Bila Dia Bukan Milik Kita

Terdetik diri ini untuk menceritakan kisah hati. Hati yang penuh dengan pelbagai perasaan bercampur baur. Terima kasih Bro Framestone atas pelawaan untuk membicarakan ruangan berkongsi kisah hati ini. Tentunya penuh dengan duka lara apabila dia bukan lagi menjadi milik kita.

Bukan sekali atau dua kali hati ini telah diusik. DN terpaksa melepaskan mereka yang pernah bertakhta di hati sebanyak 9 kali. Banyak kan! Adakah DN terlalu mudah jatuh cinta atau terlalu liar untuk dijaga? Hmm... Hanya mereka yang benar-benar rapat dengan DN yang mengetahui sikap sebenar DN dan DN tidak mempedulikan lagi cakap-cakap orang di luar yang tidak mengenali diri ini...

Perlukah DN menceritakan kesemua mereka yang pernah mengusik hati ini? Hmm... Tidak perlu lah rasanya tapi cukuplah DN berkongsi dengan kalian orang terakhir yang pernah hadir dalam hidup DN sekitar 2tahun yang lalu. Perkenalan kami bermula di Johor dan beliau yang menegur DN dahulu kerana DN kebiasaannya tidak terlalu mengambil berat dan mempedulikan orang keliling DN. Tidak disangka kehadiran DN pada hari itu telah menarik perhatiannya...

Kami bertukar nombor telefon dan makan malam bersama-sama pada malam itu. Pertemuan pertama yang sangat bahagia di atas layanan yang baik, beradab tertib dan berbudi bahasa. Rasanya sukar untuk menemui lelaki sepertinya kini. Pertemuan pertama ini telah berlarutan sehingga hari-hari berikutnya... Kami bermesej, berbual melalui telefon dan banyak lagi pertemuan yang berlaku antara kami. Gembira rasanya bila ada teman untuk bercerita dan mengambil berat diri ini.

Tiada apa masalah sepanjang perhubungan kami ini kerana kami saling memahami kerjaya masing-masing. Pertelingkahan jauh sekali dan kami amat bahagia. Tiada sengketa dan memang kami bertoleransi antara satu sama lain. Sehingga genap setahun perhubungan ini, tidak disangka ia adalah perhubungan terakhir kita. Kita bertemu seperti biasa dan berbual seperti tiada apa yang akan berlaku seterusnya. Beliau juga tidak berterus-terang apa yang akan berlaku dalam perhubungan ini...

Our favorite place to hang out

2 bulan... Tiada khabar berita langsung darinya selepas pertemuan terakhir kami. Hmmm.. Pastinya beliau sangat sibuk dengan kerjaya dan mungkin juga berada di kejauhan, tiada di Malaysia. DN berfikiran positif. Untuk DN mencarinya, jauh sekali kerana DN pasti tiada siapa suka diganggu bila sibuk dan perlukan masa bersendirian. 

Tapi akhirnya, DN telah diberitahu bahawa beliau telah berkahwin. DN agak kecewa kerana beliau tidak berterus terang dengan DN di akhir pertemuan kami tapi siapa DN untuk mendesaknya. DN menangis? Selepas terlalu banyak pengalaman DN dalam dunia percintaan ini, tidak mengalir setitik air mata pun untuk DN menyesali perkenalan ini kerana DN yakin, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. DN terima apa yang berlaku kerana inilah perjalanan hidup DN yang harus DN tempuhi dengan sabar dan redha. Pastinya beliau bukan milik DN dan DN mendoakan beliau berbahagia dengan pilihannya. 

Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

21 Blue Komen:

  1. Sedih ..but life must go on, semoge DN terus kuat& tabah dalam mengharungi hidup ini. Bak kata MakDara, jodoh kite sudah ditentukan seawal 4 bulan di dalam kandungan. Mase itu pasti datang suatu hari nanti. Insyallah.

    ReplyDelete
  2. Thanks 4 ur concern fiza... Insyaallah, masa itu akan tiba jua... :)

    ReplyDelete
  3. jodoh sis ada, tapi mungkin blum ketemu.. :)

    p.s adakah zuan jodoh dn? who knows, umur bukan penghalang.. hehe :P

    ReplyDelete
  4. betul tu... sabar je lah kn.. :)

    ps : err... haha! let the time do the talking... :p

    ReplyDelete
  5. FM menjengah DN~
    =}
    salam kenalan~

    ReplyDelete
  6. Sod ba ro sayang..everything happen for a reason :)

    aty_comey

    ReplyDelete
  7. Fatin Mraz : thanks 4 drop by... Salam perkenalan.. :)

    Aty_comey : yeah... Everything happen 4 a reason. Whatever his reason i will accept it :)

    ReplyDelete
  8. Sabar DN setiap yang terjadi itu ada hikmahnya... Tapi kenapa kaum Adam susah sangat nak berterus terang ya??

    ReplyDelete
  9. used to it already... :) hmmm... mungkin mereka masih sayang tetapi bukan kita pilihan suri hidupnya... i don't know. maybe... :)

    ReplyDelete
  10. kak nana faham ape yg DN rase skang nieh,kak nana pn penah melaluinye sblm ni,mmg perit bile kite bukan pilihan dia,tp kehidupan mesti diteruskn.,kak nana pn byk bsabar sbb kak nana fikir mungkin dia bukan milikku..tp Allah tu Maha Mengetahui mana yg t'baik utk kite..

    ReplyDelete
  11. Allah merancang sesuatu yg lebih baik utk kita maka teruskan bersangka baik... Insyaallah, bahagia menanti... :)

    ReplyDelete
  12. kuatnya semangat kamu.... bagus!
    tak macam sy ni yang asyik kalah dengan airmata...

    ReplyDelete
  13. tidak salah menitiskan air mata jika boleh memberikan semula kekuatan dan menjadikan diri kita reda... :)

    ReplyDelete
  14. Buleh try untuk kali ke 10 plak. Sound nonsense, but thats how life is about. NEVER EVER STOP TRYING. Same goes for me.

    ReplyDelete
    Replies
    1. true... terima segala yg berlaku ini sebagai dugaan dlm hidup... :)

      Delete
  15. Bagaimana jika bro yang hadir he..23x

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang skrg bro hadir dlm hidup DN apa.. ;D

      Delete
  16. saya taip entri baru. DN bacalah, sebab baris2 kat bawah2 tu sebenarnya utk DN.

    lepas tulis entri saya, baru dapat baca post entri DN ni (google)

    very sad story.
    Saya tak banyak kisah cinta. tapi entri yg tulis pasal sahabat tu, kalau dibukukan. Bab 1 sampai bab second last..cukup untuk dia sorang.

    topik akhir barulah untuk isteri saya.

    samalah ngan DN. DN jumpa ramai lelaki sampai mungkin sekarang ni DN takut nak ada komitmen, tapi itu pengalaman kan.

    in shaa Allah. nanti DN akan temui juga kebahagiaan yang seperti orang lain lalui. pengalaman kita semua berbeza. itulah nanti yg boleh DN kongsikan dengan mereka yg DN sayang satu hari nanti.

    pesan saya utk DN. Jangan takut untuk mula balik. Ramai yang suka kat DN, bukan sebab DN cantik. Tapi sebab DN memang ada karektor wanita yang baik.

    Saya gembira sangat kalau dapat tahu DN gembira dan bahagia satu hari nanti. itulah yang kawan akan buat.

    DN..sorry sbb saya terbaca n komen kisah lama DN. cuma itu caranya saya nak kenal DN lebih dekat. Saya takkan cuba ajak DN keluar makan2 atau tengok wayang. tu bukan perangai saya. so, cara mcmnilah saya nak kenal DN. harap DN tak buruk sangka dengan saya ye.

    ReplyDelete
  17. @Ladfe Amir owh, mmg di dalam blog ni byk kisah hidup DN... Cuma jumpa atau x je. hee.....

    setiap yg berlaku adalah pengalaman utk menjadikan kita lebih matang... :)

    ReplyDelete
  18. Terima kasih sebab bagi ruang untuk Bro hadir dalam hidup DN.

    Walaupun bro kuat bebel he..23x

    Dan terima kasih atas perkongsian ini. Insya'lah bro akan buat segmen seperti ini lagi.

    ReplyDelete
  19. @Bro Framestone hee.. sedih kan cerita DN ni... buat lh lg tau.. :)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^