Uncle 'K' Kopitiam

Siapa pernah pergi Uncle 'K' Kopitiam? Kalau tak pernah pergi pun, siapa pernah dengar nama kedai ni? Tak pernah? Ok... Kepada yang tak pernah dengar, meh sini DN nak cerita sikit apa yang best kat kedai ni. Kepada yang pernah dengar tu, share lah apa yang kalian pernah makan kat kedai ni. Sedap ke tak... Menyelerakan ke tak... Teruja ke tak... 

Sebenarnya baru 2 kali DN makan di kedai ni. Bila datang ke kedai ni, DN mesti akan cari makanan ini tau. Tak tahu kenapa DN rasa sedap sangat. 1st time DN cuba, rasanya sentiasa terngiang-ngiang kat kepala DN tau. Itu pasal bila kebetulan DN pergi SACC Mall Shah Alam, DN terus singgah lunch di sini.
Ini lah makanan yang DN nak cerita tu.... Mee Goreng Uncle 'K' berharga RM8.30. DN tak tahu macam mana nak describe tapi memang terbaik lah rasanya. Kalau kalian pergi ke sini, cubalah Mee Goreng Uncle 'K' ni. Serius sedap. Eh, sini tu mana ye? Hee... Setakat ni Uncle 'K' Kopitiam ini ada 3 cawangan tau. Banyak kan... Servis catering pun ada.

1. SACC Mall, Lot 33& 33A, GF, Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam, Selangor. Tel : 03-55190076

2. JAYA ONE, D53 & D55, LG2, Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor. Tel : 03-79601107

3. Central Kitchen & Catering, AAG/4, Block D, Jalan Plumbum, AA7/AA, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor. Tel : 03-55190076

DN makan Mee Goreng Uncle 'K' dengan air Apple Shake. Air Apple Shake ini berharga RM7.80. Mungkin akan ada yang mengatakan harga makanan di sini mahal dan mungkin juga ada yang mengatakan harganya reasonable. Kalau tanya DN, DN tak kisah bayar mahal asalkan makanan itu sedap.  

Err... Agak-agak ada tak yang tertanya-tanya kenapa ada satu hidangan je? (Ada aku kisah? Haha...) Jangan terkejut kalau DN memang selalu lunch sorang-sorang je sebab tiada siapa yang sudi teman DN. Kesian kan? Sobsob... Apa boleh buat. Nasib badan... Kalau agak-agak kalian nampak DN duk makan or jalan sorang-sorang tu, tegur lah ye. DN memang selalu sorang-sorang. So apa lagi? Cuba lah makan kat kedai ni.. Nanti share dengan DN apa pendapat kalian ye... Selera orang kan lain-lain...
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

11 Blue Komen:

  1. mee gorenggg peberet tuuuu hehehe nnt nak try le gi mkn kat sana

    ReplyDelete
  2. try lh... so far belum mengecewakan lg.. :)

    ReplyDelete
  3. tak familiar ngan area tu.. huhu so tak prnah mkn la kat situ

    ReplyDelete
  4. xpe2... kalo pegi SACC Shah Alam cuba lah makan kt kedai tu.. :)

    ReplyDelete
  5. Oiii pagi² tengok gambar makanan, perut mule la mintak di isi, heee~

    ReplyDelete
  6. pernah nmpk kat sacc...tp tak singgah pun..lalu je...lau btul sedap leh le try =)

    ReplyDelete
  7. aku pun jenis x kisah bayar mahal kalau sedap...

    ReplyDelete
  8. AkUfiZA™ : alamak, baca dh petang daa... confirm perut sudah diisi kan...

    Munnafendy : try lh.. insyaallah xmengecewakan.. :)

    wida : sobsob... apa boleh buat. kalau xmakan lapar pulak nanti

    wahida : kannn... kita serupa... :)

    ReplyDelete
  9. Uncle K kat tmn tun pun ada :) tp xpenah nak msk kedai tu. sebab parking susah giler

    ReplyDelete
  10. ooo.. kt taman tun ade gak ye. baru tahu..

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^