Frozen Yogurt Lagi!!!!!

Hmmm.... Frozen Yogurt sekarang dah tumbuh macam cendawan kan. Dah ada macam-macam kedai Frozen Yogurt ni. Tinggal kita je nak pilih mana yang menjadi pilihan hati mengikut citarasa tekak masing-masing. Macam biasa... DN kan suka mencuba sesuatu yang baru so DN telah membeli voucher dari Milkadeal dan beberapa hari lepas DN telah menggunakan voucher tersebut. 


Sno... Bukan sahaja terdapat Frozen Yogurt di sini malah kalian juga boleh menikmati shakes & smoothies..


Terletak di aras LG1, New Wing Sunway Pyramid... Berhampiran dengan entrance ke Sunway Lagoon dan juga Jusco... Senang je nak cari tempat ni...


Tempat yang disediakan... Err... Sila abaikan orang itu yang sedang bermain telefon baru sambil duduk menunggu Frozen Yogurt yang belum sampai lagi.. Hee...


Ini adalah Nutty Swirl di mana diatasnya adalah topping Nut & Milo...



Manakala ini pula adalah Chewy Swirl dengan topping Mangoes & Mochi...

Hmmm... Tekak DN kata, biasa je.... Tidak mengujakan untuk mencuba lagi... Huhu... Tak manis pun Frozen Yogurt ni so sesuai kepada mereka yang tidak suka makan makanan-makanan manis. Err.... DN paling suka makan makanan manis tau so DN tak in dengan Frozen Yogurt ni. Sorry... Tapi yang lain-lain macam smoothis dia tak tahu lah kan ok ke tak... Ada yang pernah cuba Sno ni? Cecita dengan DN...
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

2 Blue Komen:

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^