dan dijaga dengan rapi. Keperempuanan sungguh kan...



Masuk je hotel ni, kemudian tengok lobby, rasa macam masuk ke dalam rumah sendiri. Sofa pun bunga-bunga gak. Cute sungguh... Nak kata lobby takde lah lobby sangat kot sebab kat sini juga tempat untuk breakfast.



Ingat kaunter untuk register pun ala-ala keperempuanan, rupanya bukan. Biasa je... DN ambil bilik Deluxe Double berharga RM67. Murah kan.... Sesuai untuk mereka yang ingin mencari budget hotel di sini. Dah tengok harga, confirm kalian boleh agak macam mana rupanya bilik nanti kan... Jom kita jenguk bilik pula..



Gagagaga... Nak ke bilik takde lif ye so kena naik tangga. DN menginap di bilik 301 tau. Adehhh, tinggi tu nak naik. Mujur DN tak bawa beg tarik pramugari DN. Kalau tidak, jenuh nak tukar ke beg galas pulak...












Amacam? Ok tak? Bagi DN berbaloi lah dengan harga yang ditawarkan. Keperluan basic semua ada dan DN nak tidur sorang-sorang je pun. Apa kisah... Pergi atas urusan kerja, lain dengan pergi bercuti. So dapat bilik untuk merehatkan diri camni pun dah cukup ok untuk DN.


Tapi... errr.... ade crack kat dinding? Hmmm... Memandangkan DN dah check in disini, tutup mata je lah. Huhu...


Tapi yang penting ada Free Wifi. Eh, beza ke Free Wifi dengan Free Internet? Hmm... Whatever. Free breakfast tu DN tak kisah sangat sebab DN lagi prefer breakfast McDonald nearby hotel ni. Hehe...

So kepada kalian yang nak cari budget hotel area JB, boleh lah consider Rose Cottage Hotel ni. Ada lebih dari 1 Rose Cottage Hotel di JB tau...

1. Rose Cottage Hotel, Taman Johor Jaya. Tel : 07-3522144

2. Rose Cottage Hotel, Taman Universiti. Tel : 07-5211366

3. Rose Cottage Hotel, Taman Nusa Bestari 2. Tel : 07-5122494

4. Rose Cottage Hotel, Taman Daya. Tel : 07-3525144

5. Rose Cottage Hotel, Taman Perling. Tel : 07-2414744

6. Rose Cottage Hotel, Jalan Impian Senai. Tel : 07-5999344

7. Rose Cottage Hotel, Taman Nusa Damai (Kota Masai). Tel : 07-2511300

8. Rose Cottage Hotel, Bandar Seri Alam. Tel : 07-2524644

Bilik yang disediakan pula seperti berikut :-

Single : RM78.00   RM57.00
Deluxe Double : RM108.00   RM67.00
Twin Single : RM108.00   RM75.00
Family Suite : RM128.00   RM100.00

DN bagi detail camni sebab ada beberapa orang pernah bertanyakan DN tentang harga hotel yang DN menginap. Promosi harga ni DN tak pasti sampai bila tapi ini lah informasi yang DN dapat. Harap membantu. Nak tahu lebih lanjut, boleh ke website Rose Cottage Hotel.

Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

9 Blue Komen:

  1. Kat tmn u ke dn? Musch

    ReplyDelete
  2. Kt Taman U pun ada tapi DN stay kat Bandar Seri Alam masa ni...

    ReplyDelete
  3. takdelah mahal sangatkan:)
    okey gak tu...^^



    #follow sini

    ReplyDelete
  4. @laskar pelangi : aah... boleh consider kalau nk cari budget hotel di JB.. :)

    @Saiazuan : dan sangat sweet kan... :)

    ReplyDelete
  5. ermm..murah lah tu. biliknya pun nampak cantik dan kemas je.

    thank yer Cik DN atas info mcm ni.

    ReplyDelete
  6. Rose Cottage Hotel hanya ada di sebelah Johor je ke?

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^