Bila DN berjumpa Sushi

Halo there! Harini DN nak berkongsi salah satu makanan favorite DN iaitu sushi. Tahukah kalian bahawa sushi ini adalah kombinasi antara ikan mentah dan nasi yang dicampur dengan cuka? Sushi ini telah bermula di negara Jepun dan makanan ini wujud di sana berabad lamanya.

Secara sejarahnya lah ye... Pemakanan sushi ini telah tersebar secara meluas di seluruh dunia. Tapi kini sushi ini telah dipelbagaikan dan menjadi lebih menarik, sedap dan sesuai dengan orang Malaysia. Kalian pernah cuba makan sushi? Cuba lah... Sedap... 

Mungkin ada yang masih berfikiran bahawa sushi ini adalah makanan mentah. Sebenarnya, tidak semua sushi ini mentah tau... Ada juga yang dimasak, digoreng, dipanggang dan macam-macam lagi. Tak percaya, kalian boleh pergi ke mana-mana kedai sushi dan study description menu dalam kedai tu. 


Sakae Sushi adalah salah satu kedai sushi yang DN suka pergi. Dah lama DN tak makan sushi tau. Sebab tu bila dapat pergi semalam... banyak yang DN makan. Puas!!! Lagi2 bila dapat makan Salmon Sashimi.... Haa... Sashimi ni baru lah ikan mentah ye kalian. Sedap tau Salmon Sashimi ni. Ada peluang pergi makan sushi cuba ye... :)
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

7 Blue Komen:

  1. setuju2.sakae sushi mmg terbaek!

    ReplyDelete
  2. Muhammad Saiazuan Norhalik : jom2! :D

    -DESTINY- : kannn! nanti kita dating mkn sushi ye.. :)

    ReplyDelete
  3. fuhhhh akk mmg tak reti makan sushi2 ni.. 2 thn lps masa ke jepun pun nasib baik bawak banyak meggi hehehe

    ReplyDelete
  4. owh, akak antara mereka yg xmakan sushi ye... kt jepun haritu mkn megi je lah ye... kesian akak..

    ReplyDelete
  5. belum pernah lagi makan sushi ni. tak minat nak cuba

    ReplyDelete
  6. Oh, fav rupanya.... Patutlah tempoh hari macam ...... Nak makan sushi king lagi la.. Tak puas.

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^