Contraband


Permulaan tahun 2012 bersama Nuffnang adalah dengan mendapat tiket premiere screening Contraband. Alhamdulillah... Thanks  Nuffnang  for the tickets. Pkl 8.10pm DN dah beratur untuk ambil tiket ini walaupun kaunter tiket  Nuffnang  buka pukul 8.30pm. DN orang kelima dalam barisan tau. Hihi... Semangat kan!


Premiere screening Contraband ini bertempat di Cathay Cineplex e@Curve, 11 Januari 2012 jam 9.30pm... DN dapat seat D1 & D2. Ingat bila datang awal dapat lah seat belakang rupanya DN dapat seat depan juga. DN duduk barisan yang keempat dari hadapan. Huhu...


Haa... Ini gambar wajib ditangkap. DN bersama tiket yang DN dapat...


Sperti biasa, DN melihatnya bersama Cik Housemate yang keletihan dan sedang menikmati kerusi urut. Sempat lagi nak posing tangkap gambar tu walaupun sedang diurut oleh kerusi urut. Layan....


Contraband mengisahkan tentang seorang suami, bapa, abang ipar dan kawan (Mark Wahlberg) terpaksa menyelesaikan permasalahan yang telah dilakukan oleh adik iparnya. Adik iparnya telah melenyapkan sejumlah kokain apabila serbuan dilakukan oleh pihak berwajib untuk melepaskan diri. Malangnya tindakan adik iparnya itu menyebabkan seluruh keluarga berada dalam bahaya apabila terpaksa membayar ganti rugi atas barangan yang telah dilenyapkan tersebut. Atas rasa tanggungjawab terhadap keluarga walaupun telah berazam untuk tidak kembali melakukan kerja-kerja kongsi gelap ini, dia terpaksa kembali untuk mendapatkan wang palsu dan dadah bagi melangsaikan segala hutang tersebut. Isterinya (Kate Beckinsale) hampir terbunuh disebabkan kawan yang selama ini sangat dipercayai rupanya adalah musuh dalam selimut. Atas kebijaksanaannya, dia berjaya menyelesaikan permasalahan ini dan seterusnya mendapat keuntungan yang besar tanpa disangka-sangka....


Filem ini akan berada di seluruh pawagam bermula hari ini, 12 Januari 2012. Permulaan cerita ini agak bosan tetapi semakin teruja untuk melihatnya apabila banyak permasalahan timbul dan agak chaos untuk menyelesaikan masalah tetapi berjaya juga diselesaikannya. Out of 10, DN bagi 6.... Selamat menonton di pawagam berhampiran anda! :)

Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

6 Blue Komen:

  1. Mmg macam tue pun,.. kekadang Nuff tersilap bg tix, yg awal dapat duk depan.

    ReplyDelete
  2. itu lh... xpe lh. dpt tgk muvi free pun dh ok.. :)

    ReplyDelete
  3. x jmpa hanie? huhu dah brapa banyak la button nuff yang dn dapat ek?

    ReplyDelete
  4. ReeneeRaaid : next time join lah... dapat jumpa mesti lagi best...

    ADZA IRDAWATI aka MAK DARA : best dapat tengok muvi free... hee..

    Muhammad Saiazuan Norhalik : xjumpa hanie lh.. mungkin sbb masuk lambat. err... lebih 10 dah rasanya. xkira pula berapa byk badge dh dpt...

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^