New Year 2012... Dimanakah anda?


video


Entry pertama untuk tahun baru 2012... Pastinya menyentuh mengenai sambutan tahun baru... Dimanakah anda pada tahun baru 2012? Kadang-kadang DN terfikir, perlu ke kita menyambut tahun baru ini? Tiada apa yang istimewa pun rasanya melainkan diri kita semakin tua 1 tahun dan semakin dekat dengan penghujung nyawa kita. Sebab hidup, mati, pertemuan... Semua ditentukanNya... Walaupun begitu disebabkan cuti sehingga hari Isnin, DN memeriahkan suasana dan mengisi masa lapang DN disini...
 Concorde Hotel Shah Alam....


Di Crossroads Lounge diadakan Countdown New Year dengan bertemakan "High School Musical". Siapa pernah tengok cerita High School Musical? Cerita favorite DN tu... Dah lebih 100x DN ulang-ulang tengok cerita tu tau. Boleh tanya kawan-kawan masa DN study di UTM dulu, masuk bilik DN je mesti tengok DN duk ulang-ulang cerita High School Musical ni. Haha.... Pastinya DN tak bosan untuk tengok ulang-ulang cerita tu sebab adanya Vanessa Hudgen sebagai Gabriella yang cute dan genius dalam cerita itu... Best wooo....


Haa.... Begini lah entrance masuk ke Crossroads Lounge Concorde Shah Alam. Tema warna pula adalah red & black so serba-serbi boleh di lihat pada malam itu kebanyakannya merah dan hitam. Tahniah warga Concorde Hotel atas usaha mereka memastikan Crossroads Lounge serasi dengan tema High School Musical Countdown ini.... 


Semasa register, kami telah diberi goodies bag yang berisi pelbagai alatan untuk digunakan semasa countdown nanti seperti mask, wisel dan macam-macam lagi untuk setiap orang. Malam tersebut kami disajikan dengan dinner Nasi Lemak + Hot dog + Curry puff + air juice sambil dihiburkan dengan nyanyian oleh D'Adza Band yang memang best. Mereka juga berpakaian mengikut tema...

Bermula pukul 9malam... Berakhir jam 2.30pagi... Hampir 5 jam 30 minit DN di sana. Walau tiada bunga api yang dapat dilihat dari tempat DN berada, suasana tetap meriah pada malam itu dengan bunyi bingit mereka meniup wisel semasa tibanya detik 12.00am...


DN berpakaian mengikut tema dan malam tersebut DN bertuah kerana mendapat lucky draw yang pertama.  Malam tersebut juga DN bertemu dengan Mak Dara dan Akufiza. Kami ada tangkap gambar bersama sebenarnya tapi dalam kamera Mak Dara. Nak tengok kena lah mintak kat Mak Dara ye... Kalau diizinkan nanti DN kidnap letak kat sini gambar kami. Hehe... :p

Inilah hadiah yang DN dapat... Set coffee yang cantik dan unik. Terima kasih atas hadiah lucky draw ini. DN sangat suka... Bagaimana dengan anda? Ada dapat apa-apa hadiah semasa tahun baru? Semoga tahun ini akan memberi sinar kebahagian dalam kehidupan DN kelak. Begitu juga dengan kalian. DN doakan semoga segala apa yang kalian rancangkan berjalan dengan baik dan lancar. Insyaallah...

UPDATE!!
Mendapat keizinan dari Mak Dara untuk letak gambar kami di sini. Terima kasih!! Memang seronok bila dapat berkumpul begini dan Concorde Hotel Shah Alam memang menjadi tempat perjumpaan kami. Harap akan bertambah lah komuniti blogger yang akan join kami di masa akan datang... :)
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

9 Blue Komen:

  1. ler.. kite celebrate berjiran rupenya.. smlm kite kat shah alam convenstion centre :P

    ReplyDelete
  2. ooo... kt shah alam convention centre pun ada celebration jugak ye.. xtau pulak... mesti best kn. cerita lah....

    ReplyDelete
  3. Waaa best...dolu2 kalau celebrate kat Concorde KL...sbb musician Pino geng...sekrg semua dah contract abih...

    ReplyDelete
  4. mlm new year i tgk my fav team arsenal main..huhu

    ReplyDelete
  5. Mohd Rozaiman : pasti kt concorde KL best juga kan.. meh la ke Concorde Shah Alam pula... :)

    Muhammad Saiazuan Norhalik : Arsenal 1 - 0 QPR kan... Van persie yg goal. Kat concorde pun ada pasang skrin bola... ^_^

    ReplyDelete
  6. sedondon dgn tudung mak dara lah DN..bestnya

    ReplyDelete
  7. tema merah hitam... nk menyerlah kena lh pakai tudung merah. xgitu... hee...

    ReplyDelete
  8. Eiii ..malu lak tgk muke sendiri, haha~

    ReplyDelete
  9. Nape nk malu? Ok je gambar tu...

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^