Terima Kasih Kerana Setia

Hari ini adalah hari terakhir sebelum kita melangkah ke tahun 2012. Alhamdulillah... Kita masih diberi kesempatan dan nafas untuk melalui hari-hari yang berikutnya. Apa yang berlaku sepanjang tahun 2011 ini, jadikan sebagai pengajaran dan kenangan untuk kita lebih bersedia menghadapi masa depan. Jangan sesekali menoleh ke belakang untuk mengulangi kesilapan yang pernah kita lakukan tetapi tolehlah ke belakang untuk jadikan diri kita lebih tabah dan matang dalam membuat apa-apa tindakan dan keputusan kelak. Sama-samalah kita berusaha untuk memperbaiki diri dan amalan kita. Insyaallah....

Berakhirnya tahun 2011 ini, seperti yang DN katakan pada nota kaki post DN yang lepas, DN berniat untuk menghargai mereka yang setia bersama DN selama ini. Mereka ini sentiasa menjenguk dan meninggalkan jejak ke ruangan coretan DN yang tidak seberapa indah ini. Walaupun ada di antara mereka DN tidak pernah bersua muka, tetapi dengan jejak yang mereka tinggalkan menyebabkan DN rasa kita sangat rapat walau hanya di alam maya. Mereka inilah antara sebab DN terus menulis di sini. Terima kasih kalian... Terima kasih kerana setia di sini bersama DN...


Inilah antara penghargaan yang hendak DN berikan kepada mereka. Maaf, DN tidak pandai untuk membuat sebarang GA dan DN memang tidak berniat untuk membuat GA kerana DN seikhlasnya ingin memberikan penghargaan ini kepada mereka. DN telah memilih 5 orang yang bertuah untuk DN berikan penghargaan ini...


Penghargaan pertama yang merupakan gambar rumah klasik zaman dahulu kala di mana gambar ini dihasilkan dengan kaedah mengait tau. Hasilnya sangat cantik dan pastinya DN dapatkan gambar ini semasa DN pergi ke Hangzhou, China. Dapat gambar ini jangan lupa bingkaikan ya sebab gambar ini tidak disertakan dengan bingkai. DN akan berikan kepada pendahulu takhta yang rajin meninggalkan jejak di sini, iaitu Pn Norwidadi dengan blog It's Mine... 


Penghargaan kedua pula adalah sepasang T-shirt lengan pendek yang DN dapatkan semasa jalan-jalan mencuci mata di Singapura. Penghargaan ini DN hendak berikan kepada Pn Fiza dari blog ONLY ME...


Penghargaan ketiga pula adalah sebuah cawan mini dengan gambar rumah klasik zaman dahulu kala orang-orang di China. DN dapatkannya semasa berada di Shanghai, China selama 4 hari. Penghargaan ini DN ingin sekali berikan kepada Pn Wahidayatulaswa dari blog MY ALL...


Penghargaan keempat ini merupakan keychain gambar singa yang pastinya dapat di agak dari mana DN dapatkannya kan... Mana lagi kalau bukan dari negara berhampiran kita, Singapura. Penghargaan ini DN akan berikan kepada satu-satunya jejaka yang rajin meninggalkan jejak di sini iaitu saudara Saiazuan dari Saiazuan Blog. Disebabkan beliau meninggalkan jejak dengan menggunakan dua nama berbeza, maka DN akan berikan kepada beliau 2 keychain. Nanti boleh lah bagi awek satu. Hee... 


Akhir sekali, penghargaan kelima yang merupakan magnet bergambar di mana kebiasaannya diletakkan pada peti ais. Gambar suasana bandar Shanghai yang semakin pesat membangun kini. Pastinya DN dapatkannya di Shanghai, China. Penghargaan ini DN akan berikan kepada Pn Adza Irdawati yang berkarya di Bicara Mak Dara...

Alhamdulillah... Lepas juga hajat DN nak bagi penghargaan ini kepada mereka. Tahniah & terima kasih di atas kesetiaan anda. Doakan DN terus murah rezeki dan terus dapat memberi penghargaan seperti ini kepada kalian yang terus setia bersama DN. Mana tahu ada rezeki DN bersiar-siar menjenguk negara orang lagi, DN akan berikan cenderahati ini kepada kalian. Insyaallah... Kalau tidak, cenderahati dari negara kita Malaysia yang tercinta pun boleh jugak kan... Hehe... Terima kasih yang tidak terhingga DN ucapkan kepada kalian. Kita berjumpa lagi di tahun hadapan ya... :) Assalamualaikum...
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

13 Blue Komen:

  1. Oh, I'm super touched. Thanks Noor, semoge perkenalan kite ini akan berterusan tanpe sempadan. Syukur Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. wah..betul ke ni DN?
    cantiknya...

    DN rajin2lah update blog yer. smga thn 2012 nnti buat hidup DN lebih bermakna dan bahgia:)

    ReplyDelete
  3. AkUfiZA™ : welcome... nanti jumpa DN bagi ye... :)

    wida : mestilah betul wida... emailkan alamat kt DN ye... :)

    ReplyDelete
  4. OH MAK GAYAH!!!! sukaaaa sukaaaa sukaaaaa.. DN macam tau2 aje akak mmg suka collect magnet kat peti aissssss... muahhhhh tks dear and happy new year..

    To DN and FIZA.. kalau takde buat apa2 malam ni jom le ke concord Shah ALammm hehehe

    ReplyDelete
  5. welcome... sama lh kita.. DN pun suka collect magnet kt peti ais. hee...

    DN akan ke concorde malam ni. Jumpa di sana!! :D

    ReplyDelete
  6. Hee... xpe2. Kita jumpa d Concorde some other time ya.. :)

    ReplyDelete
  7. @Bro Framestone suatu ketika dulu mmg lh XS. hihi... :p

    ReplyDelete
  8. yelah..saya cuba untuk setia. don't worry

    ReplyDelete
  9. Oh satu ketika dulu ek.. satu ketika sekarang, saiz apa ek?

    ReplyDelete
  10. @Bro Framestone pening nk pilih saiz baju bro skrg.. :p

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^