Tuesday, November 29, 2011

Love Quote

We think about it, sing about it, dream about it and lose sleep worrying about it...

When we don't know we have it, we search for it...

When we discover it, we don't know what to do with it...

When we have it, we fear losing it...

It is the constant source of pleasure and pain... but we don't know which it will be from one moment to next...

It is a short word, easy to spell, difficult to define and impossible to live without...

...LOVE...

Terima Kasih Sudi Singgah Blog Deq Noor

Sunday, November 27, 2011

9 Studio Hair Salon

Sering kita dengar bahawa rambut adalah mahkota wanita. Oleh itu, walaupun bertudung, rambut kita tetap perlu dijaga. Bagi DN sebab kita bertudung dan tiada siapa nampak, itu bukan alasan untuk kita tidak menjaga dan memelihara rambut kita supaya kelihatan cantik pada pandangan mata sendiri. Maka peliharalah rambut kalian supaya kelihatan cantik dan sihat selalu...

DN rasa dah lebih 10 kali DN beli voucher di MilkaDeal dan alhamdulillah sehingga hari ini tidak pernah mengecewakan DN. Baru-baru ini DN telah redeem voucher yang DN beli di MilkaDeal iaitu;


RM88 instead of RM410 for Wash + Cut + Blow + Rebonding at 9 Studio Hair Salon, Subang Jaya [79% OFF]



9 Studio Hair Salon ini terletak di Jalan USJ9/5R, sangat mudah untuk dicari kerana kedai ini terletak berhadapan dengan jalan utama ke Taipan USJ jika melalui Persiaran Kewajipan yang selalu jam tu. Mula-mula DN sampai kedai ini, tergamam sekejap sebab tengok kedai ini cantik dan besar serta mereka yang bertanggungjawab memastikan kecantikan rambut pelanggan di sini adalah semua lelaki. Di sini juga terdapat bilik tertutup untuk mereka yang tidak selesa berada di tempat terbuka terutama wanita bertudung. 

9 Studio Hair Salon telah bagi 9 sebab kenapa perlu beli voucher ini dan DN juga ada 9 sebab kenapa DN membeli voucher ini:-

1. Cuma perlu bayar RM88 instead of RM410 for wash + cut + blow + rebond. 79% off tu.... (Sangat murah dan berbaloi-baloi. Sebab itu DN beli)

2. Sudah tiba masanya untuk merapikan rambut anda yang serabut itu.... (Hmm... Balik rumah, buka tudung, tengok rambut, betul tu... Sudah tiba masa untuk DN trim rambut DN) 

3. Tidak kira panjang mana rambut anda, anda tetap membayar harga yang sama iaitu RM88... (Good!!! Beritahu awal so tahu lah DN tidak perlu bayar extra charge for this)

4. 9 Studio Hair Salon hanya menggunakan produk tulen Schwarzkopf yang diimport terus dari Germany... (Yeah... Tengok keliling semua jenama Schwarzkopf dalam kedai ini)

5. 9 Studio Hair Salon hanya membenarkan passionate professional hair-stylist sahaja untuk menyentuh rambut anda maka just sit back, relax and leave it to the pros... (Betul3x!!! Sangat teliti dan bersungguh-sungguh semasa DN redeem voucher ini. DN sangat puas hati)

6. Rambut anda berhak untuk diperlakukan secara pro once in a while. Sudah tiba masa serahkannya pada yang pakar... (Agree... I give 100% trust on you)

7. 9 Studio Hair Salon mempunyai kemudahan terkini dan well-equipped salon untuk keselesaan anda... (Setuju juga dan DN selesa sepanjang berada di sini)

8. Offer seperti ini tidak datang selalu... (Sebab itu DN grab this voucher... Bila lagi ade offer camni kan. Hmmm)

9. Kembali kepada reason yang pertama... (Err... Cukup lah DN ulang sekali je. Nak baca banyak kali terpulang...)
Beginilah hasilnya lepas dah redeem voucher ini. Takkan DN nak letak gambar sendiri kan... Takmo DN. Hehe... Total duration service adalah 3 jam. Lama tu tapi bila tengok hasilnya DN sangat puas hati. Terima kasih 9 Studio Hair Salon kerana memperlakukan rambut DN dengan baik dan MilkaDeal atas voucher yang menarik ini. 

Terima Kasih Sudi Singgah Blog Deq Noor

Saturday, November 26, 2011

MK Garden Steamboat

Welcome to MK Garden Steamboat! Tempat makan ini bukan di KL or Selangor ye kalian, tapi di Jalan Tebrau Johor. Tak tahu lah di KL ada atau tidak. Yang pasti DN pergi ke sini semasa DN berada di Johor beberapa hari yang lepas...
Persediaan untuk kami makan... Mula-mula kena letak aluminium foil dulu...
Sudah siap. Sup juga sudah dituang di dalam ini dan sedia untuk dipanaskan....
Percaya tak udang-udang ini masih hidup? Melompat-lompat tu nak keluar dari pinggan so lepas dah ambil better tutup supaya mereka tidak melompat keluar...
 Selain dari udang, terdapat banyak lagi pilihan lauk yang kami ambil disini...
First time DN tengok benda alah gemuk2 dalam plastik ini. Ingat tanah liat lah. Rupa-rupanya marjerin. Ceh.... Tertipu i....
Digunakan untuk memasak lauk-lauk yang di ambil tadi. 
So kalian pilih, nak goreng ke nak steamboat? Your choice....  
Ini bukan lakonan semata-mata... DN memang sedang menggoreng ayam. Rajin tak DN? Boleh buat calon menantu? Haha.... Bila dah makan kat tempat macam ni, you have no choice. Malas pun kena rajin-rajinkan diri jugak sebab tak masak, tak makan lah kau... 
Ayam black pepper yang digoreng tadi dicicah makan dengan sambal.... Ini baru first round... Yang banyak kali round DN tambah takde lah DN nak ambil gambar sebab tangan dah kotor dan bila dah start makan confirm gambar pun lupa nak ambil. Hehe....

Dah kenyang, penutupnya kita makan aiskrim potong ini ye. DN rasa 3x kot DN makan aiskrim. Best2... So far, kedai makan dengan konsep sebegini ok cuma tak berapa nak kena dengan tekak DN. Huhu... Kawan-kawan DN yang lain suka so pasti kalian pun suka. Tak cuba tak tahu kan.... Owh, makan di sini ikut kepala tau. 1 kepala kalau tak silap DN RM20. Reasonable price kan... Nak tahu tekak kalian boleh accept ke tak, cuba lah makan di sini ye....

Terima Kasih Sudi Singgah Blog Deq Noor

Thursday, November 24, 2011

Bekerja Semasa Cuti

2 minggu lepas DN dah apply cuti untuk 24 & 25 November 2011 iaitu jatuh pada hari ini dan esok. Malangnya cuti sekadar hanya untuk menghabiskan balance cuti yang tinggal memandangkan hari ini iaitu pagi tadi DN ada inspection dengan TNB di projek UiTM Pasir Gudang manakala esok pagi pula DN perlu menghadiri meeting SMK Taman Sea. 

Hmmm... Balance cuti yang tinggal setelah cuti yang tak berapa nak cuti ini adalah sebanyak 13 hari lagi. Apa yang perlu DN buat ye? Carry forward cuti hanya 5 hari sahaja so bulan depan iaitu bulan Disember DN perlu menghabiskan 13 - 5 = 8 hari lagi. Selamat burn cuti lagi DN.... Tiap-tiap tahun camni. Waaa!!!! 

Errr... Aci tak DN letak gambar kemudian? Sebab DN tak masuk ofis dari hari Rabu so tak dapat nak tunjuk slip cuti DN. Aci je lah kan... Hehe... Siapa-siapa yang terjah di sini dalam 2-3 hari ni pasti tak ada gambar lagi sebab hari Rabu nanti baru DN masuk ofis so kalau rajin jenguk lah semula hari Rabu nanti ye... Hehe..

Apapun selamat bercuti sekolah! Eh, betul kan dah cuti sekolah? Sori, DN memang tak update cuti-cuti sekolah ni. Main agak-agak je. Hehe...

Terima Kasih Sudi Singgah Blog Deq Noor

Tuesday, November 22, 2011

Terima Kasih Harimau Muda

 Kak Suzie dan Ema...
 Abang Man dan Abang Ijam...
 DN & Kak Yang...
 Abang Azha dan Bos Muda...

Kami meraikan kemenangan Malaysia ke atas Indonesia semalam di kedai bola ini. Mood Bos Muda sangat baik hari ini makanya beliau belanja mereka yang ada di ofis makan tengahari. Staff Samudra yang lain jangan jeles ye. Hehe...
Bersama Zainal Abidin Hasan, pemilik kedai makan Lagenda 17... Lokasi kedai beliau betul-betul belakang ofis kami. Kami lalu dapur je tau nak datang makan di sini. Maaf lah ye... Kami memang suka redah je. Hehe.... Makanan berlauk di sini juga murah tau. Biasa DN makan nasi putih + lauk = RM2 without air. Ambil air kosong tak payah bayar so makan RM2 je. Penjimatan sungguh kan. Hehe....

Perancangan asal lepas makan tengahari nak pergi urut kaki sebelah kedai ini tetapi full book lah pulak. Dalam hati DN, siapa yang penat main bola sebenarnya? Hmm... Tak kisah lah. Kami layankan aje...

Apapun terima kasih kepada Harimau Muda atas kejayaan mereka membenam Garuda semalam. Kalau tak menang, pasti kami tak dapat makan free hari ini. Hehe... Kalian memang terbaik! Menang lagi nanti mesti mood Bos akan baik so pasti kami dapat makan free lagi. Hehe...

AAAAUUUUUMMMMMMM!!!!!!

Terima Kasih Sudi Singgah Blog Deq Noor

Monday, November 21, 2011

Padan Muka!

Fuh... Fuh... Labah-labah nak hinggap kat sini. Tak boleh... Tak boleh...  Sebelum bersawang, kenalah tinggalkan jejak dulu. Huhu... Maaf lah ye. Kesibukan melanda DN akhir-akhir ini. DN yang memilih kerja sebagai keutamaan mesti lah menyiapkan semua kerja dulu, kemudian baru boleh mengupdate di sini. Jangan mengharapkan DN blogwalking ye sebab nak tidur pun DN kena curi-curi masa tau. Huhu...
Taknak suruh kalian teka sebab DN yang nak beritahu kalian. Ini adalah kaki DN yang telah meninggalkan jejak di tanah lembut masa DN bersiar-siar di site pagi tadi. Makanya apa yang berlaku adalah kaki DN stuck dalam tanah ini dan DN tidak boleh bergerak ke mana-mana. Damn!! Habis seluar DN tahu. DN yang suka berjalan sendirian terpaksa menghubungi orang sekeliling untuk membantu DN keluar dari tempat ini. Siot je kena gelak dengan Indon di rumah kongsi sebab dengan slumber nya DN pergi cuci seluar dan kasut DN kat kolah rumah kongsi mereka. Peduli apa DN. 

Tetiba teringat kawan DN happen benda yang sama masa jalan-jalan di site Pasir Gudang haritu. Itulah... Gelakkan orang lagi. Diri sendiri yang kena pula. What goes around comes around. Padan muka DN! 

Terima Kasih Sudi Singgah Blog Deq Noor

Thursday, November 17, 2011

Menghirup Habuk di Site...

Tengok tangga ni.... Agak-agak kalian berani nak naik? Begini lah bila di site. Mana ada proper tangga batu yang boleh naik dengan senang hati. Nak taknak, kena lah naik juga....
Mereka ini rakan-rakan seangkatan yang bekerja seperti DN cuma skop kerja sahaja yang berbeza. Skop kerja DN elektrikal infra sahaja tetapi apa salahnya berjalan-jalan cuci mata ikut mereka tengok bangunan sambil menghirup habuk di site. Hukhuk... Betul tak....
Mereka turut sama bersiar-siar bersama DN.... Baru tingkat dua dah berhenti rehat. Apa lah mereka ni kan... Hehe...
Sekarang kami di tingkat atas sekali Fakulti Kejuruteraan Awam... Ok, dah boleh turun. Sibuk nak posing je mereka ni. Haishhh... :p
Finally, DN dah siap round site melihat services elektrikal infra yang belum start lagi... Amacam? Nak kerja macam DN? Kalau agak-agak kalian takut... Malaysia is so hot!!... Lupakan lah kerja sebegini ye. Hehe...

Terima Kasih Sudi Singgah Blog Deq Noor

Tuesday, November 15, 2011

3.00 a.m. : Kerja

Jam sudah melepasi 3pagi tetapi DN masih gagal untuk melelapkan mata. Huh... Whats on your mind DN? Hmm... A lot of... Nak share di sini macam over sangat lah pulak kan. Cukup lah kalian tahu yang DN memikirkan tentang ketentuan perjalanan hidup DN dan kerja. Sekarang ini DN telah memilih kerja so mari buat kerja. Hehe....
Final checking drawing projek Rumah Mampu Milik. Esok, eh silap, hari ini nak tender so nak make sure drawing dan BQ (Bill of Quantity) tiada discrepancies. Esok pagi tinggal nak cek projek lagi satu yang nak tender juga hari ini. Selagi tak selesai, selagi itu lah susah rasanya nak tidur. Itu pasal lah buat juga kerja. Haishh...

DN buat kerja sambil layan lagu Terasa Di Syurga by Sofaz ulang-ulang. Syiokk tu!!! Indahnya rasa bila dicintai.... (versi karaoke DN) Haha.... Kalian pernah rasa dicintai? Best tak? Best kan.... (Hati bunga-bunga) Hehe.. Sudah! Jangan dilayan mengarut DN ni. Tak siap kerja DN nanti.

Err... Ada ke yang baca entry DN time camni? Mesti pagi nanti baru kalian jenguk kan. Tak kisah lah... Yang penting DN seronok membebel di sini. Nak baca silakan... Taknak, babai... :p



Terima Kasih Sudi Singgah Blog Deq Noor

Sunday, November 13, 2011

Cintai diriku... Sayangi hatiku...


I am so happy now... I am so glad to hear from you... Thanks for being honest with me. We never know what will happen in the future but for now I will appreciate your present in my life.

Terima Kasih Sudi Singgah Blog Deq Noor

Saturday, November 12, 2011

Love is Cinta

Hati... Bila dah suka... Cinta... Hadir tanpa paksa dan diundang...
Mungkin ada segelintir yang masih sanggup menyimpan perasaan sayang dan cinta di dalam hati kerana tidak mampu untuk melafazkan kata-kata cinta... Mungkin juga ada yang terlalu gopoh untuk menyatakan perasaan cinta sehingga apabila perasaan itu terdetik, terus meluahkannya tanpa berfikir akan akibatnya kelak... Dan mungkin sudah terlalu lama memendam perasaan dan kini sudah tiba masa untuk meluahkan segalanya... 
Walau di mana situasi anda, memang lumrah hadirnya perasaan cinta dan sayang dalam diri setiap individu. Tidak kira paras rupa, darjat keturunan, tua muda, sempurna cacat... Perasaan itu hadir tanpa dipaksa. Hargailah perasaan itu kerana terlalu berharga untuk diabaikan.. Jika tidak mampu meluahkannya, doakan kebahagiaan orang yang disayangi. Jika sudah terlepas meluahkan kata-kata cinta, hargai balasan cinta itu dan jika ditolak, jangan mudah melatah. Begitu juga jika sudah bersedia untuk meluahkan segalanya, jangan mengharapkan balasan cinta dan bersedialah untuk menerima sebarang penolakan. 
Kerana ketahuilah, walau kita menyayangi seseorang itu, tidak bermakna dia akan menjadi milik kita kelak... Mungkin akan berakhir di jinjang pelamin dan berbahagia sepanjang hidupnya atau mungkin perasaan itu hadir hanya seketika sebagai ujian untuk menjadikan kita lebih tabah dan matang atau mungkin hanya kita saling menyayangi untuk melihat orang yang kita sayang bahagia dengan hidupnya bersama orang lain... Siapa kita untuk menentukannya kerana segalanya diatur dengan baik oleh Maha Pencipta. Kita hanya mampu mencorakkan dan menghargai anugerah perasaan yang hadir itu. Walau bagaimana cara perasaan itu hadir, terimalah kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. 
Terima kasih cinta... 
11.11.11 menjadi detik pertemuan antara dua hati yang belum pasti akan menyatu kerana terlalu banyak rintangan dan cabaran yang perlu dihadapi. Apa yang mampu hanyalah menghargai perasaan yang diluahkan dan serahkan segalanya kepada Maha Pencipta kerana setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Sama ada pahit atau manis, itu adalah lumrah kehidupan. Teruskan hidup dan jika dua hati ini bersatu kelak, berbahagialah... Dan jika sebaliknya, terimalah dengan redha kerana pasti ada hikmah di sebalik setiap pertemuan...

Terima Kasih Sudi Singgah Blog Deq Noor

Friday, November 11, 2011

Frozen Yogurt

Selamat Hari 11.11.11!!! Ada apa dengan tarikh itu? Hmm.. Yang pasti tarikh tersebut jatuh pada Hari Jumaat, penghulu segala hari makanya Salam Jumaat kepada semua... :) Cuaca hari ini sangat baik kan. Alhamdulillah... Hmm... Mesti seronok kalau dapat makan aiskrim. Nyum2... Eh, DN ada pergi satu tempat ini tau. Frozen yogurt yang macam Tutti Frutti tu. Kalau Tutti Frutti confirm semua tahu. Tempat ini dah lama DN usha tapi baru 2-3 hari lepas DN jengah masuk. Ok jugalah...
Namanya My Yogurt. Terletak di SS15, Subang Jaya sederet dengan Restoran Darussalam. Kebetulan hari tersebut DN dengan housemate dating sambil tengok bola Malaysia vs Thailand di Restoran Darussalam so kami singgah lah ke sini...

Mula-mula ambil mangkuk ini. Kalau agak-agak pelahap sangat tak cukup 1 mangkuk, boleh lah ambil 2-3 mangkuk ye...
Kemudian self service pilih yogurt perisa apa yang kalian nak di sini... Mesti lah ada macam-macam perisa dan boleh campur-campur 1 mangkuk tu berapa banyak kalian nak.
Last sekali boleh isi jajan-jajan di sini dalam mangkuk yogurt kalian. Kalau taknak pun takpe. Kalau nak letak semua pun boleh. Ikut suka sebab kalian jugak yang bayar sendiri nanti. Mereka yang dah biasa makan di Tutti Frutti mesti takde masalah untuk makan di sini sebab kaedah sama je. Timbang ikut berat berapa gram. Tak ada beza pun. 
 Haa... Ini frozen yogurt yang telah kami ambil. Kami ambil satu mangkuk je kemudian share berdua. Baru mesra... Hehe...
 Ini lah suasana di dalam kedai ini. Cantik kan!!
 Ini pula tempat duduk di bahagian dalam...

Lepas dah bayar, jangan lupa simpan resit ini tau sebabnya ada special promotion RM2 off untuk pembelian berikutnya dalam masa 1 bulan dari tarikh pembelian atau resit ini dikeluarkan. So far, sedap juga dan rasanya totally different dengan Tutti Frutti. Kalau agak-agak kalian dah bosan dengan Tutti Frutti dan nak cari frozen yogurt lain, boleh cuba di sini. Pasti akan merembeskan enzim perasa anda... Haha... Tak percaya? Boleh cuba... :p

Terima Kasih Sudi Singgah Blog Deq Noor

Wednesday, November 9, 2011

Tiada Lagi Senyum Indah

Ke mana perginya hati
Ke mana hilangnya rasa
Engkau menghilang diri sayang
Untuk insan yang kau puja

Ku takkan berkecil hati
Ku takkan rasa kecewa
Walaupun pedih pilu di hati
Kau ku kirim senyum mesra

Ingatlah kau wahai jelita
Hati ini untukmu saja
Duhai kasih sanjungan kalbu
Engkau pergi tanpa relaku

Hatiku kau curi kini
Kau bawa pergi bersama
Kering kini taman sanubari
Tiada lagi senyum indah

Hmm... Mesej DN dapat dari seseorang. Boleh tolong? Apa sebenarnya orang ini cuba beritahu DN? DN tak faham.... 


Apa-apa je lah kan. Tengah layan lagu Coldplay-Things I Don't Understand. Lagi best... 

Terima Kasih Sudi Singgah Blog Deq Noor

Tuesday, November 8, 2011

Belajar Bersama DN : Telephone Manhole

Alhamdulillah.... Akhirnya kerja DN siap juga setelah bertungkus-lumus selama beberapa hari. Esok tinggal nak print dan susun untuk dijadikan dokumen tender. Lepas DN dah siapkan BQ (Bill of Quantity), tetiba DN rasa nak share sesuatu dengan kalian. Mana tahu berguna kan... Apa salahnya berkongsi. Betul tak...

Kali ini DN nak berkongsi tentang saiz telephone manhole. Kalian mesti tahu talian telefon yang masuk ke rumah kalian akan melalui pole (tiang) tapi tiang telefon ini kalian akan dapati bukan berada sepanjang-panjang jalan. Jalan utama nak masuk ke rumah kalian kebiasaannya akan ada telephone manhole ini. 

Jika kawasan rumah kalian tiada tiang telefon, bermakna kesemuanya adalah underground dan kalian boleh nampak telephone manhole sepanjang jalan. Untuk bangunan-bangunan selain dari rumah kebanyakannya menggunakan telephone manhole ini. 

Sebenarnya kalian takkan nampak sebijik2 manhole ini sebabnya ia sudah dikambus dalam tanah. Yang akan kalian nampak cuma cast iron cover yang terletak di atas pre-cast concrete top slab. Begini lah rupa telephone manhole tersebut...

Ini adalah contoh JC9 manhole. Manhole ini berbeza dari segi saiz dan bilangan duct way. Jom DN berkongsi dengan kalian jenis-jenis manhole tersebut.

1. R2A
    - saiz (3430 x 1650 x 2245)mm
    - in 12 ways; out 6 ways
    - weight = 12.5 ton

2. R1B
    - saiz (2200 x 1650 x 2245)mm
    - in 6 ways; out 8 ways
    - weight = 8.2 ton

3. JC9C
    - saiz (2020 x 1360 x 1395)mm
    - in 6 ways; out 6 ways
    - weight = 3.9 ton

4. JC9
    - saiz (1760 x 1060 x 1375)mm
    - in 4 ways; out 4 ways
    - weight = 2.5 ton

5. JRC7
    - saiz (1180 x 860 x 980)mm
    - in 2 ways; out 4 ways
    - weight = 1.3 ton

6. JB30
    - saiz (950 x 660 x 600)mm
    - in 2 ways; out 2 ways
    - weight = 0.6 ton

Walaubagaimanapun maklumat jenis-jenis manhole ini berbeza mengikut pembekal dan bilangan duct way juga boleh berubah mengikut keperluan. 

Inilah serba sedikit ilmu yang ingin DN kongsikan. Kalau DN rajin lagi nanti DN berkongsi lagi ye... 

Terima Kasih Sudi Singgah Blog Deq Noor

Monday, November 7, 2011

My Nuffnang Story

I started blogging on 7th August 2009 with zero knowledge about blog. I just follow the instruction on the blogspot domain which I have chosen because I read from one of my friend who has blog use these blogspot. She told me that because I am busy, I should have blog which sounds a bit crazy for me at that time. She never teaches me on how to start blogging. I never asked her because I don’t think I want to share anything and surely I do not have time for it. Hmm… I think I am not going to lose anything if I try so I make my first move. Make it short.. now, it has been more than 3 years and I’m proud of myself to keep writing in here and I really enjoy blogging.  

That was my story on how I start blogging. Today I want to share about how I know Nuffnang. Actually, I do not have so much time to blogwalking but my officemate love to blogwalking even she do not have any blog. She knows I have a blog and she help me register my account with Nuffnang and put it inside my blog. Finally, I officially join Nuffnang on 4th November 2010 at 2.40pm. Last 3 days was complete a year I become nuffnanger. I should thank her on this because without her helps I never know about Nuffnang and enjoy a lot of activities with nuffies and nuffnangers. 
My first experience with Nuffnang was when I got an invites to Tee Up at the Blogger Sport Carnival with CityGolf at CityGolf, Bangsar Shopping Centre on 2nd July 2011, 4.00pm. This is my first time I leave a comment on Nuffnang. I was surprise and glad to get the invites. I confirmed my attendance and counting every single day to come in this event. I am so excited. 
When the day comes, I playing golf with all the bloggers and in here I know blogger Zuan. He greets me when we playing golf together and we change our blog URL. Until now we still keep in touch and honestly, I am glad to know blogger Zuan because started from him I slowly expose myself more to blogger world. 
After the event, I always search for Nuffnang website to update any program organized by them. I never give up submit any comment and entry to join them and finally I got a pair of passes to Nuffnang Premiere Screening of The Hangover Part II on 26th July 2011, 9.00pm at TGV Sunway Pyramid. 
I try my luck to catch another movie earlier than The Hangover Part II. I was lucky because my comment have been selected to get a pair of passes to Nuffnang Premiere Screening of Take Me Home Tonight on 19th July 2011, 9.00pm at GSC Midvalley. 
These blue creatures really make me feels to watch them. I post an entry in here to watch the cute clumsy smurfs earlier than others so that I can spread to others that clumsy was really clumsy and you should see them. Thanks to Nuffnang for giving me a pair of tickets to Nuffnang Premiere Screening of The Smurfs on 24th August 2011, 9.00pm at TGV KLCC. 
Guess what? I become addicted with Nuffnang. I will open Nuffnang website more often. I think more than 10 times per day to avoid I missed any update. Haha… Crazy me… I leave a comment as usual and I got a pair of passes to watch Nuffnang Premiere Screening of Apollo 18 on 7th September 2011, 9.00pm at TGV KLCC. 
Wow!! I am not sure what the criteria was Nuffnang looking at but I should be proud of being chosen to get free 4 complimentary passes to watch any movie in TGV cinema for my birthday present. Even I do not get any present from someone special because I do not have one yet, Nuffnang have leave a wonderful memories on my birthday month. I take the passes at Nuffnang office on 22nd September 2011.
I keep leaving a comment until I become one of the top commenter in Nuffnang which I never realize when it happens. I got a chance to meet earlier with the handsome vampire Colin Farrell when I win a pair of passes to Nuffnang Premiere Screening of Fright Night on 19th September 2011, 9.30pm at Cathay Cineplex e@Curve. 
Nuffnang never disappointed me when they keep chosen my comment as one of the creative comment. Thanks Nuffnang! My feeling to you become stronger and hope I will fall in love with you more and more. Hee… I got the chance to watch a waiting and must watch movie of the year acting by strong and gallant Hugh Jackman when I get a pair of passes to Nuffnang Premiere Screening of Real Steel on 12th October 2011, 9.30pm at Cathay Cineplex e@Curve. 
The latest movie I watched with nuffies and nuffnangers were when I got a pair of passes to Nuffnang Premiere Screening of Don’t Be Afraidof The Dark on 25th October 2011, 9.00pm at GSC Midvalley. I successfully influence my housemate to leave a comment on Nuffnang and finally we both got a pair of passes from Nuffnang which become 4 passes to watch this. I have an assistant now because my housemate will remind me when Nuffnang have new event posted in their website. Interesting right? Anybody want to be my PA too? Hee… 
Last but not least was the best event I ever join... Dress up and party at the Astro B.yond IPTV Hollywood and Celebrities Night which was held at B.yond IPTV Concept Store, Solaris Mont Kiara on 29th October 2011 from 6.30pm to 10.00pm. I dream of dressed up as Vanessa Hudgen but still in modest dress on that day. I can see a lot of nuffnangers come with Hollywood and celebrities fashion. I respect them with all of their effort. 
I met one of blogger who I always stalking her blogs.. She is CikEpal.. Hi Cik Epal! Hope you still remember me. Thanks for your time taking a picture with me. Hope to see you soon. Where?

Come 16th December 2011, 500 bloggers from around the Asia-Pacific region will flock to Kuala Lumpur, Malaysia for the Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011 in Putrajaya Marriott. The Awards aims to not only honour the region's best bloggers, but also to bring together blogger communities from across Asia-Pacific. The Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards is brought to you by Volkswagen Malaysia and Putrajaya Marriott.

Insyaallah… Hope Nuffnang will choose me to win an exclusive invites to the Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011



Terima Kasih Sudi Singgah Blog Deq Noor

Mereka Sudi Meninggalkan Jejak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012-2013 Reserved to Deq Noor Design with love by Cik Rose Cute