Segmen YY | Mengapa saya Berblogging

First sekali nak minta maaf dengan Mak Dara sebab DN baru jalan-jalan blogwalking dan terjumpa diri DN di tag untuk segmen ini. Kesibukan melanda.... Cuba juga curi-curi blogwalking tapi pastinya tak berjaya. Huhu... Its weekend der! Sebab tu DN dapat sapu habis hutang-hutang blogwalking ni. Orang kata.. It's better late than never so DN dengan berkobar-kobar menyahut cabaran Mak Dara untuk segmen ini. Tahu ke segmen apa? Mesti lah tahu kan sebab tajuk dah tertera pun segmen apa. Hihi....

Segmen YY | Mengapa saya Berblogging

Segmen ini dikendalikan oleh saudari Yana Yassin... Hi awak... Salam perkenalan... DN first time jenguk ke blog Yana Yassin ini dan DN telah menjadi follower yang ke 1747... Ramainye follower awak! Terima kasih Mak Dara sebab telah memperkenalkan DN kepada beliau. Harap perkenalan di alam maya ini akan berterusan sehingga pertemuan dan banyak lagi pertemuan... :)

Berbalik kepada tujuan utama segmen ini... Kenapa DN berblogging ye? Hmm.... Sebab utama DN berblog adalah kerana DN sibuk. DN seorang yang gilakan kerja sampai kalau boleh 27/7 nak bekerja dan bila dah kerja, makan pun sampai lupa. Bila sibuk ada ke masa untuk berblog? Haaaa.... Sebab itu time management itu penting. Kan... Kan.... Hehe....

Suatu ketika dulu, sekitar 3-4 tahun yang lepas DN selalu baca blog kawan DN... Beliau banyak menceritakan tentang journey kehidupan beliau personally and working life... Memang seronok baca cerita orang ni. Macam baca novel or cerpen pendek rasanya. 

Tiba-tiba satu hari bila DN duduk borak-borak dengan kawan DN ni, DN meluahkan lah isi hati DN tapi macam tak kesampaian untuk meluahkan segalanya. Rasa macam ada je yang tertinggal dan tersimpan dalam hati ini. Ikutkan hati... mati... Ikutkan rasa... Binasa.... Bila beliau dah dengar DN membebel, beliau mencadangkan disebabkan DN sibuk, DN perlu ada blog. Hmm.... Kenapa ya? DN pun mulanya rasa mengarut lah. Mana DN ada masa tapi bila fikir balik, tak salah untuk mencuba. August 2009 (lama dah DN berblog rupanya)... iaitu 3 tahun 4 bulan yang lepas dunia penulisan bebas DN bermula.....

Awal permulaan DN menulis di sini... Takde perasaan apa-apa pun. Lepas 2-3 kali DN menulis, perasaan ikhlas itu hadir... Di sini lah menjadi tempat luahan hati DN dan percaya tak kalau DN katakan bila kita menulis dengan ikhlas, air mata pun boleh mangalir tau. Perasaan lega itu lebih mendalam daripada meluahkan dengan kata-kata. Pernah tak kalian rasa begitu? Disebabkan itu DN merasa selesa untuk terus menulis dan menulis tapi tanpa niat pun untuk berkongsi dengan ramai orang sebenarnya. Bebas untuk membaca dan bebas untuk DN menulis... Seronok!!! 

DN memilih perfectionist kerana DN sukakan kesempurnaan... Walaupun DN sukakan kesempurnaan, DN juga manusia biasa... Tiada siapa yang sempurna kan... Tapi tak salah untuk kita berusaha menjadi sempurna di mata orang lain. Betul tak.... Sebab itu dalam setiap apa yang DN lakukan, terutama sekali kerja dan keluarga, DN cuba bagi yang terbaik dan sempurna... DN terus menulis di sini kerana di sinilah DN dapat meluahkan segala yang tidak sempurna, hampir sempurna dan cukup sempurna dalam diri dan persekitaran DN... 

Kini, bukan sahaja segalanya berkaitan DN, malah DN berkongsi pelbagai cerita dengan rakan-rakan alam maya DN yang semakin hari semakin bertambah dan DN sangat-sangat menghargainya. Ternyata dunia blogger ini sangat mengujakan dan terima kasih kerana menerima DN dalam dunia alam maya ini... Sehari tak jenguk kat sini rasa macam ada kekurangan je tau...

Wahhh!!! Panjang juga DN membebel. Hihi... Terima kasih kepada mereka yang sudi membaca dan terima kasih juga kepada Yana Yassin kerana memcetuskan segmen ini. 


DN dah tag kalian... Nak tahu juga kenapa kalian berblog. Kalau sudi cerita lah ye... DN sudi membacanya... :) Selamat menjoinkan diri di Segmen YY | Mengapa Saya Berblogging!!! :D
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

6 Blue Komen:

  1. Yeaaah, tq sudi join. mmg kekadang kita sukar nak meluahkan apa yg kita rasa. Blog lah jadi tempat luahan rasa. Happy blogging dan salam kenal.

    ReplyDelete
  2. hi yana! salam kenal... keep in touch ya... ^_^

    ReplyDelete
  3. singgah dari segmen yang sama

    cantiknya tuan blog ni.. setuju sangat yang kadang2 kite leh menangis tulis kat blog. isk isk

    ReplyDelete
  4. thanks singgah...

    thanks too 4 d compliment.. kannn! sbb tu seronok tulis di sini... :)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^