Kuala Lumpur International Short Film Festival

Hi kawan-kawan! Buat pertama kalinya DN men'join'kan diri dengan GA yang dianjurkan oleh Mak Dara. Untuk pengetahuan kawan-kawan, Mak Dara telah menganjurkan GA bagi memberi peluang kepada para bloggers tak kira glamour atau tidak untuk sama-sama memeriahkan KLIS yang akan diadakan tidak lama lagi. 

Tahukah anda, apa itu KLIS?


KLIS adalah nama singkatan kepada Kuala Lumpur International Short Film Festival yang telah dianjurkan oleh syarikat KLIS NETWORK. KLIS ialah festival bertaraf antarabangsa yang mempertandingkan filem pendek dari seluruh dunia. Ia juga meupakan satu acara rasmi bagi sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2012.


MARTIAS ALI Founder KLIS
pic oleh Putera Remaja

Penganjuran Festival Filem Pendek seperti ini adalah yang pertama dilakukan di Malaysia. Terdapat lebih 1136 penyertaan diterima dari 75 negara dan hanya 40 buah filem pendek sahaja terpilih ke peringkat akhir. Festival ini akan bermula pada 30hb Jan hingga 1 hb Feb depan. Sempena dengan KLIS yang akan datang. Untuk keterangan lanjut sila ke https://www.facebook.com/klis2012

Hebat bukan? Festival ini akan berlangsung di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur dan pastinya DN mencuba nasib untuk memeriahkan festival ini. Nak offer diri jadi sukarelawan, DN tak mampu kerana tarikh festival ini bertembung dengan meeting DN di Pasir Gudang... Dapat jemputan ke KLIS ini pun dah cukup menggembirakan DN. 

Tapikan..... Lagi best kalau Mak Dara bagi DN jemputan ke Malam Anugerah KLIS ni. Boleh DN menjadi salah seorang yang pertama menyaksikan mereka yang berjaya memenangi anugerah pada malam itu. Mesti best kan.... (Malangnya.. DN ada meeting hari tersebut. Sobsob... :()


Amacam? Ada yang berminat nak tengok KLIS ni macam DN? Jangan segan silu untuk join GA Mak Dara ni ye... Nak tahu macam mana nak join GA ni boleh terjah blog Mak Dara... 


Jom kita ramai-ramai memeriahkan KLIS ini... :)
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

4 Blue Komen:

  1. Tks sbb sudi join giveaway ni ye DN.. jumpa nnt di KLIS ya...

    ReplyDelete
  2. hoho..saya pun join jugak..boleh kita jumpa nanti..:P

    ReplyDelete
  3. ADZA IRDAWATI aka MAK DARA : insyaallah kak... :)

    nasha sanza : hi nasha! hope 2 c u there.. ;)

    Muhammad Saiazuan Norhalik : thanks bro! ^_^

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^